Highlights

Suami – JANGAN Mudah Kasihan Pada Wanita Selain Daripada Isteri Dan Emak Anda. Kenapa? Ini Sebabnya.

Huda Hussain
24/10/2020
14:00 MYT
Perasaan belas simpati sememangnya sudah sebati dalam jiwa manusia. Secara tidak langsung ia menterjemahkan kita masih lagi punya perikemanusiaan terhadap orang lain. Lebih-lebih lagi jika melihat, merasai atau mendengar suatu berita yang sedih dan meruntun hati. Ia bagaikan merobek tembok kemanusiaan dalam diri. Ada sesetengah orang mudah berasa sedih dan simpati apabila melihat orang tua yang kesusahan, anak kecil yang diuji dengan kesakitan dan lain-lain.
Tetapi apa yang menarik dikongsikan dalam muat naik Dr Redza Zainol kali ini cukup membuka mata dan minda. Betapa perlunya ada limitasi dalam menzahirkan rasa simpati dan belas kasihan khususnya apabila ia hadir dari lubuk sanubari lelaki bernama suami. Benar, tak salah andai rasa kasihan kepada wanita lain. Tetapi biarlah berpada-pada dan kena pada tempatnya. Bimbang nanti daripada mula terbit rasa kasihan, belas ehsan dan simpati mencetuskan perasaan berbunga yang lain pula. Eh, dah jauh sangat menyimpang tu. Ini kisah perkongsiannya.
Kredit Foto: Google
Ada seorang kawan lelaki saya ni kata dia kasihan dengan seorang wanita ni. Terus tegak bulu roma saya. Meremang rasanya sampai ke tengkuk ni. Dalam banyak-banyak rasa kasihan ni, jangan senang-senang rasa kasihan pada wanita selain dari isteri dan mak kita sendiri. Kasihan dia kerja susah, kasihan dia duduk jauh, simpati dia ada masalah rumah tangga, simpati dia baru bercerai, kasihan dia anak yatim. Semua orang pun ada masalah hidup.
Kalau nak rasa kasihan pada wanita lain, fikir dulu kita ni dah cukup kasihankan isteri sendiri ke belum. Dia buat kerja rumah, penat lelah dia, pengorbanan dia siang malam, ini yang patut kita sayang-sayangkan. Hanya mak dan isteri kita saja yang layak dapat rasa kasihan dari seorang lelaki bernama suami ni. Yang lain dari tu, kita simpan saja rasa kasihan tu. Dari rasa kasihan tu lah, timbul rasa suka yang tak sepatutnya. Asalnya nak tolong, lama-lama jadi lain. Biarlah kawan-kawan perempuan yang bantu. Kita doakan pun dah lebih dari cukup.
Kredit Foto: Google
Bagaimana Nak Bantu Kalau Benar-Benar Kasihan Pada Wanita Lain?
1. Jika mahu tolong sekalipun, lihat pada kondisi dan kemampuan diri. Lebih-lebih lagi jika anda sudah beristeri dan berkeluarga. Jika mahu bantu daripada aspek kewangan misalnya, bincang terlebih dahulu dengan isteri apa yang boleh diberi. Atau bentuk bantuan yang sesuai. Jangan nanti kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.
2. Biarlah isteri yang berhubung terus dengan wanita itu. Sebaiknya sebagai suami dan ketua keluarga, tidak perlulah anda mencampuri urusan yang hanya wanita sahaja lebih arif dan memahami. Benar, kalau tolong Allah akan ganjarkan pahala. Tetapi ingat, anda masih berstatus suami dan bapa kepada anak-anak. Jika mahu berbuat kebajikan sekalipun, jangan sampai membelakangi isteri dan keluarga.
Kredit Foto: Google
3. Lakukannya atas prinsip sekadar ingin membantu. Tidak lebih dari itu. Bukannya menjadi hero penyelamat yang sanggup bergolok gadai demi menyelesaikan masalah lain. Sedangkan tanggungjawab dan keutamaan anda masih berpihak kepada isteri, anak dan keluarga sendiri. Cukup sekadar membantu dengan konsep memberikan tongkat agar insan tersebut mampu berdiri dan berjalan sendiri. Sampai bila nak harapkan bantuan dan belas ehsan orang lain kan?
4. Bezakan yang mana hak dan tanggungjawab. Tanya pada diri adakah terlalu teruk keadaan wanita lain hinggakan anda perlu tampil untuk membantu? Atau mungkin anda juga boleh dapatkan saluran lain sebagai pemudah cara dan bukannya ‘beban’ tersebut menjadi tanggungjawab anda sepenuhnya. Kerana hak dan tanggungjawab tetap tergalas dibahu anda yakni untuk melindungi dan menjaga isteri dan keluarga sendiri.
5. Jika semua perkara diatas tidak mampu dilakukan, cukup sekadar menitipkan doa buatnya. Semoga Allah hadirkan insan lain yang lebih layak untuk membantu. Bukan berkira, kedekut atau timbul soal takutkan isteri tetapi selayaknya segala perhatian, belas ehsan dan kasihan itu harus disalurkan kepada insan yang rapat dengan anda. Isteri, emak, adik-beradik, saudara-mara dan sebagainya.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Rita Rudaini Tegur Tindakan Suami Isteri Pempengaruh Kongsi ‘Pengalaman’ Ditahan Reman SPRM - “Jangan Jadikan Benda Itu Normal Kena Gari”

gempak
22/07/2024
01:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini menegur tindakan pasangan suami isteri pempengaruh iaitu Alif Teega dan Aisyah Hijanah yang berkongsi mengenai pengalaman ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Hiburan

Isteri Sakit Kaki, Halim Radzi Sanggup Tukar Kasut Pakai Heels Dalam Mall! Netizen Puji - “Untungnya Dapat Suami Sporting”

gempak
20/07/2024
21:50 MYT
Pelakon, Halim Radzi mendapat perhatian netizen selepas isterinya aktres, Sharifah Husna berkongsi satu video lucu merakamkan suaminya memakai kasut tumit tinggi.
Berita

Tempoh Reman Berakhir, Pasangan Suami Isteri Pempengaruh Dibebaskan & Perlu Bayar Wang Jaminan RM200,000

gempak
16/07/2024
12:22 MYT
Empat individu termasuk pasangan suami isteri yang merupakan pempengaruh direman sejak 11 Julai lalu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dibebaskan.
Berita

Seleweng Kutipan Derma, Suami Isteri Pempengaruh Ditahan SPRM

gempak
10/07/2024
14:37 MYT
Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh yang terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan derma ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.
Hiburan

Achey Berang Pasangan Pilih Konsep 'Child Free' & Anggap Anak Beban - "Mak, Nenek Moyang Awak Pun Agak Menyesal Bila…”

gempak
01/07/2024
06:55 MYT
Tular video di laman sosial memperlihatkan sepasang suami isteri yang mengakui mereka memilih untuk berkahwin tapi tidak mahu zuriat yang mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya dan selebriti tempatan.