Highlights

Seronoknya Buat Umrah Masa Muda – Dapat Pulun Ibadat Semahunya, Membawa Pelbagai Hajat…ALLAHU

gempak
Huda Hussain
10/01/2020
11:14 MYT
Sponsor Banner
Seronoknya Buat Umrah Masa Muda – Dapat Pulun Ibadat Semahunya, Membawa Pelbagai Hajat…ALLAHU
Alangkah indahnya apabila kita menerima panggilan agung tatkala pada usia yang masih muda, tenaga masih gagah melakukan segala dan kesihatan berada pada tahap terbaik. Benar itu semua atas tiket dengan izin Allah. Tetapi percayalah, jika sudah tertanam niat dalam lubuk sanubari mahu ke tanah suci pasti akan dipermudahkannya. Kuncinya, berdoalah dengan seikhlas hati agar panggilan agung ini tidak terhenti untuk kali pertama sahaja.
Kredit Foto: Google
Luruskan Niat Niat yang ikhlas pasti akan dibalas dengan sesuatu yang diluar jangkaan kita. Hatta walau terlintas dan belum sempat diluah dengan kata-kata sekalipun, semua Allah tahu. Maka dengan itu apabila mahu ke sana, pasakkan niat yang sebetul-betulnya bahawa sejujurnya ia dilakukan kerana Allah SWT. Yakin dan berpeganglah dengan janji Allah jika ia dilakukan kerana-Nya, segala urusan dan amal ibadat kita pasti dipermudahkannya. Bahkan mungkin diberi ganjaran dari sumber yang tidak disangka.
Kepergian kita ke sana bukan seperti melancong ke luar negara. Mahu yang indah-indah, sempurna serba-serbi. Ini tempatnya untuk kita mengadu kepada Allah. Merintih atas segala salah silap dan dosa yang diperlakukan sepanjang hayat. Dengan harapan dan doa agar taubat kita diterima. Dan semuanya dilakukan atas nama ibadat kepada-Nya. Namun untuk merasai nikmat itu, pasti kita akan diuji bukan? Maka berlapang dadalah dengan apa yang Dia kirimkan untuk kita. Ada yang diasak dengan ribuan manusia sewaktu tawaf, diuji dengan kesihatan kala melakukan saie dan sebagainya. Itu semua ujian dan Allah mahu menduga sejauh mana keikhlasan dan niat kita kepada-Nya. Perbanyakkanlah berzikir, bermunajat, solat sunat dan segala yang ekstra kerana kunjungan kita ke sini bukannya selalu. Manfaatkan waktu yang ada sebaik mungkin.
Kredit Foto: IG Amar Baharin
Tumpukan Kepada Ibadat Tidak dinafikan dengan kecanggihan telefon pintar kini memberi banyak kelebihan kepada kita untuk merakam memori dan setiap apa yang dilakukan buat kenangan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci, pastilah keterujaan itu berganda.
Kredit Foto: IG Ernie Zakri
Hampir setiap langkah mahu divideokan, dimuat naik di media sosial; itu dan ini. Bukanlah perbuatan ini dilarang tetapi biarlah berpada-pada. Sematkan dalam hati dan minda agar kekal fokus dan khusyuk dalam setiap ibadat. Biarkan ia menjadi privasi antara kita dengan-Nya sahaja. Bukankah itu lebih intim dan istimewa? Kerana bimbang nanti kalau semua mahu dijaja di media sosial, tiada nilainya di mata Allah. Lebih buruk lagi jika ia menjadi bahan ‘membawang’ sesiapa yang melihatnya, Allahu. Semoga kita dijauhkan daripada sifat ingin menunjuk-nunjuk dan sebagainya.
Kredit Foto: Google
Pokok pangkalnya terpulang kepada niat masing-masing. Kerana dipenghujungnya nanti, bukan kita yang berhak mengadili atau meletakkan justifikasi bahawa apa yang dibuat itu adalah benar atau salah, halal dan haram. Semuanya berbalik kepada Dia yang menguasai segala.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024