Highlights

Suami Isteri – Ambil Sumber Makanan Ini Untuk Tingkatkan Hormon, Rangsang Mood Dan Tambah Tenaga.

gempak
Huda Hussain
06/06/2020
15:10 MYT
Sponsor Banner
Suami Isteri – Ambil Sumber Makanan Ini Untuk Tingkatkan Hormon, Rangsang Mood Dan Tambah Tenaga.
Mungkin ramai dalam kalangan kita tidak peka dengan pengambilan makanan khususnya dalam memastikan kelangsungan hubungan intim antara suami isteri. Atau mungkin pengetahuan asas kalian mengenai sumber makanan yang merangsang deria rasa dan membangkitkan keghairahan itu ada cuma tidak diamalkan sahaja. Berikut adalah enam jenis makanan yang dapat meningkatkan hormon, merangsang otak, dan menambah tenaga. Ia sangat bermanfaat dalam hubungan intim (khusus buat suami isteri!).
Kredit Foto: Google
Asparagus Kaya dengan vitamin B6 dan folate yang dapat menstimulasi orgasme. Asparagus juga mengandungi vitamin E yang dapat meningkatkan hormon dan keghairahan lelaki dan wanita.
Kredit Foto: Google
Avokado Bukan sahaja bermanfaat untuk kecantikan kulit, avokado merupakan buah yang bermanfaat untuk meningkatkan energi dan keghairahan bercinta. Kaya dengan kandungan mineral didalamnya yang baik untuk menjaga kesihatan jantung dan menurunkan kolesterol. Selain itu, avokado juga mengandungi Omega 3 yang membantu merangsang mood lebih tenang dan bahagia.
Kredit Foto: Google
Cili Walaupun rasanya pedas, cili sebenarnya mengandungi capsaicin. Ia adalah sejenis zat kimia yang membantu melepaskan endorfin ke otak anda. Endorfin merupakan zat kimia yang bermanfaat dan menstimulasi seseorang untuk merasa bahagia.
Kredit Foto: Google
Coklat Siapa tak suka coklat kan? Mengandungi trypothan, ia berupaya membantu tubuh menghasilkan serotonin, zat semula jadi ini mampu membuat anda merasa nyaman dan tenang dalam bercinta. Coklat juga mengandungi zat phenylethylamine yang merangsang otak untuk membuat anda bahagia
Kredit Foto: Google
Kerang Tinggi kandungan zat besi dan mineral, kerang membantu meningkatkan penghasilan testosteron dan menjaga kesihatan ovarium. Selain terkenal dengan khasiatnya untuk meningkatkan kandungan darah dalam badan, terbukti kerang membantu meningkatkan fungsi seksual lelaki dan wanita.
Menurut Diane M. Becker MPH, ScD, Pengarah The Center for Health Promotion di Johns Hopkins School of Medicine menyatakan,"Jika mengambil makanan yang sihat untuk jantung, kaya serat dan rendah lemak, ini secara tak langsung amat bagus untuk merangsang mood jadi lebih baik.” Selamat mencuba!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live