Kesakitan itu adalah sesuatu yang normal jika kali pertama melakukan hubungan intim. Namun demikian sekiranya rasa sakit berlanjutan pasti ada sesuatu yang perlu diberi perhatian. Ramai di antara kita yang tidak peka dan kurang mengambil tahu mengenai punca permasalahan ini berlaku. Berikut adalah senarai faktor dan jalan penyelesaian yang praktikal (boleh dicuba) untuk menangani masalah ini.


Kredit Foto: Google


Faktor 1: Diselubungi Rasa Takut
Bagi segelintir wanita yang baru melahirkan cahaya mata mereka dihantui rasa takut dan bimbang untuk melakukan hubungan intim bersama suami. Kebimbangan tercetus kerana mereka fobia dengan kesan jahitan pada kemaluan, luka pada faraj akibat pembedahan dan lain-lain.


Faktor 2: Kecacatan Kongenital Pada Sistem Peranakan
Ia tidak berlaku kerana faktor pembedahan kerana secara semula jadi, terdapat segelintir wanita dilahirkan mempunyai selaput dara tebal, faraj yang sempit (vaginal stenosis) dan sebagainya. Kecacatan ini boleh menyebabkan punca kesakitan yang serius semasa hubungan intim berlaku.



Kredit Foto: Google


Faktor 3: Vaginismus
Menurut pakar sakit puan, kekejangan otot sekitar faraj (vaginismus) yang berlaku tanpa disedari juga menyebabkan kesukaran penetrasi sekali gus mengakibatkan kesakitan semasa hubungan intim berlaku.


Faktor 4: Masalah Sakit Puan
Jika anda mengalami masalah sakit puan seperti endometriosis, radang pelvis, uterine prolapse, rahim jatuh, fibroid dan ketumbuhan ovari ia juga menjadi punca mengapa anda mengalami kesakitan ketika melakukan hubungan intim.



Kredit Foto: Google


Faktor 5: Jangkitan Kuman
Jangkitan bakteria atau kuman pada pundi kencing dan faraj juga boleh menyebabkan kesakitan semasa hubungan intim.


Faktor 6: Kurang Pelincir
Kurang aktiviti foreplay dikaitkan sebagai antara penyebab kekurangan lubrikasi. Namun demikian ia lebih dikaitkan dengan kekurangan hormon selepas menopaus, selepas pantang atau semasa menyusu badan. Antara faktor lain kurang lubrikasi yang lebih jarang adalah kesan sampingan kerana pengambilan ubat seperti antimurung, pil darah tinggi, ubat selsema, sedatif dan sesetengah pil perancang.

Kredit Foto: Google


Faktor 7: Radang dan Iritasi Selepas Pembedahan
Masalah ini berlaku akibat jahitan pada bahagian genital selepas pembedahan secara tidak langsung mendorong kepada kesakitan dan sengal-sengal semasa hubungan intim.


Faktor 8: Parut Akibat Pembedahan
Parut daripada pembedahan histerektomi dan kesan kimoterapi juga disifatkan sebagai faktor penyebab kesakitan sewaktu hubungan intim.


Faktor 9: Alergi
Alergi pada alat pencegah kehamilan dan krim juga turut menyumbang kepada permasalahan ini. A lergi terhadapan penggunaan kondom, gel pelincir, krim haruman faraj, pencuci wanita dan sebagainya boleh mengakibatkan iritasi sekitar faraj sekali gus menyebabkan anda sakit ketika melakukan hubungan intim.



Kredit Foto: Google


Faktor 10: Emosi dan Kurang Yakin Pada Diri
Kedua-dua aspek ini memainkan peranan penting dalam kelangsungan hubungan intim yang sihat. Jika gagal ditangani dengan baik, ia boleh mendorong kepada masalah kesakitan sewaktu hubungan intim berlaku. Bimbang, murung dan rendah diri terhadap bentuk fizikal tubuh boleh menyebabkan kurang rasa erotik lantas menjurus kepada rasa sakit sewaktu hubungan intim. Rasa tertekan misalnya boleh menyebabkan otot faraj menjadi tegang sekali gus penetrasi sukar berlaku.


Berikut adalah antara solusi dan jalan penyelesaian untuk menangani masalah ini:


Alternatif 1: Dapatkan Nasihat Doktor
Jika kerap mengalami sakit semasa hubungan intim, dapatkan konsultasi daripada doktor sakit puan. Maklumkan dengan terperinci seperti kekerapan kesakitan, bagaimana ia bermula dan bagaimana ia kerap terjadi.

Usah malu menceritakan sejarah perubatan dan pembedahan terdahulu kerana dikhuatiri ia menjadi punca kesakitan berlaku ketika hubungan intim berlaku. Maklumkan juga kepada doktor jika anda mengambil sebarang pil, jamu atau ubat untuk menangani masalah ini.


Alternatif 2: Rawatan & Diagnosa
Diagnosa lazimnya dapat dilakukan selepas pemeriksaan teliti pada faraj juga menerusi kaedah ultrasound. Rawatan akan diberi bergantung kepada punca kesakitan yang dialami. Bagi wanita yang berhadapan dengan masalah jangkitan kuman, antibiotik akan diberi untuk beberapa hari.

Ia bertujuan memastikan anda bebas daripada sebarang jangkitan kuman mahupun bakteria. Bagi wanita yang mengalami masalah kurang lubrikasi pula, hormon terapi mungkin boleh membantu untuk meningkatkan kelinciran disamping penggunaan gel pelincir yang boleh di beli di farmasi.


Alternatif 3: Ubah Posisi
Sekiranya posisi biasa menyebabkan anda merasa sakit ketika melakukan hubungan intim, ada baiknya anda menukar posisi tersebut. Sama ada anda selesa pada kedudukan atas atau posisi mengiring, cuba ekperimen dengan posisi yang berlainan bagi memastikan anda dan pasangan tidak sakit ketika hubungan intim berlaku.


Alternatif 4: Komunikasi dan Sokongan Suami
Berbincanglah dengan suami jika faktor emosi menjadi punca utama yang perlu dikongsi. Komunikasi dan perbincangan dari hati ke hati adalah terapi mudah lagi berkesan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Sokongan daripada suami juga penting bagi menangani isu ini.


Alternatif 4: Relaks dan Ambil Masa Secukupnya
Bagi memastikan kelangsungan hubungan intim, apa kata kamu ambil masa untuk merehatkan diri secukupnya. Misalnya luangkan masa memanjai tubuh, segarkan diri dengan mandi menggunakan air suam juga aroma mandian yang menyenangkan dan senaman regangan sebelum melakukan hubungan intim.


Alternatif 5: Elakkan Aplikasi Douches & Wangian
Penggunaan douches atau apa jua wangian pada faraj boleh menyebabkan inflamasi, iritasi dan pelbagai masalah lain. Justeru elakkan aplikasi ini sebagai solusi pintas menangani masalah sakit ketika hubungan intim.