gaya hidup
Suami Mengadu Miss V Isteri Berbau? Oh No… Malunya! Jom Teliti TIPS Ini, Cepat Masih Belum Terlambat Nak Cuba.
Kredit Foto: Google
Penjagaan alat sulit sememangnya penting dan utama. Jika tidak dijaga dengan baik, takut nanti suami mula main kayu tiga. Dan tahukah kamu, ia antara elemen penting yang perlu diberi perhatian selain daripada kecantikan luaran?
Umum mengetahui alat sulit adalah daerah sensitif dalam hubungan intim justeru ia memerlukan penjagaan yang teliti bagi mengelakkan sebarang masalah daripada berlaku. Berikut adalah tips dan panduan bagi menjamin kebersihan alat sulit anda.
Kredit Foto: Google
2. Elakkan melakukan douching (memasukkan jari atau pancutan) ke dalam faraj bagi membersihkan bahagian dalam faraj. Ia akan menyingkirkan sejenis bakteria loctobacilli dari faraj selain dalam masa sama akan mendedahkan bakteria faraj dan bahagian luar alat sulit kepada bahan kimia yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit.
Kredit Foto: Google
3. Suami dan isteri di sarankan agar membersihkan bahagian sulit masing-masing dengan air bersih sebelum dan selepas melakukan hubungan intim. Menurut saranan doktor, amalkan membuang air kecil dalam lingkungan 30 minit selepas melakukan hubungan intim bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing.
4. Pastikan bahagian luar faraj dibersihkan selepas membuang air kecil ataupun air besar.
Kredit Foto: Google
5. Ketika haid, anda di sarankan agar kerap menukar tuala wanita terutamanya pada hari-hari yang berlaku pengeluaran darah yang banyak. Hal ini kerana darah adalah elemen yang menyebabkan kuman mudah membiak.
6. Jika anda mengalami masalah keputihan, di sarankan memakai panty liner supaya keputihan tidak melekat pada pakaian dalam. Pilih panty liner yang bebas daripada sebarang pewangi kerana kandungan bahan kimia boleh menyebabkan iritasi pada alat sulit.
Kredit Foto: Google
7. Anda harus bijak membezakan masalah keputihan yang normal dan abnormal. Keputihan biasa lazimnya berlaku pada waktu-waktu seperti beberapa hari sebelum haid, kehamilan, ketika ghairah seks, klimaks dan selepas menopause.
8. Antara simptom keputihan yang serius adalah pertukaran warna yakni daripada jernih menjadi kekuningan, kehijauan malah lebih serius jika ia mengeluarkan darah. Masalah keputihan yang serius ini boleh menyebabkan alat sulit menjadi bengkak, gatal, pedih dan sakit. Jika jangkitan kuman merebak ke pangkal rahim atau mengganggu saluran peranakan dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Kredit Foto: Google
9. Tiada salahnya menggunakan pencuci untuk membersihkan alat sulit namun demikian anda di sarankan meneliti kandungan, bahan dan sumber pencuci terlebih dahulu. Misalnya pilih pencuci yang tidak memberi kesan sampingan, di uji secara klinikal, kandungan pH yang sesuai untuk faraj dan terbukti kebersihannya.
10. Penggunaan produk atau ubat bagi penjagaan alat sulit seharusnya diteliti terlebih dahulu. Malah jika langkah penjagaan dan aspek kebersihan di beri perhatian anda tidak memerlukan sebarang produk untuk mengubati masalah pada alat sulit.
Must-Watch Video