Read
Siti Nordiana, Siti Saleha & Elizabeth Tan Kembalikan Nostalgia Baju Kurung — Eksklusif ‘emel by Melinda Looi’
Oleh: Athirah Zulkifli
Kredit foto: emel by Melinda Looi
KOLEKSI baju raya ‘emel by Melinda Looi’ kembali dengan himpunan helaian baju raya yang memukau serta penuh warna-warni. Diilhamkan daripada baju kurung tradisional Malaysia, koleksi ini hadir dengan sentuhan LUXE, eksklusif bersama bancuhan rona terang yang mencerminkan sambutan Hari Raya di Malaysia yang penuh bermakna dan meriah.
Uniknya koleksi raya ini, ia mengaplikasikan corak garis geometri yang diambil daripada teksktur anyaman daun ketupat yang sinonim dengan hari raya. Manakala cetakan corak bunga pula menandakan kasih sayang dan kemurahan hati. Selain itu, permainan perincian seperti taburan diamond dan manik logam, panel lace bersulam serta tampalan bunga 2D pula menjadi salah satu elemen tarikan pada koleksi ini.
Lebih menarik, ia menggunakan konsep membeli sambil menderma. Setiap hasil jualan koleksi baju raya 2017 ‘emel by Melinda Looi’ ini akan dikumpulkan sebagai dana lalu disalurkan sebagai bantuan makanan kepada sekolah-sekolah, pusat pelarian dan rumah anak yatim.
Tiga selebriti tempatan iaitu Siti Nordiana, Siti Saleha dan Elizabeth Tan tampil sebagai teraju utama dalam menjayakan kempen raya 2017 ‘emel by Melinda Looi’ ini.
InTrend bawakan seleksi koleksi raya 2017 ‘emel by Melindai Looi’ yang pasti buat mata anda berpinar melihat baju raya ini.
Kredit foto: emel by Melinda Looi
Kredit foto: emel by Melinda Looi
Kredit foto: emel by Melinda Looi
Kredit foto: emel by Melinda Looi
Kredit foto: emel by Melinda Looi
Must-Watch Video