Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Highlights

Semakin Kita Dewasa, Semakin Kita Letih Untuk BERMUSUHAN – Jika Diam Itu Baik, Maka Berdiam Sajalah...

Afiza Kamarulzaman 26/08/2020 | 15:05 MYT
Lebih banyak kerugiaan daripada keuntungan jika hidup dipenuhi dengan dendam, kesumat, perbalahan dan permusuhan. Jika ia berlarutan sehingga akhir hayat kita, entah apa nasib kita di alam sana nanti. Maka, sebolehnya jauhilah perselisihan sama ada dengan pasangan, keluarga, teman-teman dan orang di sekeliling kita.
Pergaduhan sering terjadi dengan bermulanya perdebatan cakap. Dibawa dengan emosi amarah dan pertengkaran. Tidak kira sama ada secara berdepan, menerusi orang tengah atau pun di media sosial. Tidak semua isi hati kikta perlu diluahkan. Tidak ada salahnya jika ia disimpan jika itu lebih baik.
Jangan diikutkan prinsip ‘kalau dipendam menjadi penyakit’. Kerana jika diluahkan pun menambah sakit, maka pilihlah untuk telan dan lupuskan terus daripada hati. Yang membawa prinsip itu hanyalah bisikan iblis yang sentiasa mahu kita selalu bertelingkah dan akhirnya terputus hubungan.
Kredit Foto: Google
Umur Meningkat, Seharusnya Kematangan Juga Menebal
Kita bukan lagi budak-budak yang hidup menurut emosi dan sikap terburu-buru. Kerana itu kita diberi peluang meniti usia hari demi hari agar dapat membaiki perangai-perangai yang tidak elok kepada yang lebih baik. Jika usia saja meningkat tapi kecerdikan dan sikap masih sama, apalah ertinya hidup kita ini?
Cukup-cukuplah menjadi keanak-anakan dalam mempamerkan perasaan. Berfikiran matanglah selaras peningkatan usia agar kita boleh dijadikan teladan yang baik kepada anak-anak di bawah. Beralah bukan bererti kita kalah, diam bukan bererti kita dendam. Jika kita berada di pihak yang benar, satu masa nanti kemenangan itu akan datang dengan sendirinya dengan cara terhomat.
Berdiamlah Seperti Cara Nabi:
Kredit Foto: Google
#Kehidupan #Berdiam #Kematangan
;