Dalam rutin saya yang masih makan gaji, setiap hari melunaskan kerja yang dibayar bulanan tetap, saya masih sering menjenguk kehidupan teman-teman yang diusik ujian kehilangan kerusi jawatan dan gaji bulanan.

Sana-sini saya hubungi mereka yang dirundung sedih. Bukan ‘menyibuk’ tapi itulah saya yang lekas terkesan saat mendengarkan khabar duka buat mereka yang diuji bukan kaleng-kaleng ujiannya.

Pandemik yang sudah masuk dua tahun memberi impak besar, termasuklah kepada industri media massa, terutamanya media cetak. Kawan-kawan Editor dan wartawan, ramai yang mula ‘gugur’ dalam pertempuran.

Sayang kerja? Pastilah kami sayang. Inilah medan perjuangan kami, menyuarakan segala rasa, minat dan keringat. Kebanyakan orang media seperti kami bukan bekerja demi ‘duit’ semata-mata (kalau nak kaya bukan di sini tempatnya), tapi kami kerja kerana ‘jiwa, roh dan keghairahan’ kami yang sentiasa mengalir di setiap bait penulisan dan karya.

Salah seorang teman majalah saya, Anida Salwani. Antara editor yang besar namanya dalam industri majalah kewanitaan, juga terkesan dek kemelut industri percetakan yang kian lesu dan suram.

Suaminya juga seorang Timbalan Editor Berita di Unit Khas Berita Harian telah menamatkan khidmat secara rasmi pada Mac 2020 kerana secara sukarela menerima tawaran VSS dari syarikatnya bekerja. Dan, sebulan selepas itu, Anida pula menerima khabar buruk apabila syarikatnya ditutup secara mengejut!

Pasangan yang sudah 18 tahun bernikah ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Irmy Umaira Mohd Azis, 17, Khadeja Ulfa Mohd Azis, 15, Iqbal Umar Mohd Azis, 14 dan Khaira Uzma Aisyah, 8. Baca hingga ke nokhtah terakhir artikel ini kerana banyak ‘semangat’ yang ditiupkan beliau sepanjang melalui ujian getir ini.



Hari terakhir di meja editor majalah


Bagaimana cerita awalnya saat suami menerima VSS?

Syarikat suami menawarkan VSS pada Julai 2019 kepada semua kakitangan. Ada opsyen untuk terima atau kekal bersama syarikat, tapi suami memutuskan untuk menawarkan diri kerana berasakan sudah tiba masanya mencuba cabaran baru.

Apatah lagi sudah 20 tahun dia berada dalam industri dan syarikat yang sama. Pada masa itu, industri media sudah mula menunjukkan trend statik, ditambah dengan faktor perubahan lainnya terutama letusan dunia media digital yang dilihat semakin mendominasi.

Kami berbincang panjang mengenai keputusan ini. Kebetulan ketika itu, suami sudah mula berjinak-jinak dengan bisnes jualan daging dendeng sejak 2018. Kami yakin, jika suami beralih angin, tidak terlalu menjejaskan kehidupan kami kerana saya sendiri masih makan gaji ketika itu.



Seterusnya, Anida pula diuji apabila syarikat tempat Anida bekerja pula ‘shut down’ secara mengejut bagaimana penerimaan kala itu?

Ya, tanpa disangka-sangka, Covid-19 melanda dunia dan Malaysia tak terkecuali terpalit kesannya juga. Pada Februari 2020, syarikat tempat saya bekerja turut menawarkan VSS secara mengejut dan kami hanya diberi masa empat hari untuk membuat keputusan, tak seperti suami yang diberi masa tiga bulan.

Dalam tempoh singkat itu, saya nekad bertanya terus dengan majikan tentang masa depan majalah yang saya terajui. Dan jawapan diberi bagai tamparan hebat kerana majalah yang saya kendalikan yang sudah berusia lebih 40 tahun itu bakal dikerat lehernya.

Saya sedar diri dan mencongak untuk menyertakan nama dalam senarai VSS itu tetapi, telah dipujuk majikan untuk kekal, kerana dia ada ‘rancangan lain’ jika saya terus bersamanya. Fikir punya fikir, akhirnya saya menolak VSS dan mahu terus berjuang di situ.

Tak lama kemudian PKP diumumkan, syarikat memutuskan untuk menangguhkan VSS sehingga diberitahu kelak. Kami belajar untuk bekerja dari rumah, dalam persekitaran baru. It was a huge challenge managing and calming a team at the same time, cuba memenuhi kehendak syarikat yang sentiasa mengubah hala tuju pada masa itu.

