gaya hidup

Suami Isteri PJJ Tak Mudah Tapi Kalau Saling Faham, Hubungan Lebih MANIS. Ingat Tanggungjawab!

gempak
Afiza Kamarulzaman
24/12/2020
14:47 MYT
Sponsor Banner
Suami Isteri PJJ Tak Mudah Tapi Kalau Saling Faham, Hubungan Lebih MANIS. Ingat Tanggungjawab!
Bukan semua pasangan yang sudah berkahwin mampu untuk hidup sebumbung dan tidur sekatil setiap hari. Kalau boleh, mestilah kita mahu pasangan sentiasa ada dekat, berkongsi semua susah dan senang luahan rasa sepanjang masa. Asal mahu je ada di sebelah. Walaupun teknologi canggih boleh menghubungkan sejauh mana pun lokasi, tapi pastinya tak sama.
Ada pasangan suami isteri terpaksa berjauhan atas faktor kerja dan tugasan. Ada yang merancang untuk hanya setahun dua, namun ada yang berlarutan sehingga anak-anak pun sudah berderet. Mahu atau tidak, masing-masing harus berkorban demi kelangsungan hidup jika tidak mahu hilang pekerjaan.
Dan, selalunya yang terpaksa memikul tanggungjawab yang lebih ialah isteri. Betul? Anak-anak pasti akan berada bersama isteri. Bukan bermaksud suami lepas tangan. Namun, begitulah tugasan isteri apabila lebih teratur dalam menguruskan rumah tangga dan keperluan anak-anak.
Kredit Foto: Google
Ada Yang Lebih Manis Berjauhan
Begitulah umpamanya seperti kalau jauh bau bunga, kalau dekat bau tahi. Makin jauh makin tebal rindu. Dan, sesekali bersua pastinya indah berbunga-bunga seperti baru bercinta. Dan, ada yang kata apabila suami isteri PJJ ni, mereka kurang bergaduh kerana jarang bersua muka jadi isunya akan kurang.
Kalau bergaduh pun hanya secara ‘online’. Pasti tidak semua kemarahan atau pertelingkahan boleh dibesarkan hanya secara maya. Maka, isu mudah diselesaikan dengan cara ‘lupakan’ dan apabila bertemu nanti, kerinduan akan mengatasi kemarahan. Kembalilah berbaik dan menganyam cinta.
Kredit Foto: Google
Tips Untuk Pasangan PJJ:
  • Walaupun salah seorang yang akan memikul tanggungjawab lebih seperti menjaga anak-anak, pastikan pasangan yang menjadi ‘solo’ tidak lepas tangan. Ambil berat tentang keperluan anak, hal persekolahan, perubatan dan sebagainya.
  • Kedua-dua pasangan harus sentiasa berhubungan seperti membuat laporan semasa. Jika ada hal, pastikan diberitahu siap-siap supaya tiada salah sangka atau curiga.
  • Jadikan rutin untuk bertanya khabar, makan apa dan keadaan pasangan setiap hari. Kalau boleh letakkan ‘alarm’ di telefon untuk waktu-waktu yang perlu berhubung dengan pasangan.
  • Jangan sayang cuti atau kos berulang berjumpa pasangan. Inilah pengorbanannya. Selagi ada peluang untuk bertemu pasangan, lakukanlah.
  • Untuk suami, pastikan meniggalkan nafkah zahir seperti duit belanja secukupnya kepada isteri dan anak-anak.
  • Selalulah berkongsi masalah bersama walaupun kamu tahu pasangan tidak mampu melakukan apa-apa di sana. Yang penting kena cakap! Jangan pendam seorang diri.
  • Apabila dapat pulang menjenguk pasangan, isilah masa itu dengan kualiti terbaik. Bukan melayan aktiviti yang tiada kaitan dengan mereka. Masa inilah untuk menebus kembali masa yang tidak bersama dengan anak dan isteri. Susun baik-baik agenda bersama.
  • Apabila masing-masing sudah setuju untuk PJJ, kena ada perasaan reda dan tawakal. Ikhlaskan hati dan selalulah doakan pasangan yang jauh.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live