Highlights

Shopping Seorang Lebih ‘HEAVEN’ Daripada Berteman – Tambah Masa PKP Ni, Senang, Tak Kalut. Siapa Macam Ni?

gempak
Afiza Kamarulzaman
09/06/2020
04:50 MYT
Sponsor Banner
Shopping Seorang Lebih ‘HEAVEN’ Daripada Berteman – Tambah Masa PKP Ni, Senang, Tak Kalut. Siapa Macam Ni?
Membeli-belah adalah waktu yang sangat ‘indah’ untuk sesiapa sahaja terutamanya kaum wanita. Asalkan ada duit dan tujuan, pasti ia menjadi satu aktiviti yang didambakan oleh setiap orang. Ada orang kata, kalau dapat window shopping pun sudah membahagiakan, walau tidak dapat membawa keluar sebarang barangan dari kedai atau butik itu. Tapi, kalau dapat membeli sesuatu lagilah membahagiakan.
Ada yang menjadikan membeli-belah sebagai hobi, ada pula yang berlebihan sehingga dikategorikan sebagai ketagihan. Bagaimana membezakan antara hobi dan ketagih? Menerusi kajian yang dilakukan di Bergen University menyenaraikan kriteria-kriteria berikut untuk menguji kaji kepada mereka yang suka membeli-belah. Sekiranya anda mempunyai empat daripada kriteria ini, maka anda dikategorikan sebagai ketagih membeli-belah.
Kredit Foto: Google
7 Kriteria Seseorang Itu Ketagih Membeli-belah:
  • Sepanjang masa obses dengan membeli-belah
  • Membeli-belah untuk meingkatkan mood
  • Membeli lebih barang untuk merasai kepuasan yang sama seperti sebelumnya
  • Membeli dengan begitu banyak tetapi tidak pula dapat memenuhi tanggungjawab seharian
  • Membeli dengan banyak sehingga mempengaruhi kesejahteraan seseorang itu
  • Tidak mampu menyekat perbelanjaan atau pembelian walaupun ada niat melakukannya
  • Rasa resah jika tidak dapat membeli
Kredit Foto: Google
Paling Penting, Membeli-Belahlah Secara Aman
Betul, jika tidak mahu stres dan bagi memastikan kamu dapat apa yang kamu mahu, pergilah membeli-belah secara solo tanpa membawa teman atau rombongan yang mungkin merosakkan rancangan. Dengan pergi secara sendirian, kamu akan mudah untuk mencapai misi utama. Membeli ikut rasa hati dan tidak perlu memikirkan hal orang lain.
Apabila membawa teman, banyak perkara yang terpaksa kita fikir dan korbankan. Antaranya, dari segi masa menunggu dan memenuhi permintaan mereka. Mungkin ada yang jenis lambat dalam membeli. Ada pula yang tidak punya persediaan seperti kena beratur untuk mengeluarkan duit di ATM terlebih dulu atau jenis yang suka ke tandas setiap jam. Jadi, bila boleh habis sesi membeli kalau banyak sangat halangannya.
Namun, sekiranya kamu jenis yang memang suka membeli-belah secara berteman, boleh teruskan sahaja. Pastikan teman yang dicari adalah teman ‘sekepala’ dan sudah biasa kamu berurusan. Tepuk dada, tanya selera. Selamat membeli-belah dan jadilah pengguna bijak dan tidak melakukan pemborosan!
Kredit Foto: Google
Jadikan Membeli-Belah Sebagai Terapi Bukan Tekanan
Sesekali kita boleh sahaja berbelanja untuk diri sendiri atau mereka yang disayangi sebagai ‘reward’ kepada diri yang penat mencari duit. Simpan sahaja pun jika hati tidak senang, tiada faedah juga. Maka, bolehlah sesekali keluar berbelanja membeli sesuatu yang disukai, tapi awas kawal diri, jangan sampai berlebihan sehingga berlaku pembaziran dan menambah hutang.
Apabila membeli-belah dijadikan sebagai hobi, maka jangan pula ia terbawa menjadi tekanan. Justeru, elakkan membeli sesuatu yang tidak perlu. Pastikan kamu membuat list dalam kepala atau nota, apa tujuan dan barang yang ingin dicari sebelum memasuki pusat membeli-belah itu. Dan, paling penting, jangan ‘mengular’ ke tempat lain sekiranya ia tidak ada dalam senarai awal.
Paling penting jadilah pengguna bijak dan pembeli yang berilmu. Pastikan kamu menang apabila membeli-belah. Jangan tersalah membeli sehingga menjadi mangsa cekik darah si penjual. Ambil sedikit masa dan usaha untuk menyelidik sesuatu barang itu sebelum membeli seperti perbezaan harga dan kualiti.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live