Personaliti
Shooting Ditangguh – Apa Agaknya Para Pelakon Hati Yang Dikhianati Buat Sepanjang PKP? Ada Yang Baca Quran, Jaga Kucing...
Isyariana / Lisa
Rutin seharian sepanjang lockdown?
a) Self meditation, gandakan masa masa dengan bacaan al Quran. Cabar diri untuk hafal 10 ayat untuk10 hari.
b) Masak apa saja yang saya teringin nak makan. Happy tummy happy life!
c) Tengok netflix catch up on movie yang tak sempat tonton sebelum ni.
d) Cover lagu for my supporters dan fokus untuk promo lagu Isya kelahiran PKP 3.0 ini,
bertajuk “Bisik Hati” yang dilancarkan pada 6 Jun di saluran Youtube Isyariana TV.
e) Untuk self release, Isya juga aktif bermain e-sport.
Ada kemahiran atau benda yang sempat belajar semasa lockdown? Atau ada topik atau isu yang anda nak cuba pelajari ketika lockdown?
Bagi saya masa lockdown adalah masa untuk diri sendiri, masa untuk reset balik body kita yang dah terlalu banyak digunakan. Jadi, apa yang Isya buat lebihnya pada self meditation dan Isya sedang merancang sesuatu untuk satu matlamat selepas PKP 3.0 berakhir. Insya Allah.
Untuk achievement sepanjang PKP ni. Alhamdulilah Isya dah berjaya launch single terbaru. Syukur dengan izin Dia, dah lama Isya simpan untuk tunggu masa yang sesuai dan mungkin inilah masanya.
Kredit foto: Isyariana
Hobi baru?
Hobi baru buat masa ni rasanya belum ada lagi cuma Isya baru sahaja create akaun Tik Tok beberapa hari lepas iaitu @isyariana33. Disebabkan PKP ni kita tidak boleh keluar sesuka hati, mungkin ia adalah antara medium komunikasi yang sesuai untuk Isya berinteraksi dan menghiburkan peminat tapi tidaklah terlalu aktif di akaun tersebut. Masih belajar lagi untuk menggunakannya.
Sejauh mana anda dekat dengan media sosial?
Media sosial adalah medium komunikasi yang sangat luas pengaruhnya. Ada yang lead to positive tapi kebanyakannya menjurus kepada negatif, so Isya secara amnya tidak terlalu attach dengan media sosial ini dan memilih apa yang hendak dipamerkan dan apa yang tidak dalam media sosial. Selain itu ia adalah platform untuk urusan kerja dan medium komunikasi bersama peminat yang Isya sayang.
Jadi sudah menjadi tanggungjawab Isya untuk membahagikan masa antara media sosial dan masa untuk diri sendiri. Dan dalam masa PKP ini Isya lebih banyak membuat aktiviti yang positif di rumah. Bagi Isya kesihatan minda adalah yang paling penting kerana sihat minda sihatlah jiwa dan Insya Allah sihatlah tubuh badan.
Arena Lieya / Baby
Rutin seharian sepanjang lockdown?
Arena banyak fokus pada famili sepanjang lockdown. Sebab bila time shooting memang tak ada masa langsung dengan mereka. So i look at this lockdown situation as something positive for me to appreciate my time with family, lebih rasa bersyukur.
Ramai orang lain di luar sana yang tak dapat jumpa famili, mak ayah berbulan-bulan. So yes, Arena lebih banyak fokus in managing my autistic brother Adam & amp; my little sister Ara. Alhamdulillah dapat bantu kurangkan beban mak ayah Arena.
Ada kemahiran atau benda yang sempat belajar semasa lockdown? Stau ada topik atau isu yang anda nak cuba pelajari ketika lockdown?
Great thing during lockdown ni Arena banyak belajar memasak resepi baru daripada Mak., juga mengikut kelas mengaji al Quran menerusi online dan video setiap minggu.
And of course, Arena sentiasa nak memperbaiki mutu lakonan so i will keep on looking back at all my previous HYD episodes, tengok kekurangan dan daripada situ Arena berlatih sendiri di rumah, rujuk pada banyak drama-drama lain untuk belajar. Semua ini Arena kena prepare sebelum masuk balik sambung shooting HYD.
Hobi baru?
I am very much into cats now. Sekarang dah ada enam ekor. Itulah hobi baru Arena sekarang. Arena boleh luangkan masa yang lama untuk check-out di online shopping on cute accessories for cats, stuff about health, wellness and yes many more.
Sejauh mana anda dekat dengan media sosial?
Well I am very much attached to social media especially Instagram, Netflix, Tik Tok dan YouTube. Alhamdulillah sepanjang lockdown ni, Arena dapat peluang untuk buat product reviews, so yes I am actually quite occupied. Hanya kalau saya tiada apa-apa nak dibuat, saya akan menonton filem untuk memajukan lagi lakonan Arena.
Kredit foto: Mona Allen
Mona Allen / Maria
Rutin seharian sepanjang lockdown?
I’m all about cooking
Ada kemahiran atau benda yang sempat belajar ketika lockdown? Atau ada topik atau isu yang anda nak cuba pelajari ketika lockdown?
Kemahiran baru belajar bertukang sebab dalam proses untuk ambil anak angkat bulu (kucing). Jadi banyak masa terluang Mona study pasal kucing.
Hobi baru?
Belajar pasal cat breedings.
Sejauh mana anda dekat dengan media sosial?
Not so attached. Adalah sekitar 20% sepanjang masa saya beradi di media sosial. Saya sibuk melakukan kerja rumah.
Shah Iskandar / Imran
Rutin seharian sepanjang lockdown?
Mostly fitness and cooking
Ada kemahiran atau benda yang sempat belajar ketika lockdown? Atau ada topik atau isu yang anda nak cuba pelajari ketika lockdown?
Terkini, saya dah mula berjinak-jinak untuk memasak. Kali pertama untuk menu baru selalunye fail! Tetapi kali kedua terus mantap!
Lately, saya banyak membaca tentang mental health juga. To keep a positive mind during a pandemic is not easy. Tetapi, pontensi lebih senang apabila kita sentiasa bersama keluarga.
Hobi baru?
Memasak dan membaca
Sejauh mana anda dekat dengan media sosial?
Media sosial sejak dua menjak ni semakin menjadi-jadi. Terlalu banyak benda yang negatif diviralkan. Saya cuba mengelak atau mengurangkan masa saya bersama media sosial ini.