Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Solekan Wajah Chubby – Trick Sorok Wajah Lebar Nampak Runcing Dengan 5 Langkah Mudah!

Afiza Kamarulzaman
16/11/2019 04:30 MYT
Wajah Sebelum Solekan
Kredit Foto: InTrend Malaysia



Qairooline punya janji temu dengan seseorang yang istimewa hujung minggu ini. Dia mahu tampil lebih menyerlah dari kebiasaan walaupun untuk acara siang dan santai. Titik tumpu utama solekan kali ini adalah bagaimana membentuk kontur wajahnya agar kelihatan lebih berdimensi.


Jurusolek, Wira Kastrya membantu Qairooline dengan helah yang diaplikasi menerusi teknik contouring dan highlighting bagi mendapatkan sisi wajah yang diimpikan. Selepas siap, nah! Qairooline bagaikan tidak percaya dengan hasilnya.


Dia ternyata kelihatan lebih anggun menawan dengan asas wajah yang segar dan bebas cela. Mulakan dengan prep-skin yang teratur sebelum memulakan sapuan bedak asas.







Jurusolek yang bertanggungjawab menyolekkan model ini, Wira Kastrya
Kredit Foto: IG Wira Kastrya




Jom lihat, langkah demi langkah untuk solekannya yang mengubahnya menjadi lebih berkeyakinan dan mempesona dengan bimbingan jurusolek, Wira Kastrya.




Kredit Foto: InTrend Malaysia


LANGKAH 1: Mulakan dengan sapuan bedak asas. Lakukan teknik kontur dengan sapuan bedak gelap di rahang wajah.






Kredit Foto: InTrend Malaysia


LANGKAH 2: Bentuk kening dengan pensel kening coklat gelap dan sapukan pembayang mata rona tanah berpigmen.






Kredit Foto: InTrend Malaysia


LANGKAH 3: Lukiskan garis mata dengan celak hitam. Sapukan maskara untuk beberapa lapisan.






Kredit Foto: InTrend Malaysia


LANGKAH 4: Lakukan teknik kontur pada bahagian tepi bawah wajah juga untuk tumpulkan bentu segi.






Kredit Foto: InTrend Malaysia


LANGKAH 5: Naikkan seri wajah yang tinggi dengan layangan highligter pada tulang pipi, dahi dan dagu.






Dan inilah hasilnya! Wajah terletak sempurna dengan seri wajah menyerlah.
Kredit Foto: InTrend Malaysia



#MUA #Makeover #Tutorial Solekan
;