Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Sentuhan Magis Tahap Ke Langit – KHIR KHALID Bikin Wajah DAYANG NURFAIZAH Kelihatan Teragung!

Athirah Zulkifli 22/07/2019 | 02:22 MYT
Kredit foto: Echolaliapictures

BAHANG konsert Dayang Nurfaizah Dua Dekad masih terasa. Rumusan persembahan; Memukau dan berjaya menambat hati penonton. Seperti biasa, bukan persembahannya sahaja menjadi bualan, tapi look Dayang pada malam itu juga menjadi tinjuana.

Eksklusif, InTrend menemubual juru solek favourite Dayang, Khir Khalid yang berjaya membuat Dayang agung di pentasnya.

A post shared by Khir Khalid (@khirkhalid) on

Seiring dua dekad dalam industri solekan, Khir Khalid mengilhamkan solekan “Summer Chromatic Bronze” khas bersempena konsert Dayang Dua Dekad.

Punya wajah sawo matang eksotik, Dayang tidak memerlukan solekan yang tebal, hanya fokus pada bahagian tertentu sahaja. Hasilnya, solekan Dayang tampak bersih dan ‘mewah’.

Kredit foto: Echolaliapictures

Sapuan Asas Nipis Tapi Glowing

Kolaborasi Dayang dan Khir Khalid bagai isi dan kuku. Hampir semua konsert dan cover album Dayang semuanya mendapat sentuhan magis daripada Khir Khalid.

Menurut Khir, solekan pada malam itu, dia hanya menggunakan seleksi produk daripada jenama kosmetik terkemuka, TOM FORD.

Untuk kanvas wajah, Khir hanya menggunakan Glow Tone Up Foundation SPF 40/Pa+++ Hydrating Cushion Compact, rona 7.8 Warm Bronze.

Menurut Khir, solekan kemilau tidak memerlukan base yang tebal kerana untuk mala mini, Khir mahu memfokuskan pada solekan mata dan mainan highlight sahaja.

Paling penting base itu perlu menampakkan wajah Dayang bersih dan berkemilau.

Mata Gemerlap, Highlight Sampai ke Langit

Sekali pandang, mungkin ada yang beranggapan, solekan ini ringkas sahaja. Namun, ingat ia bukan sekadar solekan semberono kerana mata dan highlighting menjadi fokus utama solekan ini.

Menurut khir, dia hanya menyapukan pembayang mata Tom Ford Shadow Extreme Eyeshadow rona TFX1 Silver.

Tekstur pembayang mata yang berkilau ini mengimpakkan mata Dayang tampak ‘Wow’ dan eksklusif walau dalam apa jua sisi dimensi.

Seperti yang sedia maklum, sentuhan Khir sentiasa ada elemen ‘mahalnya’. Untuk karya ini, Khir mengaplikasikan highlighter rona gold yang mengerdip di wajah Dayang. Gandingan Tom Ford Traceless Stick Foundation rona No. 9.5 Warm Almond, menjadikan wajah Dayang kelihatan lebih unggul sewaktu berada di atas pentas.

Disimbahi pula pantulan pencahayaan pentas yang terang-benderang berjaya menyerlahkan keseluruh wajahnya.

Untuk kemasan solekan mata, Khir menggunakan Tom Ford Lash Rays Mascara 01 yang cukup merencahkan solekan ini jadi sempurna.

Buat solekan bibir pula, Khir memilih Tom Ford Lip Color Sheer rona Nudiste. Warna gincu bertekstur moisture ini berjaya menjadikan keseluruhan solekan ini tampil segar dan bertenaga seperti persembahan Dayang yang penuh energi!

Akhir sekali, Khir mengoleskan Tom Ford Soleil Blanc Shimmering Body Oil sebagai kemasan akhir penampilan diri yang menjentik elemen glamor selayak nama Dayang Nurfaizah.

;