Tak semena-mena, tanggal 30 April 2020, sekitar jam 11 pagi, kami dikejutkan dengan emel rasmi mengatakan syarikat tempat kami mencari rezeki sudah ditutup. Dan kami hanya ada sehingga jam 6 petang sebelum ditamatkan perkhidmatan.

Majikan yang selama ini menjadi tempat mengadu tidak lagi menjawab teks. Kami barisan editor dibiar terpinga-pinga. Masa itu, perkara pertama dalam kepala saya adalah, “apa bakal jadi pada team saya? Bagaimana mereka hendak teruskan kehidupan? My team, my team, my team…



Pasangan yang sentiasa support each other



Apa yang paling Anida bimbangkan waktu itu dan bagaimana reaksi suami dan anak-anak?

I was heartbroken…Saya hanya bimbangkan masa depan pasukan, maksud saya... bekas pasukan… Rasa bersalah kerana tak dapat buat yang terbaik buat mereka. Rasa ditikam dari semua sudut kerana sebagai seorang daripada ketua sidang redaksi, langsung tak terhidu yang syarikat ditutup sedemikian rupa.

Kecewa dengan cara kami yang sudah setia dan sanggup melayan apa saja kehendak syarikat, sudahnya kami dicampak bak sampah. For me, I understand if a business is not doing well. It was mentioned again and again, even masa syarikat announced akan berlaku pemotongan gaji, semua editor yang kena ceritakan dan tenangkan pasukan.

Tetapi… cara kami dibuang… itu yang saya amat sukar untuk terima.

Asar, 30 April 2020 itu, saya menangis di tikar solat. Anak-anak memeluk dan memujuk saya yang sedang tersedu-sedan cuba memahami apa yang sedang berlaku. Suami berikan saya ruang untuk melayan perasaan, dia tahu apa pun yang dia cakap, tak masuk kepala saya.

Nak tahu siapa yang telefon saya sambil menangis? Fara Fauzana. Yang menghantar mesej hiba kami diperlakukan sedemikian? Vivy Yusof. Dan ramai lagi yang sama terkejut dengan nasib menimpa kami. Ya Allah, ramainya yang sayang…
Tak kurang juga yang hantar mesej “apa plan you sekarang?” Maaf, saya sendiri tak plan untuk dibuang kerja. Lucu! Hahaha...



Bagaimana kecintaan Anida pada kerjaya waktu itu?

Kami sedang rancakkan keberadaan jenama majalah itu di dalam dunia digital. Saya baru berjinak-jinak menjadi hos untuk ruang digital ‘Kerlazzz Kak Nida’ bersama team yang sentiasa memberi sokongan.

Bayangkan, daripada seorang penulis yang namanya tertera kecil di tulang majalah kepada seorang pengacara. I hated it at first sebab mana biasa, apatah lagi tugasan ‘menutup’ majalah cetak masih perlu dilunaskan setiap bulan.

Kena tengok laman web lagi, Instagram lagi, FB lagi… tinggal nyaris TikTok saja masa tu… Tapi saya belajar sebab itu kehendak syarikat pada masa itu. Bukan mudah, tapi saya sahut cabaran dan cuba.



Anida dan suami buat online class untuk TikTok marketing



Apa pengajaran terbesar yang Anida dapat apabila diberhentikan secara mengejut?

If you ask me now, always have a PLAN B, walaupun you sedang makan gaji. Satu kekesalan besar saya adalah tidak mempunyai tabung simpanan yang bullet proof. Ya, kami ada ASB dan Tabung Haji tetapi tolakan gaji ke tabung berkenaan sepatutnya jauh lebih besar, apatah lagi sudah nyaris 20 tahun bekerja.

Untuk badai yang mungkin muncul tanpa dijangka. Apa contoh Plan B? A side income. Adakanlah pendapatan sampingan walaupun sedang makan gaji. Jangan terlalu selesa dengan ayat “tak pa, hujung bulan dapat gaji.”

Anda takkan tahu apa bakal berlaku. Daripada segi lain, diberhentikan itu sebenarnya doa yang Allah makbuli. Saya sedar yang saya selalu meminta lebih masa bersama suami dan anak-anak.

