,
gaya hidup

Suami Hadiahkan Isteri MINI BAR Hasil Tangan Sendiri – “Bagi Orang Rumah Happy Sikit, Asyik Stres Hadap PdPR!”

Afiza Kamarulzaman
06/07/2021
02:49 MYT
Peranan pasangan sangat penting untuk mewujudkan suasana sihat dan harmoni dalam sesebuah rumah tangga itu, apa lagi di kala pandemik di mana kita dihimpit dengan pelbagai komitmen dan ujian.
Bagi isteri, pastilah tanggungjawab dan tugasan berganda kalau terpaksa bekerja dari rumah. Manakan nak melayan anak-anak, kerja-kerja di rumah jangan dicakaplah, ditambah dengan tugasan pejabat yang dari pagi sampai ke petang tak habis-habis. Siapa tak stres kalau tidak dibantu sang suami?
Ini antara cara lelaki bernama Zazul Azwan, yang bekerja sebagai Penerbit Rancangan di Universiti Perguruan Sultan Idris memujuk isteri yang ‘huru-hara’ melayan kerja dan anak-anak selama PKP. Isterinya, Shakirah Tarmidzi ialah Pembantu Tadbir di Pejabat Timbalan Naib Canselor di UPSI juga berdepan dengan cabaran PdPR bersama tiga anak, Dayana Qaisara (12 tahun), Dalili Qasrina (10 tahun) dan Firas Asyraaf (8 tahun).
Beliau yang juga mempunyai kedai perabot sendiri terfikir untuk menyiapkan sebuah mini bar buat isteri sebagai penyeri di bahagian dapur mereka. “Orang kata kalau rumah cantik berseri, barulah hati tenang. Rumahkan umpama syurga dunia untuk sebuah keluarga,” ujarnya memulakan bicara.
Kata Zazul, dia memperuntukkan dua hari untuk menyiapkan mini bar berkonsepkan industrial vintage itu dan menggunakan banyak perkakas bermaterialkan besi. Rak dan frame dibuat sendiri, manakala meja bar dan lampu gantung dibeli di Shopee sahaja. Aksesori lain adalah ‘recycle items’.
“Saya memang suka bertukang dan mudah juga mendapatkan barang-barang yang diperlukan. Maka, terjadilah ini. Sekurang-kurangnya adalah kenangan tercipta di waktu PKP 3.0 ini. Alhamdulillah, wife seronok sangat apabila siap mini bar ni. Katanya, dapatlah gunakan ruang ini untuk bersantai dengan anak-anak. Kalau tak kosong saja.”
Ketika diminta memberi nasihat kepada para suami di luar sana tentang cara mengambil hati isteri, ujarnya, “lain orang, lain caranya. Tapi, sebagai suami satu saja yang perlu kita tahu, kebahagian isteri adalah kebahagian seluruh isi rumah dan suamilah berperanan membawa bahagia itu. Biasanya, isteri ni tak minta banyak, dapat bantu ringankan bebannya di rumah pun mereka dah cukup bersyukur. Apa lagi, kalau diberi kejutan dengan mencantikkan rumahnya, lagilah berganda bahagianya. Buatlah ikut kemampuan, janji ada usaha,” akhiri Zazul.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Cantiknya! Dekorasi Bilik Anak Perempuan Oleh Suri Rumah Ini Tarik Perhatian

gempak
10/07/2020
11:09 MYT
Unitar