SHIERA IJOY Imbau Memori Kahwin 5 Hari 5 Malam! — Sumpah Kelakar, Anda Kena Baca
Public Anonymous User
28/02/2018 09:11 MYT
28/02/2018 09:11 MYT
Kredit foto: @shieraijoy
MODEL, aktres, pemain komedi merangkap pengacara televisyen ini sememangnya angkatan senior industri hiburan yang telah mencipta nama semenjak tahun 1993 lagi.
Yang menariknya, kini sedang hangat berkerlipan di laman Instagram @shieraijoy, foto-foto perkahwinannya dengan ‘tagline’ #throwback 5 hari 5 malam!
Mungkin kerana seronok melihat kemeriahan foto-foto perkahwinan rakan-rakan artis yang lain, Shiera Ijoy terpanggil sama untuk berkongsi memori indahnya. Walaupun foto sudah kelam dan separuh kelabu, ‘caption’ yang dimuat naik Shiera amat menggeletek hati.
Daripada kisah mas kahwin RM40, kisah bilik tidur didatangkan khas oleh ibu saudara Neelofa dari Kelantan, hantaran kek golf (yang ini memang ‘rare’!) sampailah seloka Shiera bercerita tentang tahi lalatnya yang berterabur — memang pasti buat netizen mengelekek ketawa.
Kami rangkumkan seloka 5 hari 5 malam bingkisan Shiera Ijoy untuk tatapan anda, kalian pasti terhibur!
Kredit foto: @shieraijoy
MOMEN 1
Okey, mariiiiii #throwback. Kang ada ingat sebab kata baru kahwin. Dulu-dulu, ada duit hantaran berkelopak bunga bagai. Cantik!
Ada beberapa kuntum kerana saya okey, reasonable.. LOL. Alhamdullillah…
Tak ada hantaran tak apa, saja suka-suka.
Ada beberapa kuntum kerana saya okey, reasonable.. LOL. Alhamdullillah…
Tak ada hantaran tak apa, saja suka-suka.
28 Februari 2003
#kawindulukawinsekarang #anniversary
Jangan muntah sebab throwback selama 5 hari 5 malam.
Kredit foto: @shieraijoy
MOMEN 2
Okey, sain menyain. Masa ni pakai baju Man Kajang. Bayar token saja kepada dia. Dia sanggup buatkan. Memang baik Man Kajang. Sebab itu dia murah rezeki sampai sekarang. Solekan pun masa ni, adik-beradik yang bayar, tolong menolong.
Masa ini solekan oleh Zulfadzli. Pandai dia buat sanggul. Dan sampai sekarang dia buat lagi. Kerusi tu pun aku sewa, 150 hinggit dapat 2 lerrr…
Kat kedai depan rumah kat Selayang. Sanggup pinjam sehari demi nak cantikkan bilik kahwin sebab nak putih semua. Jadi tak kredit nama dia, sebab tak ingat.
Bilik tidur sponsor all the way from Kelantan, mak cik Neelofa yang buatkan, Kak Da namanya.
Kakak aku baju kurung cotton daripada Tailor Yee Kwan Wong. Yang baju purple tu Aida Aris. Masa ni takde orang sponsor.
Yang berdiri tu pakcik aku. Syed apa ekk… Kami selalu panggil Ami Atan.
Kredit foto: @shieraijoy
MOMEN 3
Ijoy memang panik betul masa ni. Seram sejuk dia. Maklumlah, arwah Pak Syed yang tukag akadkan. Tu yang buat aku nak tergelak tu! Mas kahwin Wilayah zaman dulu cuma RM80. Pastu tok kadi cakap, “Coppp… Dia janda jadi separuh harga.”
Jadilah RM40… Sampai sekarang duit mas kahwin kita tak pakai sebab duit syiling seringgit dah tak laku. Ada 80 keping dan kita duk simpan lagi.
#Throwback 5 hari 5 malam
Kredit foto: @shieraijoy
MOMEN 4
Taaadaaa! Ko ada patung laki bini kat atas tu lagi? Kedai kek dulu-dulu selalu ada kek macam ini, dari bawah sampai atas kek betul, bukan dummy. Kek buah. Ramai yang dapat makan. Tak eksyen-eksyen. Nanti tanya Cempaka, isteri Azhar Sulaiman ada contact kek ni lagi tak. Memang sedap. Beli ye. Mintak semua putih. Saja pucat-pucat warna kek. I like…
MOMEN 5
Throwback 5 hari 5 malam… Muntah! Unfollow je kalau tak suka. Jangan maki. Macam takde Tuhan ko maki aku ye?
Okey, bunga manggar waktu tu memang kita nak semua serba putih suci. Tak mau kilat warna-warni. Nasib baik murah.
Hantaran ko rasa? Mak mertua cakap nak 13 dulang balas 11 dulang. Tetiba pengantin sampai. Aku kira hantaran aku… alamak, kurang satu!
Okey, bunga manggar waktu tu memang kita nak semua serba putih suci. Tak mau kilat warna-warni. Nasib baik murah.
Hantaran ko rasa? Mak mertua cakap nak 13 dulang balas 11 dulang. Tetiba pengantin sampai. Aku kira hantaran aku… alamak, kurang satu!
Sempatlah aku ambil kain sampin arwah bapak. Ponjot-ponjot lepas tu letak dalam kotak, dah laa buruk. Lantak! Janji kahwin. Last sekali ada kain sampin bapak aku yang dah pakai berpuluh kali, so aku buat hantaran. Pastu pulang balik.
