Tidak semua bernasib baik seperti kita yang masih punya kerja. Masih punya gaji setiap hujung bulan. Tidak kurang juga ada yang terpaksa dipotong gaji susulan arahan dari pihak atasan. Ya, pandemik Covid-19 benar-benar menguji semua. Dan baru-baru ini seorang suami berkongsi cerita mengenai kisahnya yang diberhentikan kerja di salah sebuah stesen radio.


Sudah tiga bulan dibuang kerja tapi tak diberitahu isteri kerana tak sampai hati. Dan sepanjang tiga bulan itu si suami keluar pergi kerja macam biasa. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Keluar pakai sut kerja dan dalam motosikal pula ada baju salin untuk kegunaan buat kerja harian yang sempat dibuat. Mungkin ambil upah kerja angkat barang? Restoran? Kuli dan lain-lain?


Kredit Foto: Google

Tidak dapat dipastikan apakah punca si suami diberhentikan kerja. Dan si suami berkongsi cerita mengenai berkat kesabarannya hinggalah pertengahan September lalu si suami dipanggil menghadiri temuduga. Setelah tiga bulan mencari pekerjaan tetap sambil dalam masa sama melakukan kerja-kerja harian.


Hanya Beritahu Isteri Pergi Temuduga Kerja Baru

Si suami tersebut memberitahu isterinya dia mendapat panggilan untuk temuduga dan syukur tuah menyebelahinya apabila dia mendapat pekerjaan yang ditawarkan. Sedangkan selama ini, si isteri tidak pernah diberitahu pun oleh suaminya yang diberhentikan kerja tiga bulan lalu. Tiada niat bagi si suami untuk menipu atau membelakangi isterinya. Bukan juga kerana si suami pengecut untuk memberitahu perkara sebenar. Hanya kerana simpati, tidak mahu isteri susah hati antara faktor yang mendorong suami bertindak demikian.


Kredit Foto: Google


Suami Yang Tidak Pernah Putus Asa

Pesan suami tersebut, jangan putus asa mencari rezeki. Allah akan bantu Insya-Allah. Hebat suami tersebut juga mungkin tidak kurang hebat orang disisinya. Bagaimana dalam tempoh tersebut, si suami kekal dengan pendiriannya yang tidak berkongsi berita mengenai diberhentikan kerja. Dalam masa sama, dia masih bekerja berbekalkan kudrat yang ada. Syaratnya, tidak kenal erti putus asa.

Kredit Foto: Google

Usaha Dan Tawakal Pada-Nya

Selain meletakkan kebergantungan kepada Allah SWT, apa yang dapat kita pelajari daripada bingkisan ksiah ini adalah bagaimana cekalnya hati seorang lelaki bernama suami. Betapa dia bertawakal dan dalam masa sama tetap berusaha untuk melengkapi hidup sebagai ketua keluarga. Atas rasa tanggungjawab, memahami peranannya sebagai ketua keluarga, maka Allah permudahkan jalan buatnya. Ya, tempoh tiga bulan bagi sesetengah orang mungkin sekejap. Tetapi bagi mereka yang berada dalam situasi itu, pasti bagaikan lipas kudung buatnya. Tidak senang duduk memikirkan apa lagi yang perlu dilakukan. Namun, pertolongan dan janji Allah itu pasti ada kesenangan buat hamba-Nya sesudah melalui kesulitan. Berbekalkan kesabaran, itulah hadiah buat hamba-Nya yang tidak pernah melupakan-Nya.