Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

SOPHIA LIANA & BUDAK NGAM Juara Dansa Dan Sing Musim Pertama — Menang Tipis Dengan Chubb-E & Zeppo Youngsterz Crew

Athirah Zulkifli
24/02/2020 15:02 MYT
Penyanyi yang juga anggota DeFam, Sophia Liana dan kru tariannya Budak Ngam dinobatkan juara bagi program Dansa Dan Sing (DDS) sekali gus membawa pulang RM100,000 serta trofi.

Sophia bersama Budak Ngam mendapat markah tertinggi dengan jumlah 67.06 dan menewaskan lima lagi peserta lain yang bertanding di pentas akhir program itu, semalam.

Sophia tampil bertenaga menerusi tiga tugasan persembahan membabitkan Kami Rappers nyanyian asal 4U2C, Amboi (Altimet), dan lagu Turn Down For What (DJ Snake & Lil Jon) dalam segmen ‘battle’ bersama Chubb-E.


A post shared by Sophia Liana | DeFAM (@sophialiana) on

Tempat ke dua menjadi milik Chubb-E & Zeppo Youngsterz Crew yang tampil hebat menerusi lagu Mak Minah oleh Triple Noize, dan I Got A Feeling (Black Eyed Peas). Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 termasuk trofi.

Dan tempat ke tiga dimilik oleh Shiha Zikir dan Team Squad dengan menerima hadiah wang tunai RM25,000 beserta trofi.

Sementara itu, tempat ke empat dimenangi Wani Kayrie & DeLitz disusuli Waris & Alamak di tempat kelima. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan RM10,000.

Raja Syahiran & 2Twenty2 Squad pula berada di kedudukan terakhir iaitu tempat keenam. Mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000 bersama trofi.

Semua peserta memberikan persaingan yang sengit dengan menampilkan persembahan kreatif mereka menerusi tiga tugasan ‘Dance Jam’ iaitu Forte, Extravagant dan Battle.


Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang memberikan persembahan yang mengagumkan dengan persaingan yang amat sengit.


{^media|(width)300|(height)200|(autoplay)True|(ext).mov|(url)https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/intrend/img_1121.mov^}
#hiburan #Sophia Liana #Budak Ngam #DansaDanSing