Gambar last sekali…
Kek golf, cantik kan? Wife Azhar Sulaiman, Cempaka yang rekemen, kat Bangsar ke kat mana aku pun dah lupa. Katanya, Sheila Majid pun buat kat sini. Nak jugaaak… Tak nak kalah aku, walaupun tinggal dua ringgit!
Dulu-dulu memang payah cari orang buat kek butter, cake tu sedap gila.
Kek golf, cantik kan? Wife Azhar Sulaiman, Cempaka yang rekemen, kat Bangsar ke kat mana aku pun dah lupa. Katanya, Sheila Majid pun buat kat sini. Nak jugaaak… Tak nak kalah aku, walaupun tinggal dua ringgit!
Dulu-dulu memang payah cari orang buat kek butter, cake tu sedap gila.
Kredit foto: @shieraijoy
Kredit foto: @shieraijoy
MOMEN 6
Haaaa… lega. Nasib baik tak kena soal, dia dah kawtim.. Ciiiiittt!
Gambar kedua, dia letak tepi mikrofon tu sebab takut 2 kali take. Tapi satu take aje. Kawan mendajal, hahaha. Ehh, aku ada video laaa… Dah pasang mikrofon dia bukak.
Last but not least, bunga telur emas belakang tu aku beli kat Metrojaya. Yang tu bunga Krismas… Nina Juren cakap sana lawa, 1 cucuk 15 hinggit. Aku dapat diskaun 10%. Beli 100 batang… ko rasa? Mana buang entah!
Gambar kedua, dia letak tepi mikrofon tu sebab takut 2 kali take. Tapi satu take aje. Kawan mendajal, hahaha. Ehh, aku ada video laaa… Dah pasang mikrofon dia bukak.
Last but not least, bunga telur emas belakang tu aku beli kat Metrojaya. Yang tu bunga Krismas… Nina Juren cakap sana lawa, 1 cucuk 15 hinggit. Aku dapat diskaun 10%. Beli 100 batang… ko rasa? Mana buang entah!
Kredit foto: @shieraijoy
MOMEN 7
Di hari kedua, besoknya disolek oleh @zulfazlisuhadi. Baju oleh Rahila. Tapi dia kawan dengan Rizalman. Rizalman yang tolong jahit masa tu. Sempatlah pakai. Sekarang kalau nak pakai Rizalman aku kena jual rumah.
Ini kat rumah kita, majlis kahwin ni dilangsungkan di Selayang. Dua-dua hari pakai putih je. Kahwin suka putih…
Kredit foto: @shieraijoy
MOMEN 8
Lepas nikah, cium nenek mertua. Masa ni arwah Mak Esah umur 73 tahun. Sejak tu bermulalah Mak Esah telefon nak jalan, 15 tahun juga dengan kerenah kami, teman gaduh… hahahaha. Al-Fatihah.
#Throwback 5 hari 5 malam. Sebab kahwin 4 hari 4 malam.
Walaupun duit ada 2 hinggit… Miracle!
Inai pulak I ambil kat pokok. Tumbuk-tumbuk je. Tak taulah kenapa letak daun gelugor sekali, pakai sampai kering. Lenguh…
Kredit foto: @shieraijoy
MOMEN 9
Yes belanja lagi pepagi Subuh dengan gambar-gambar kahwin. Jangan tengok gelang arwah Mak Esah. Yaaa, pengapit aku Sharifa Sofea, yang pelakon dulu. My second cousin… cantik sebab campur omputih.
Kredit foto: @shieraijoy
MOMEN 10
Dah nikah, makan kampung lauk masak tempoyak ikan patin, segala bagai! Ada sambal hitam lagi. Ijoy lulus kahwin orang Pahang sebab berjaya makan ikan sungai. Santai-santai saja. Kami kahwin 4 hari 4 malam… Mau tak penat! We did it. Ini baru hari pertama. Hahaha, ada jering dan kerdas kat situ. Cuba tengok @tallisya72 comey je masa tu. Sekarang pergi IG, dia kuussss semangat!
Kredit foto: @shieraijoy
MOMEN 11
Dah nak balik mak mertua sebab kami kawin 4 hari 4 malam. Lagipun sebab besok nak sanding tengah hari kat rumah kita. Semua tanya Kinah mana? Haaaaaaa… taaadaaaaaa!
Atas mak kita… kussss semangat!
Selamat menonton. #Throwback banyak. Jangan muntah. Jangan kecam
IG kita… kita suka.
IG kita… kita suka.
Kredit foto: @shieraijoy
MOMEN 12
Ko adaaaaa? Posing atas katil lagi! Jangan gelak… Hahahahha. Mesti kat rumah buat bilik pengantin, kan?
Tapi yang penting tahi lalat hidup belah kananku itu aku buang kat Sungei Wang Plaza. Bagus… Cina yang datang dari negara China yang buat. Taik lalat besar 10 ringgit. Kalau yang kecik 5 ringgit. Sampai sekarang tak tumbuh dah.
Yang baru ni buat macam ada lagi, tak mujarab. Mana laaa nak cari Cina tu.
Yang baru ni buat macam ada lagi, tak mujarab. Mana laaa nak cari Cina tu.
Yang tu seketul jatuh. Hahaha… ada parut sikit jelah. Macam parut jerawat.
Hari ni Anniversary aku. Takde kena mengena dengan sesiapa. Ni IG aku weiiiii… Tolong…