SHIMA SAYANG – Nurse Paling Menghiburkan di MAEPS. “Saya Puas Bila Pesakit Sembuh dan Tinggalkan Nota...”
Afiza Kamarulzaman
26/06/2021 02:00 MYT
26/06/2021 02:00 MYT
Sejak wabak Covid-19 melanda negara, nama MAEPS (Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang) tiba-tiba menjadi popular. Ia sentiasa disebut-sebut seiring pandemik kerana menjadi Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu sejak 9 Dis tahun lepas.
Kalau dulu, ramai yang berdoa untuk tidak menjejaki tempat ini kerana tidak sanggup melalui tempoh kuarantin yang dianggap pengalaman ngeri. Lama-kelamaan, persepsi itu mula berubah. Ramai orang sudah boleh melangkah ke situ dengan pemikiran positif dan jiwa yang tenang. Ini setelah diwar-warkan oleh beberapa pesakit yang berkongsi pengalaman berada di situ tidaklah seburuk mana.
Layanan yang diberikan sangat baik, sehinggakan ada yang tidak mahu pulang. Hal kebajikan seperti makan minum, tempat tidur, ubat dan rawatan diatur sebaik mungkin bukan sahaja oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), malah menerusi kerjasama agensi lain seperti Angkatan Pertahanan Malaysia, Polis, RELA, Bomba, Jabatan Penerangan dan sebagainya.
InTrend berkesempatan mewawancara salah seorang Jururawat Masyarakat yang ditugaskan menjaga pesakit di MAEPS iaitu Rus Hasimah Anuar atau lebih popular dengan panggilan ‘Shima Sayang’. Kenapa begitu pula beliau digelar? Nah, inilah kisah misi berjiwa emas ini.
Kenapa Shima memilih kerjaya kejururawatan yang mencabar ini?
Selepas SPM, saya pernah bekerja sambilan di Akademi Bomba dan Penyelamat Marang, Terengganu sebagai tukang cuci. Mak saya juga seorang tugas cuci di situ. Di sana, saya berkesempatan bergaul dengan anggota unit beruniform daripada pangkat rendah sehinggalah yang tertinggi di situ dan membuka mata saya terhadap pekerjaan unit beruniform ini.
Namun, saya pernah ditegur oleh mereka, “tak akanlah Shima nak kerja sama macam Mak Shima juga? Shima kena buktikan yang Shima mampu jadi yang lebih baik untuk membela nasib Shima dan keluarga.” Dari situ, Shima mula bermotivasi untuk berkhidmat buat negara, jururawat menjadi cita-cita Shima.
Sementelah, Mak pun support Shima menjadi jururawat kerana menurut Mak, kalau Shima masuk SPA dan mohon bidang itu, confirm Shima akan dapat kerja sebagai misi. Shima mahu menjadi orang yang hebat dan dipandang tinggi. Mungkin inilah kerjaya yang dapat merealisasikan impian Shima.
Sebelum ditempatkan di MAEPS, Shima bertugas di Hospital Kajang, bagaimana perasaan Shima saat diberitahu akan dipindahkan ke MAEPS?
Selepas bergelar jururawat selama enam tahun, Shima mendapat kenaikan pangkat dan diminta menjalani kursus di Batu Pahat, Johor tahun lalu. Sebaik Shima menamatkan kursus itu pada 4 Disember 2020, nama Shima diumumkan untuk bertugas di MAEPS. Awalnya, ada juga rasa gusar kerana kita tiada pengalaman dan pengetahuan yang mendalam lagi.
Namun, Shima terfikir kalau semua jururawat berperasaan begitu bagaimana dengan nasib pesakit kelak. Jadi, Shima ikhlaskan hati dan meletakkan penjagaan diri di bawah lindungan Allah. Sebaik melangkah ke situ, rasa simpati dan empati terhadap pesakit mengatasi segalanya. Rasa bersemangat untuk mulakan tugas.
Bagaimana rutin Shima di MAEPS?
Seperti biasa, sebelum memulakan tugas kita dikehendaki mengikut SOP yang ditetapkan, PPE harus dipakai sesempurnanya. Kemudian, kita sambut kemasukan pesakit, ambil bacaan tekanan darah, bagi ubat dan rawatan yang diperlukan, yang mana berisiko akan dihantar ke hospital.
