SIHIR Dalam Rumahtangga – ‘Kuasanya’ Bisa Porak Perandakan Suami Isteri Hingga Gugurnya Talak, Nauzubillahiminzalik!
Huda Hussain
08/12/2019 14:34 MYT
08/12/2019 14:34 MYT
Umum mengetahui mengamalkan ilmu sihir hukumnya haram kerana menggunakan unsur jahat seperti iblis dan syaitan untuk menghancurkan kehidupan orang lain. Malah semenjak peradaban manusia wujud di dunia ini perbuatan sihir ini telah diajar iblis dan syaitan kepada manusia yang mudah digodanya.
Kajian juga mendapati ilmu dan amalan sihir adalah antara ilmu dan ritual yang tertua di dunia. Dan dalam rumah tangga, ia dipraktikkan segelintir individu untuk menghilangkan perasaan kasih sayang sesama suami isteri, memisahkan antara suami dan isteri, hilang kewarasan akal, menyebabkan penyakit sehingga tahap membunuh mangsa tanpa perlu disentuh dan banyak lagi.
Malah tidak menghairankan jika timbul dakwaan wujudnya penggunaan ilmu sihir yang akhirnya menyebabkan perceraian terjadi. Allah SWT melalui firmanNya bermaksud:“Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua (Harut & Marut) ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya…” (Al-Baqarah: 102). Cemburu, dengki dan dendam adalah antara faktor yang menjadi penyebab utama amalan sihir yang memporak-perandakan rumah tangga. Dan berikut antara realiti daripada kisah sahabat handai dan saudara terdekat Raden yang harus kalian teladani.
Realiti 1: Bukan Menantu Pilihan
“Kalau dah kahwin, bukan setakat kahwin dengan suami sahaja. Tapi kahwin dengan seluruh keluarganya,” itu amanat arwah ibu. Dan hakikat yang perlu aku tanggung kini, perihal ibu mentua yang sememangnya tidak merestui perkahwinan kami sejak mula lagi. Kata suami, “You tak perlu risau, Mak tu mesti okey kalau dah ada cucu nanti.” Namun realitinya, selepas dikurniakan dua cahaya mata juga setiap usahaku untuk mengambil hatinya tetap menemui jalan buntu.
Bila bersua, sepatah yang ditanya hanya anggukan, gelengan, jelingan dan bahasa tubuh lain dilemparkan. Berbeza dengan layanannya terhadap menantu lain. Malah hubungan dengan suami juga semakin hari semakin genting. Tiada angin bertiup kencang, isu yang sekecil hama dibesar-besarkan dan berakhir dengan pertengkaran. Lantas berkat pertolongan rakan, aku turutkan jua cadangannya untuk bertemu dengan seorang Ustaz kerana akhir-akhir ini lain yang aku rasa. Dan rupa-rupanya Mak ada ‘menghantar’ sesuatu yang membuatkan aku dan suami tidak boleh bertemu mata. Ya, ia angkara ibu mertuaku yang mendapatkan ‘sihir pemisah’ agar ikatan perkahwinan kami berakhir dengan perceraian dan terbukti dia berjaya memisahkan kami tatkala suami melafazkan cerai talak tiga.
Realiti 2: Penangan “Power Couple”
Pada pandangan mata umum, kami cukup sempurna serba-serbi. “Suami dia jurutera, isterinya pula pensyarah. Sama cantik sama padan,” itu rumusan mereka. Natijahnya, perkahwinan yang baru menginjak usia dua tahun ini nyata menguji kesabaran aku dan suami.
Kami yang tinggal sebumbung dan hampir 24 jam seminggu bersua muka (walau ada kalanya kekangan masa kerja yang menjadi hambatan untuk meluangkan waktu bersama) terpaksa menanggung derita dek hasad dengki manusia. Mulanya tidak mahu percaya keretakan rumah tangga kami tercetus dek “buatan orang”. Tetapi selepas acap kali berlaku terutamanya masa untuk “bersama”, ada sahaja halangan yang menduga yang akhirnya membawa kepada pertelingkahan.
Rasa meluat, benci dan marah yang meluap-luap pada suami makin berpanjangan. Jika imanku hanya senipis kulit bawang, sudah pasti rumah tangga kami berakhir dengan perceraian. Dan saranan ibu bapa kedua belah pihak yang mencadangkan agar bertemu pakar perubatan islam menemui jawapannya. Seakan tidak percaya, aku dan suami di sihir oleh bekas teman wanita suami yang cemburu dengan perkahwinan kami.
