Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

SILENT TREATMENT Lebih Berkesan Buat Suami Faham Isteri Sedang Marah? Dah Penat Membebel, Diam Jelah!

Penulis Jemputan
13/02/2021 02:00 MYT
Teks: Nor Hatina Shuib


Gaduh suami isteri itu perkara biasa dalam kehidupan berumah tangga. Ada pasangan yang bergaduh dalam waktu singkat dan ada yang memilih untuk bermasam muka sehingga berminggu-minggu.


Bagi golongan Hawa, ‘silent treatment’ atau berdiam diri tanpa sebarang respon kepada pasangan sepanjang pergaduhan adalah tindakan berbaloi dilakukan kerana suami lebih peka atau faham emosi mereka berbanding bergaduh secara berhadapan.


Memahami ‘silent treatment’, ia sejenis pendekatan atau taktik digunakan untuk menghukum, menegur dan mendapatkan kembali kawalan ke atas seseorang atau pasangan.


Tidak dinafikan, hati wanita lebih mudah terusik apabila tercetusnya pergaduhan akibat salah faham. Tetapi jika dipujuk, maka baiklah ‘mood’ isteri secepatnya. Namun jika dibiarkan terus menjadi barah sehingga ramai isteri mengambil pendekatan ‘silent treatment’ berbanding bergaduh mulut.


Pergaduhan pula bergaduh atas sebab yang kadang kala terlampau kecil puncanya seperti suami tidak membantu menyiram tanaman isteri, suami tertidur saat isteri ingin berbicara atau berkongsi masalah dan ada juga bergaduh disebabkan suami tidak tahu isteri sedang merajuk sedangkan suami jenis yang tidak pandai memujuk.


Ya, ‘silent treatment’, sejenis bentuk pergaduhan yang mungkin boleh menyedarkan sikap acuh tidak acuh suami atau jenis suami bersikap ‘tidak faham bhaasa’ sebagai isyarat isteri tidak selesa dengan perangai anda. Ramai wanita selesa guna pendakatan seumpama ini untuk sepanjang tempoh pergaduhan anda.

Kredit foto: Google



Apabila berlaku pergaduhan dan perselisihan faham,eloklah segera berbaik dan mencapai kesefahaman kembali tetapi jika memiliki suami bersifat acuh tidak acuh, cara ini lebih berkesan kerana suami apabila melihat isteri tidak mahu bercakap, tidur pun berjarak, tidak lagi mahu bertentang mata dan bercakap, mereka lebih segera bertindak menyelesaikan punca pergaduhan.


Tetapi, jika sudah dipujuk nanti, janganlah terlalu jual mahal dan mahu pergaduhan anda berpanjangan. Berdamailah dengan suami dan berkonfrantasi dengan suami apa yang anda tidak puas hati berbanding mengambil sikap berdiam diri, menegakkan kebenaran berhari-hari untuk dipujuk.


Tiga hari adalah tempoh mencari ketenangan bagi pasangan, tetapi tidak melebihi tempoh berkenaan kerana ia akan jadi lebih berpanjangan. Berfikir secara rasional. Jangan ada konflik dan ketegangan yang menambahkan parah dalam urusan rumah tangga anda.


Sikap toleransi,maaf memaafi, rasional membuat keputusan dan mencari penyelesaian dengan berbincang adalah tiang bagi keutuhan rumah tangga. Buang yang keruh ambil yang jernih dan sama-sama renungkan dan perbaiki rumah tangga dalam mencari seribu rahmat Illahi.


Perkahwinan itu indah dan jadikan ia sejarah paling mulia dalam hidup anda dan pasangan.


Kredit foto: Google



Elakkan Terlalu Kerap, Bimbang Dera Emosi Suami Pula Nanti

Bagaimanapun, janganlah terlalu kerap anda melakukan silent treatment kepada suami, bimbang suami akan merasakan tidak ada yang betul sedikit pun daripada pihak mereka.


Manipulasi secara m halus ini harus dilakukan secara seimbang dan dalam tindakan rasional dan tidak terlalu bermain dengan emosi semata-mata. Ingat, tujuan anda adalah menyedarkan suami kesalahan mereka bukan mencetuskan lebih banyak konflik.



Suami, Jika Anda Terlihat Salah Satu Reaksi Di Bawah Sedang Berlaku Kepada Anda, Maknanya ISTERI Sedang Silent Treatment Anda.


Isteri Berdiam Diri

Jika secara tiba-tiba isteri anda yang ramah berdiam diri dan kaku membisu serta tidak melayan pertanyaan anda, maknanya dia sedang melakukan silent treatment kepada anda.

Caranya mudah, anda hanya perlu bertanya kepada dirinya. meminta maaf dan memeluk isteri supaya mereka memberikan sedikit ruang kepada anda menjelaskan keadaan yang sedang berlaku.




Isteri Tidak Mahu Makan Semeja

Kebanyakan wanita yang lakukan silent treatment kepada suami, mereka cuba mengelakkan rutin biasa dilakukan bersama suami. Antaranya tidak mahu makan semeja, bersembang, membincangkan hal anak secara bersama dan tidak mahu bertentang mata dengan anda.

Kredit foto: Google


Gemar Berkurung
Sememangnya wanita itu emosinya rapuh. Justeru, apabila berlaku perang dingin ini, wanita memilih untuk berada dan menenangkan diri di tempat tidur mereka dan lebih banyak menghabiskan masa di dalam bilik.


Jika anda melihat ini berlaku, sedarilah wahai lelaki, anda sedang melalui silent treatment daripada isteri tercinta anda.



Gunakan Orang Ketiga Untuk Komunikasi
Bagi pasangan yang memiliki anak, anak biasanya menjadi pengantara untuk berhubung.


Biasanya kita akan dengar anak menyampaikan maklumat atau pesanan daripada ibu mereka.


Misalnya, ‘ Ayah, ibu cakap susu dan beras sudah habis ataupun ‘ Papa, mama cakap mandikan adik”’. Itu tanda isteri sedang melepaskan amarahnya dan amaran bahawa, lihatlah dunia, tanpa isteri, hidup suami akan kucar kacir.


Cuba buat apa yang selama ini isteri pikul dan rasakan pula menjalankan rutin harian seorang isteri.



#Gaya Hidup #Kesihatan #SILENT TREATMENT
;