Read
Siapa Manusia PALING Bergaya Jadi Pilihan Lelaki Paling ‘Hot’ dan Seksi Malaysia, AEDY ASHRAFF?
Oleh: Vee Mukhtaram
Kredit foto: Aedy Ashraf
AEDY ASHRAFF – Jejaka hangat ini mengetuai media sosial sama hampir 500k pengikut di Instagram. Bakat dalam dunia lakonan dan cara bawa diri, stail fesyen dan tubuh berlekuk bentuk cantik menjadikan Aedy Ashraff antara yang paling hangat membara.
InTrend bikin checklist stail Individualist dalam membentuk selera fesyen peribadi yang paling hot, trendy dan bisa diceduk mencerna pelbagai LIKES di media sosial menjadikan mereka-mereka ini yang paling Aedy digemari. Ceduk gaya jadi ilham sendiri.
KANYE WEST
Dia bagaikan Iron Men untuk Aedy, superhero dalam bergaya dan tidak gentar cuba segala apa stail dan trend. Sebagai seorang pereka fesyen juga, West banyak mempengaruhi selera remaja muda mudi ini, Yeezy menjadi taruhan Kanye yang menjadi amat. Plus having Kim Kardashian sebagai arm candy does hurt his street cred!
EMMA WATSON
Punya soft spot untuk Hermione Granger, namun Emma sudah membuktikan she is no nerdy girl ketika memilih penataan gayanya sendiri. Proving that beauty also come with brain and substance menjadikan dia tinggi dalam carta Aedy. Plus, just look at her, macam mana tak jatuh cinta?
TAYLOR HILL
Gadis kejaran Instagram dan dunia sosial peragaan antara yang didambakan adalah Taylor Hill. Tinggi lampai berkulit tan dan seksi. Aedy juga gemarkan stailnya kerana ia tidak typical dan membosankan. Taylor punya the perfect hanger untuk sarungkan apa saja stail dan trend. Feminine, fresh dan terrific!
ABEL TESFAYE
Daripada The Weeknd seorang yang bijak gabungkan street dan suave at once tanpa kelihatan janggal mahupun awkward. Stail rambutnya sendiri sudah menjadikan dia stand out. Alongside lagu-lagu The Weeknd yang catchy, tidak mudah look past his style.
Must-Watch Video