,
Personaliti

Siapa Cakap Kahwin Lelaki Berusia Tidak Bahagia? Jangan Tak Percaya, Mereka Lebih Romantik dan Penyayang Tau!

Penulis Jemputan
01/02/2021
02:05 MYT
Teks: Nor Hatina Shuib
Pernah atau tidak mendengar pesanan ibu ketika zaman kecil “ Elakkan menyanyi atau melalak-lalak ketika berada di dapur ,“ jika tidak mahu mengahwini lelaki tua atau lebih berusia.
Kepercayaan orang dulu-dulu ini mungkin sekadar gurauan supaya anak dara tidak menyanyi di dapur kerana bimbang soal keselematan mereka jika tidak fokus kepada kerja di dapur atau pun mengelakkan daripada si dara nampak tidak sopan di mata masyarakat.
Namun, sebaik menginjak usia remaja, sudah pandai bercinta, ada juga yang terpikat dengan kematangan lelaki berusia meskipun ada yang berusia lebih 10 hingga 20 tahun daripada usia si dara atas beberapa faktor seperti lebih bersikap ‘gentleman’ berbanding lelaki muda.
Malah, bagi mereka yang mempunyai minat untuk bercinta dan mengahwini lelaki berusia, ramai yang berkongsi pandangan bahawa lelaki berusia ini lebih memikirkan masa depan, tidak mudah merajuk dan banyak kerenah, mampu membimbing, penyayang, romantis dan memiliki ciri humor.
Kredit foto: @rebeccanuralislamahmad
Saham Lelaki Berusia Lebih Tinggi Wow!
Kriteria yang ada ini membuatkan saham lelaki berusia lebih tinggi berbanding lelaki muda.
Lebih membanggakan, wanita yang mengahwini lelaki tua biasanya jodoh mereka berkekalan dan ada yang sehingga mempunyai ramai anak, hasil perkongsian hidup bersama disokong dengan beberapa kajian.
Dikatakan apabila wanita mengahwini lelaki yang jarak umurnya lebih berusia, wanita dan pasangan mereka lebih bahagia menikmati hidup bersama.
Mungkin ini disebabkan lelaki berusia ini terlebih dulu ‘makan garam’ dalam menjalani kehidupan mereka sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
Malah, kajian juga mendapati lelaki berusia merupakan lelaki yang sempurna dan memiliki banyak keistimewaan tersendiri.
Justeru,’ X Factor’ yang ada dalam diri mereka amat didambakan wanita dan memberi jaminan kebahagian kepada pasangan mereka.
Apatah lagi kebanyakan golongan lelaki berusia ini agak stabil kedudukannya daripada segala sudut termasuk ekonomi , mereka ada tujuan hidup dan miliki pekerjaan yang menjamin masa hadapan serta stabil kewangannya.
Selain itu, jika ada yang rasa bimbang apabila berjodoh dengan lelaki berusia kerana sukar mendapat zuriat, lupakan saja tekaan anda itu kerana wanita yang mengahwini lelaki berusia biasanya lebih banyak memiliki zuriat kerana mereka gemar mempunyai ramai anak.
Kredit foto: @zizieizette

4 Selebriti Yang Memilih Lelaki Berusia dan Kekal Bahagia
1. Penyanyi dan selebriti, Datuk Siti Nurhaliza
Penyanyi nombor 1 negara ini melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hati, Datuk Khalid Mohd Jiwa pada 21 Ogos, 2006 lalu.
Walaupun lebih 10 tahun tidak menimang cahaya mata, keutuhan cinta mereka terserlah dan sentiasa romantik dalam apa situasi sekalipun.
Berkat kesabaran dan sikap toleransi, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini menjadi penyeri hidup. Malah, Datuk Siti kini hamil anak kedua mereka. Indahkan bersuami mereka yang lebih berusia, matang dan tabah melalui dugaan bersama.
Seperti pasangan lain, mereka menjadi role model membuktikan cinta sejati itu wujud.
2. Pelakon, Datin Ann Ngasri
Pernah popular menjadi pelakon kanak-kanak era 90 an, Datin Ann Ngasri antara contoh wanita yang memiliki keluarga bahagia apabila memilih lelaki berusia sebagai suami.
Pemilik nama sebenar, Nasriah Ngasri ini berkahwin buat kali kedua dengan pilihan hatinya, Datuk Mohd Sumali Reduan yang terbabit dalam bidang politik.
Lihat betapa bahagianya Ann kini apabila memiliki suami yang matang, penuh kasih sayang dan bertanggungjawab.
Istimewanya mereka membesarkan anak dengan perkahwinan terdahulu dan kini dengan cukup bahagia. Ini bukti lelaki berusia sangat istimewa.
Kredit foto: Datin Ann Ngasri
3. Pelakon dan Usahawan, Datin Rabecca Nur Al –Islam
Setiap kali memandang wajah wanita cantik ini, ternyata terpancar di wajahnya seribu keindahan dalam alam perkahwinan.
Beliau wanita penyayang yang berkahwin dengan lelaki lebih berusia daripadanya tetapi menikmati keindahan cinta dan bahagia.
Kini, beliau bahagia memiliki ramai anak bersama.Rabecca mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nur Azam Sulaiman pada 24 Januari 2011, dikurniakan lima anak iaitu Nor Anggun Raverra, 8, Nor Anggerik Renesmee, 7, Nor Aliff Al- Raffael, 4, Nor Ahmed Al- Reaggan, 1, dan Nor Aurora Riana, 1
4. Pelakon, Datin Seri Zizie Ezette
Pernikahan pelakon cantik gebu ini dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin membuktikan kepada masyarakat bahawa cinta itu bukan dibilang dengan umur.
Lihat saja betapa bahagianya pelakon berbakat ini bersama suami yang jauh daripada umurnya. Suaminya sentiasa comel dan mereka seperti pasangan muda yang sentiasa romantik.
Mereka mengecapi bahagia dan bersama-sama membina syurga rumah tangga dengan kelahiran anak dan anak angkat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
17/11/2024
15:24 MYT
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Gaya Hidup

Gunting Rambut Online, Roger Anytime! Aplikasi Baharu myBarber Mudahkan Bro-Bro Nak Kekal Handsome & Kemas Tak Perlu Keluar Rumah

gempak
04/11/2024
19:04 MYT
Jika sebelum ini adanya aplikasi yang memudahkan makanan dihantar ke depan pintu rumah, kini muncul pula aplikasi baharu myBarber yang membolehkan korang menempah servis memotong rambut secara atas talian.
Hiburan

"Saya Sendiri Rasai Pengalaman" - Ella Puji Rawatan Hormon Skyhill Clinic, Tak Mustahil Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
23/10/2024
18:30 MYT
Penyanyi Ella berkongsi pengalamannya menjaga dan melakukan rawatan hormon di Skyhill Clinic sejak beberapa tahun lalu.
Unitar