Dek kerana cintanya tidak berbalas dan dendam yang membelenggu diri, kami menjadi mangsa. Mujurlah kini hubungan aku dan suami kembali pulih dan tiada yang menggembirakan selain pengesahan doktor yang memaklumkan aku kini hamil dua bulan selepas lapan bulan berlalu peristiwa hitam itu. Kuasa Allah, tiada siapa yang mampu menaksir bukan? Ku panjatkan syukur pada Yang Esa yang menyempurnakan perjalanan hambaNya.
Realiti 3: Kisah Nasi Kangkang
“Siapa kata suami hidung belang tidak boleh dijinakkan? Mudah saja, jumpa Pak Tua dia boleh bantu kau,” ujar Mimi yang sudah letih menadah telinga dek saban kali menjadi pendengar setia mengenai perihal suamiku yang hidung belang dan tidak lekang di rumah. Akhirnya aku akur pada pujukan dan cadangan Mimi lantas mengikutnya berjumpa Pak Tua di Hulu Langat.
Segala prosedur untuk melakukan ritual ini aku turuti dengan teliti dan hasilnya amat memuaskan hati. Suamiku kini tidak lagi keluar malam dan tiada istilah mengejar perempuan selain patuh dan tunduk mengikut arahanku. “Kan aku dah cakap mujarab nasi kangkang ni, patut kau dah buat lama dulu Kay,” komen Mimi setelah melihat perubahan suamiku. Nyata berbaloi usahaku selama ini dan rumah tangga kami kembali aman seperti biasa. Jauh di sudut hati aku maklum dan memahami nasi kangkang ini salah dan haram. Namun aku berpuas hati kerana tidak lagi perlu risau dan resah memikirkan suami kerana semuanya hanya dibawah telunjuk jariku sahaja.
Realiti 4: ‘Hadiah’ Buat Madu
Kata orang aku layak bernaung dibawah payung emas kerana mengizinkan suami menambah cawangan. Awal pernikahan mereka hidup kami bertiga berjalan seperti biasa namun lama kelamaan keadaan berubah. Suami mula tidak pulang ke rumah hingga berbulan lamanya. Nafkah anak-anak entah ke mana. Alasan diberi, sibuk bekerja dan isteri nombor dua perlukan perhatian lebih daripada aku yang boleh berdikari tanpa suami disisi.
Aku sendiri tidak pernah mempersoalkan tindak-tanduk suami, jauh sekali mencurigai. Aku tunduk dan menerima apa jua alasannya. Namun keluargaku dan mertua menyimpan rasa simpati dan mencadangkan aku perlu diubati kerana pada pandangan mereka aku sudah ‘terkena’ dengan madu sendiri. Dan sangkaan mereka tepat apabila aku dibawa berubat dengan seorang Ustaz. “Kamu dihantar sihir pengasih yang digabungkan dengan sihir pemisah. Madu kamu menundukkan suami dengan ilmu pengasihnya dan pada masa yang sama menghantar sihir pemisah supaya kamu bercerai dengan suami,” jelas Ustaz A dengan huraian terperinci. Alhamdulillah berkat doa dan ikhtiarku, ibu bapa dan keluarga mertua hubungan aku dan suami semakin pulih. Malah suami menceraikan maduku kerana habis wang dan hartanya dikikis tanpa disedari suami.
Elak Diri Daripada Korban Sihir
Antara ikhtiar yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini, suami atau isteri atau lebih baik kedua-duanya ataupun pihak lain hendaklah mendapatkan rawatan. Malah boleh dilakukan sendiri agar gangguan dan sihir menjadi lemah (dan mungkin juga terbatal terus dengan izin Allah) melalui:
1. Membaca Surah Al-Fatihah dihadiahkan kepada Rasulullah S.A.W, keluarga Baginda, sahabat Baginda, tabi', tabi'ul tabi'in, auliyak, ulama, guru-guru kita dan sekalian muslimin dan muslimat.
2. Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
3. Ayat al-Kursi selepas solat (surah Al-Baqarah ayat 255)
4. Membaca doa ini tiga kali setiap hari: "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul ‘Alim".
5. Membaca dua ayat terakhir dari surah Al-Baqarah pada waktu malam. Ertinya : "Barangsiapa membaca dua ayat terakhir ( ayat 285 dan 286 ) dari Surah Al-Baqarah dalam satu malam, maka dua ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al-Bukhari & Muslim)
6. Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai'in Qodir " (10 kali)
7. Membaca : "A'uzu bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq"

Kredit Foto: Google