Sharifah Shahirah antara jemputan untuk program Currhat, episod ke empat semalam. Rancangan terbitan Astro Prima ini membincangkan topik yang semakin hangat diperkatakan sekarang ini, Cinta Platonik.


Kalau dulu, ia dipanggil ‘cinta monyet’. Cinta budak-budak! Namun, kini ia agak membimbangkan apabila budak-budak kecil semakin berani bermain cinta secara terang-terangan.

Ditambah dengan pengaruh media sosial yang mencambahkan lagi perasaan ingin tahu dalam kalangan kanak-kanak yang sememangnya tebal dengan sifat mahu tahu dan ‘rasai’ itu.


Apakah situasi ini boleh dianggap sebagai ‘biasa’ dan tidak perlu dibimbangkan? Bak kata sesetengah orang, sampai masa nanti mereka sedarlah tu. Cinta budak-budak nak serius sampai ke mana?

Atau adakah ya, kita perlu buka mata dan sebaik mungkin atasi gejala ini sebelum ia menjadi lebih rumit dan kanak-kanak ini pergi lebih jauh. Kita tidak tahu apakah yang berada dalam fikiran anak kecil itu walaupun pada mata kasar kita, ia nampak lucu sahaja.


Justeru, Currhat membawakan topik ini agar para ibu bapa lebih berhati-hati dan pantau setiap pergaulan dan rakan-rakan di sekeliling anak-anak kita.

Sharifah Shahirah atau Shiera, seperti yang kita tahu ibu kepada lima orang anak; yang terdiri daripada pelbagai peringat usia, remaja dan kanak-kanak. Cabarannya memang berbeza tapi sama hebatnya. Baik yang si kakak, abang juga adik. Ditambah dengan zaman teknologi hari ini yang membebaskan pergaulan mereka sehingga ke alam maya.


Walaupun Shiera kelihatan agak moden dan bersikap open minded terhadap anak-anak, namun katanya dia masih mengamalkan cara didikan mak dulu-dulu. Apa maksudnya itu?





Sebagai ibu yang punya anak remaja dan masih bersekolah rendah, pernahkah Shiera berdepan dengan dilema anak-anak yang bercinta ketika masih kecil ini?

Ya saya punya anak-anak yang dari usia 22 tahun hingga ke tiga tahun dengan pelbagai kerenah. Ada anak saya yang jenis langsung tak melayan hal cinta ketika usia mudanya.


Yang lelaki tu, ada jugalah saya terlihat di Instagramnya, budak-budak perempuan yang DM mengirimkan pelbagai ayat. Namun, anak lelaki ini kurang sikit mahu melayannya, tak minat dia apabila perempuan hantar sticker Pokemon lah.


Berbeza pula dengan anak perempuan saya si Odah. Terlebih gediknya dan ada sesekali dia cakap, “Ma..my boyfriend here, my boyfriend there...” Wah, bukan main bangga lagi! Namun, saya pantau juga walaupun saya tahu dia masih kecil dan percakapannya itu sekadar main-main.


A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on



Kalau ada anak yang memperkenalkan teman lelakinya kepada Shiera, bagaimana reaksi Shiera?

Itu pula berlaku kepada anak gadis saya yang berumur 22 tahun itu. Ada juga dia bawa ke rumah dan perkenalkan kepada kami. Saya buat biasa sahajalah, tidak mahu melayan sangat. Bukan sombong tetapi tak mahu bagi muka sangat. Tunggu nanti kalau betul-betul dah jadi menantu, sayalah mak mentua paling baik! Hahaha...

Jadi, adakah Shiera bersikap terbuka jika anak-anak bermain cinta pada usia muda?

Kalau dia suka antara lelaki dan perempuan, saya terimalah. Taklah terkejut. Mak dia dulu pun bercinta juga! Namun, pantauan itu kena ada. Wajib ya supaya mereka tidak melepasi batasan. Bab ini saya sporting juga Cuma saya akan ambil tahu siapa orangnya? Anak siapa? Kerja apa? Banyaklah soalannya.


A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on




Pandangan peribadi Shiera terhadap isu Cinta Platonik ini, membenarkan atau menghalang?

Saya tidak menghalang atau menggalakkan. Apalah daya kita jika mereka sudah suka? Anak saya sendiri yang sulung tu, tingkatan tiga sudah ada teman lelaki dan kemudian silih berganti.


Sebagai ibu, kadang-kadanng saya sergah juga. Hey, walaupun nampak saya ini jenis mak yang tak kisah tapi saya garang juga tau. Saya jenis mak dulu-dulu juga yang main campak barang. Jangan main-main ya. Apa pun, paling penting kena pantau dan ambil tahu. Bukan senang mendidik anak-anak zaman 2020 ni!

Betullah kan, cabaran mendidik anak-anak zaman ini sangat berbeza dengan zaman kita dulu. Shiera sendiri menggunakan pendekatan bagaimana dalam membentuk anak-anak?

Saya bukanlah emak yang perfect atau bagus sangat. Saya tidak melahirkan anak-anak yang berjaya dan saya akui anak-anak saya memang ada yang nakal. Ada yang suka tidur rumah kawanlah.

Ini yanng membimbangkan saya. Jadi, penjelasan itu penting. Saya akan selalu jelaskan kepada anak-anak kenapa perkara itu tak betul. Contoh kalau tidur rumah orang, zaman sekarang rumah sendiri pun tak selamat, apatah lagi rumah orang.


Si Odah tu pun sama, suka berjalan rumah orang. Tiba-tiba nanti, ada yang telefon beritahu Odah ada di rumah dia. Aduhai..macam-macam perangai anak-anak ni. Memang saya ibu yang sibuk, masa bersama mereka agak terhad.


Jadi, saya pasang CCTV di setiap sudut rumah supaya saya boleh pantau aktiviti mereka dan pembantu rumah juga ada untuk menengokkan anak-anak.




A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on




Setuju tak kalau kita katakan isu ini berlaku dek pengaruh media sosial dan akses internet tanpa sempadan?

Saya ni dibesarkan pada zaman yang tidak ada internet, jadi kadang-kadang memang rasa naik hantu juga apabila berdepan dengan anak-anak zaman internet ni. Dalam hati terfikir, aku dulu tak macam ni pun!


Tidak dinafikan, anak-anak saya sendiri hidup dengan permainan internet, Youtube dan sebagainya. Kadang-kadang terdengar juga perkataan-perkataan yang disebut ‘boleh tahan’ juga dek pengaruh apa yang mereka tengok itu.


Namun, tidak diaplikasi kepada orang atau saya sendiri. Itu paling penting, jangan kurang ajar. Kena ada bonding time dengan anak-anak juga supaya mereka tidak jauh daripada kita dan hanya rasa dunia mereka dengan internet sahaja.

Nasihat Shiera kepada anak-anak kita?

Lain orang lain caranya. Macam saya sendiri artis, kehidupan saya dengan ibu-ibu yang lain tak akan sama. Jadi, kalau ada ibu bapa yang jenis strict atau mendidik anak-anak dengan peraturan, teruskan.


Tak salah. Cuma saya jenis yang suka ajak kawan-kawan anak datang ke rumah sahaja untuk lekap-lepak atau makan-makan. Memang ramai datang rumah saya. Bukan apa, saya lebih suka mereka buat apa sahaja di depan mata saya.


Kalau kita control banyak sangat, nanti belakang kita pula dia buat hal. Jadi, ada masa saya bersikap terbuka. Anak-anak sekarang banyak yang depress, emosi tak balance. Jadi, pandai-pandailah.



A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on