Kami juga akan pastikan makan minum yang cukup, sebelum keluar periksa hawa dingin, lampu dan pastikan pesakit dalam keadaan selesa. Periksa juga pantry kalau-kalau ada alat tajam. Kemudian, beri laporan kepada Sister. Barulah kami boleh keluar. Namun, kita juga berterima kasih kepada agensi lain yang turut sama menjadi barisan hadapan negara dalam memikul tugasan ini.
Bukan hanya jururawat menyempurnakan tugasan ini. Sebagai contoh, Angkatan Pertahanan Awam (APM) menjaga bahagian diet dan makanan pesakit, Polis dan RELA menjaga keselamatan, Jabatan Penerangan memastikan risalah dan info disampaikan kepada masyarakat dan begitu juga unit lainnya. Begitulah kami berganding bahu sebagai nadi dan harapan negara.
Bagaimana timbulnya panggilan ‘Shima Sayang’ itu?
Kalau nak tahu, Shima ni jenis yang cepat mesra dan friendly orangnya. Kalau di hospital lama dulu pun, beginilah karekter Shima. Sebelum memulakan tugas, Shima akan tegur semua pesakit dengan ucapan “Hai, semua! Hari ni, saya jururawat yang bertugas. Okey sayang-sayang semua..” Lebih kurang begitulah yang akan Shima lafazkan sebagai pendekatan untuk mengambil hati pesakit. Dan, ia terbawa-bawa sehingga di MAEPS. Tak sangka pula, ia menjadi sebutan mereka.
Setuju tak kalau saya katakan hikmah pandemik ini juga telah membuka mata masyarakat terhadap kerjaya jururawat yang sebelum ini agak negatif terutamanya misi kerajaan?
Ya, sebelum ini kita kurang pendedahan tentang bagaimana tugasan seorang jururawat itu, dan media sosial banyak memainkan peranannya dalam memberi kesedaran dan pendedahan yang baik. Secara kebetulan, kami bergelar barisan hadapan saat Covid-19 melanda dunia, dan barulah orang nampak pengorbanan barisan kesihatan ini.
Pernah tak terasa bimbangn setiap kali mahu pulang ke rumah usai tugasan?
Mestilah ada, ianya lebih kepada waspada. Tambahan pula Shima mempunyai empat orang anak di rumah. Tapi, lama-kelamaan ia menjadi biasa. Selagi kita ikut SOP yang betul, Insya Allah kita terlindung. Pakai dan tanggalkan PPE dengan tertib dan betul.
Ada tak pesakit yang mempunyai emosi tak stabil ketika dimasukkan ke MAEPS?
Ada, terutamanya di awal-awal dulu kerana ada segelinti pesakit yang dipulaukan dan ada yang mula sangsi dengan tahap kesihatan mereka. Tidak kurang juga berasa tertekan apabila berjauhan dengan keluarga. Menjadi tanggungjawab kami untuk menenangkan mereka. Kadang-kadang, kami adakan aktiviti santai seperti zumba beramai-ramai. Ada juga makcik-makcik yang tak nak makan ubat, Shima akan pujuk dengan cakap, “Haaa..kalau tak makan ubat tak boleh balik tau...” Barulah dia makan. Hahaha...
Apa pengalaman duka yang mungkin dilalui Shima sepanjang di sana?
Nak kata pahit sangat tu taklah. Cuma, apabila terpasksa bertugas ketika Hari Raya, sedihlah juga dan kadang-kadang kita terpaksa korbankan cuti dan masa rehat kita sendiri demi kelangsungan tugas.
Apa perkara paling buat Shima puas tatkala melaksanakan tugasan di MAEPS?
Apabila pesakit pulang dengan kesembuhan dan menitipkan nota-nota penghargaan buat kami. Ada yang ditampal di dinding dan dibuat kad. Tak kurang juga nak ‘selfie’ sebelum keluar wad. Ia satu tanda terima kasih yang sangat menyentuh hati kami. Yang kelakarnya juga, ada pula yang tak nak balik kerana seronok berada di sini. Alhamdulillah, ada juga beberapa orang pesakit Shima yang masih contact Shima di Tik Tok dan sebagainya.
Akhir kata, apa harapan dan kata-kata Shima buat masyakarat di luar sana?
Kepada semua rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar untuk suntikan vaksin, segeralah berbuat demikian demi menjaga diri kita, keluarga, komuniti dan melindungi kita semua. Ikutlah SOP dengan jujur untuk memutuskan rantaian Covid-19 ini. Pada waktu ini, kita semualah frontliners negara!
*Kredit Foto: Rus Hasimah Anuar