Highlights

Semuanya Nak Memudahkan. Kalau Berpantang Sendiri Pun, Tak Payah Susah Fikir Nak Makan Apa. ‘Order’ Saja!

gempak
Huda Hussain
25/11/2020
10:35 MYT
Sponsor Banner
Semuanya Nak Memudahkan. Kalau Berpantang Sendiri Pun, Tak Payah Susah Fikir Nak Makan Apa. ‘Order’ Saja!
Mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak mahu pulang ke kampung menjalani tempoh berpantang kerana terikat dengan pelbagai faktor. Antara yang sering diluahkan adalah tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapa yang sudah tua atau uzur. Maklum sajalah, menjaga orang berpantang ini memerlukan kesabaran selain tenaga kerana perlu menjaga si ibu dan bayi dalam masa sama. Kuat manalah kudrat ibu kita yang mahu menyediakan semua kan?
Lantaran itu, ada yang lebih selesa menjalani tempoh berpantang di rumah sendiri. Lebih-lebih lagi jika sudah punya anak dua, tiga. Sama ada mencari dan mengupah tukang urut yang membantu mengendalikan segala, soal pemakanan ibu berpantang juga tidak kurang pentingnya dalam hal ini. Nak harapkan suami masak? Errr, bukan tak boleh tapi waktu berpantang sebeginilah masanya untuk para ibu menikmati waktu rehat yang paling optimum. Selain itu, suami juga perlu uruskan kerja-kerja rumah dan soal anak-anak. Kata orang menyediakan makanan atau lauk-pauk orang berpantang bukanlah susah mana pun. Tetapi, takkanlah pula si ibu mahu gagahkan diri memasak pula kan?
Kredit Foto: Facebook
Memahami keperluan ibu-ibu khususnya yang berpantang sendiri, maka banyak perkhidmatan dalam talian yang turut menawarkan kemudahan penyediaan lauk berpantang. Hanya mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka di laman sosial, segala pesanan boleh dipilih dan ditempah mengikut keselesaan pelanggan.
Kredit Foto: Google
Secara tidak langsung, dengan adanya perkhidmatan seumpama ini, ia bukan sahaja dapat membantu para ibu tetapi juga turut menyokong peniaga-peniaga kita yang berhempas pulas mencari idea bagaimana untuk meneruskan kelangsungan hidup. Ya, pendek kata asalkan kreatif juga rajin apapun boleh jadi. Umpamanya situasi menang-menang antara pelanggan dan penjual. Mudah kan?
Melihat setiap pilihan menu yang ditawarkan juga tidak kurang enaknya. Selain kaedah memasak yang masih mengekalkan teknik mereneh dan merebus yang sesuai untuk ibu berpantang, pastinya kualiti masakan menjadi penekanan kepada para peniaga. Hinggalah masakan yang masih panas sampai ke tangan pelanggan.
Kredit Foto: Google
Inilah salah satu cara untuk sama-sama menyokong dan membantu orang kita yang berurus niaga dengan menjual dan menyediakan lauk pauk berpantang. Tidak pasti sebanyak mana keuntungan mereka, tetapi yang pasti apa yang ditawarkan memudahkan para ibu yang berpantang sendiri dirumah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024