Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

SHERRY ALHADAD Ikon Fesyen ‘Plus Size’ – Berani Cuba Stylist Berbeza Rahsianya! Orang Kurus Pun KALAH.

Afiza Kamarulzaman
04/12/2020 14:39 MYT


Bagi penulis, untuk menjadi selebriti yang celik fesyen dan sentiasa ‘menang pakai’ haruslah mempunyai penata gaya atau stylist yang tepat untuk membantu. Seorang selebriti tidak seharusnya lokek dalam mengeluarkan sedikit modal untuk tampil bergaya dan unik di tengah khalayak peminat.


Inilah ‘kos’ yang perlu dikeluarkan oleh seorang selebriti. Sama seperti kita berniaga juga harus mempunyai modal kos untuk menggerakkan perniagaan itu. Jangan diharapkan hanya tajaan semata. Begitulah kos untuk wardrobe dan solekan bagi selebriti. Ala, apalah sangat ditolak sedikit bajet yang diperoleh daripada bayaran sesuatu projek itu demi gaya yang tepat.


Tidak semua selebriti tahu berfesyen dan celik ilmu styling, justeru rujuklah kepada yang pakar. Melantik penata gaya peribadi adalah salah satu langkah bijak untuk memastikan kamu kelihatan elok top to toe. Dengan ini, kamu tidak perlu lagi pening memikirkan tentang penampilan kerana ada orang khusus untuk membantu.

A post shared by SherryAlhadad (@sherry_alhadad)




Pilihan Tepat Sherry Dalam Berfesyen


Orang selalu menjadikan bentuk badan berisi atau gempal sebagai alasan untuk tidak mampu tampil stylish. Tiada saiz baju yang tepat, tidak boleh ‘carry’ dan sebagainya menjadikan orang bertubuh gempal lesu dalam fesyennya. Dan, ini tidak bagi figura bernama Sherry Alhadad. Walaupun bakat dan bidangnya lebih kepada persembahan komedi, namun ia bukan halangan untuk mencari baju yang ‘wow’.


Seorang pelawak tidak semestinya harus memakai pakaian yang caca-marba atau tidak tentu arah. Di Hollywood misalnya, pelawak tidak pula perlu memakai baju lagak badut atau seperti ‘costume’ untuk kelihatan kelakar. Dengan suit atau elegant dress, mereka masih boleh menggeletik hati peminat.


Pujian harus diberikan kepada Sherry kerana berjaya membuktikan kenyataan itu. Pelawak juga berhak bergaya. Dan, untuk seorang wanita bertubuh gempal, tiada masalah untuk melangkah anggun mempesona dan penuh keyakinan. Antara tips yang dipraktikkannya adalah berani mencuba khidmat pelbagai penata gaya.


Di sinilah kebijakan Sherry terserlah. Dia menyerahkan kepada yang pakar untuk mencantikkannya. Dan, dengan memvariasikan penata gaya, Sherry juga boleh ‘explore’ lebih banyak stail dan fesyen yang intim untuk tubuh dan karekternya itu. Lain penata gaya, lain sentuhannya.


Tahniah diucapkan kepada Sherry! Semoga terus melangkah yakin dengan gaya tersendiri. Kita tidak perlu tunggu kurus untuk menakhluk fesyen kerana fesyen yang harus tunduk kepada kita dalam ajnas saiz tubuh hatta yang gempal dan tidak berpotongan.



A post shared by SherryAlhadad (@sherry_alhadad)




Tips and Tricks Fesyen Untuk Plus Size

  1. Yang pertama sekali kena terima saiz dan bentuk tubuhmu seadanya. Jangan sesekali rasa tertekan dengannya.
  1. Apa saja yang ingin digayakan harus ditampilkan dengan yakin dan jangan ambil pusing kata-kata dan pandangan orang, melainkan komen membina.
  1. Cari pakaian dalam yang sesuai terutamanya baju dalam untuk menyokong struktur payudara kelihatan seksi. Begitu juga dengan seluar dalam.
  1. Pakai korset untuk membantu bentuk tubuh kelihatan lebih kemas dan ‘mampat’. Dan membuatkan pakaian terletak lebih molek.
  1. Invest in quality basics!
  1. Jangan takut untuk bermain warna terutamanya warna terang walaupun ada fakta mengatakan warna terang buat kamu kelihatan lebih besar. Ahh.. pedulikan! Yang penting jangan bermain lebih daripada dua warna.
  1. Apa salah dengan corak dan motif? Tiada salahnya untuk kamu menggayakan corak belang misalnya atau floral. Tak akanlah orang berisi hanya boleh pakai baju plain! Apa pun, piihlah corak yang tidak terlalu sarat.
  1. Bermainlah dengan aksesori sebagai pelengkap gaya. Namun, jangan keterlaluan. cukup satu sama ada anting-anting atau rantai labuh.
  1. Kenal pasti material sesuatu baju itu sama ada sesuai atau tidak dengan lekuk tubuh. Dan elakkan memakai saiz yang terlalu sendat sehingga menjadikannya singkat atau terlalu memeri
  1. Lengkapkan penampilan dengan solekan dan dandanan yang bersesuaian.


A post shared by SherryAlhadad (@sherry_alhadad)

#Fesyen #Sherry Alhadad #Plus Size
;