Kalau sebut mengenai Ikea, pasti semua sudah sedia maklum mengenai perabot, kelengkapan dan hiasan rumah juga banyak lagi. Merupakan syarikat penjual perabot terkemuka dari Sweden yang mempunyai lebih daripada 160 cawangan di 29 buah negara, syarikat ini telah ditubuhkan pada 1943 oleh Ingvar Kamprad di Sweden. Ia kini dimiliki oleh yayasan berdaftar di Belanda yang dikawal oleh keluarga Kamprad.


Kredit Foto: Ikea Japan


Dan menerusi entri terbaru rakyat Malaysia di Jepun Zunita Ramli yang gemar berkongsi muat naik menarik lagi informatif melalui laman Facebook peribadinya, ada sesuatu yang membuatkan penulis mahu turut sama memanjangkan untuk pengetahuan semua.

Kredit Foto: Ikea Japan


Tulisnya, sewa apartment lengkap (fully furnished) dengan perabot IKEA termasuk mesin basuh, dapur, sofa, dan sebagainya, dengan bayaran sewa hanya RM3.70/sebulan (¥99) sahaja di tengah bandar Tokyo!
Gila, lebih murah dari secawan Starbucks kat Malaysia! Haha. But why not?

Ya, IKEA Jepun buat tawaran “tak masuk akal” dengan menawarkan sewa apartment seluas 10 meter persegi ni di tengah bandar Tokyo.

Kredit Foto: Ikea Japan

'But, here’s the catch'.

Hanya ada satu saja apartment sebegini untuk disewa. Bermakna, hanya seorang penyewa bertuah saja boleh dapat apartment ni. Dan sesiapa yang berminat perlu mohon dan compete dengan yang lain lah. Penyewa bertuah tu pula hanya boleh tinggal di apartment ni sehingga 15 Januari 2023.

Kredit Foto: Ikea Japan


Apa pandangan kalian kalau Ikea Malaysia lakukan tawaran sama? Mesti berpuluh ribu penyertaan diterima walaupun hanya duduk di apartment beberapa tahun saja.