Selalu saya tanya diri “lama mana lagi ke nak buat benda yang sama? Tak akan sampai ke tua nak close magazine je kerjanya?” Nah, Allah jawab dan berikan dalam dugaan diberhentikan kerja. Now you swim



Berapa lama masa diambil untuk Anida bangun kembali?

Pada 30 April syarikat tutup dan kebetulan 1 Mei adalah hari lahir anak kedua saya. Saya telan kesedihan sebab tak nak anak-anak susah hati melihat saya. Jom raikan kelahiran anak Hari Buruh kesayangan.

Tapi... pada 2 Mei, saya kelesuan semula. I spent hours crying. Allah tu Maha Mendengar, He sent me a friend. Dia bukan sekadar teman satu universiti tetapi dia juga seorang kaunselor bertauliah.

Dia bantu saya susun kecelaruan dalam otak. Saya tak rasa malu meminta bantuan pakar, sebab itu keperluan jiwa saya masa itu. Suami juga tempat mengadu. Dia yang yakinkan saya yang kami akan okay sebab Allah kan ada.

Allah bagi saya ibu bapa yang masih sihat, suami penyayang, anak-anak yang baik, adik-beradik yang penyayang. Allah dah hantar skuad kasih sayang sedemikian sekali, mengada sangat kalau saya layan down lama-lama.


Sentiasa dikelilingi mereka yang positif di Leaders Training



Sekarang, apa yang Anida dan suami lakukan untuk membina kerjaya sendiri?

Sepanjang Mei 2020, saya banyak bantu suami dalam bisnes daging dendengnya. Saya bantu bangunkan media sosial dan pasaran dalam talian. Masuk Jun 2020, saya sertai bisnes Ferrarossa Beauty & Dermova sebagai seorang ejen.

Ferra adalah kenalan dan kami sering jumpa di event sebelum itu. Apabila saya nyatakan minat untuk belajar bisnes dengannya, dia amat terkejut. Dia serahkan nombor saya kepada Juliawatty Abu Anuar atau mesra dengan KJoy untuk jelaskan selanjutnya. Pada 21 Jun 2020, saya sah menjadi anggota KJoyWarriors.

Dan baru-baru ini saya sertai bisnes berkaitan kesihatan pula, sebab saya suka bagaimana produk kesihatan ini boleh bantu ramai orang menguruskan kesakitan menerusi rangkaian smart wear, Aulora. Malah, Dato Sri Siti Nurhaliza sendiri turut menggunakannya. Satu kepuasan bila dapat testimoni yang berkesan.



Apa perbezaan kehidupan dulu dan kini?

Terlalu banyak dan yang banyaknya adalah yang menggembirakan. Impian saya untuk berkepit dengan suami – Alhamdulillah dapat. Nak kepit dengan anak-anak – Selalu! Mungkin mereka yang dah rimas dengan Mummy yang clingy... hehe...

Paling penting, hubungan dengan Illahi. Masuk dunia bisnes, inilah yang saya belajar. Nak happy dalam bisnes, baiki hubungan dengan Dia. Paling membahagiakan tahun ini, saya mula mengaji al-Quran bersama dengan seorang ustazah. Benda yang saya dah lama nak buat, tapi selalu keciciran.

Sekarang, saya dapat belajar mengaji sambil membaiki bacaan. Kalau dulu, ada XXX angka dalam akaun bank dah rasa tak keruan. Tapi sekarang, alhamdulillah semuanya cukup. Banyak perkara sudah disederhanakan, bila kita turunkan expectation pada material, InsyaAllah semuanya cukup.

Dapat kawan-kawan baru yang berkualiti. Yang sentiasa mengingatkan hal kebaikan dan kesementaraan dunia. Kalau dulu kalut nak cari trend fesyen atau kecantikan yang terkini. Tapi kini, cari akhirat adalah pesanan kawan-kawan saya yang baru ini setiap hari. Bayangkanlah!



COD Daging Dendeng dan produk kecantikan



Pandangan anda terhadap pepatah ‘rezeki tak salah alamat’?

Setuju sebab kita kena pegang pada semua yang berlaku ni Allah dah tentukan dan setiap ujian Dia bagi, Dia nak angkat darjat kita di akhirat. Dia nak hapuskan dosa lampau. Dia nak permudahkan urusan kita di Padang Mahsyar.

Nak rezeki melimpah ruah? Minta pada Allah. Hari-hari minta. Allah tu Maha Kaya, Kaya yang amatnya! Saya selalu beritahu diri saya, jangan malu minta dengan Allah sebab kalau aku tak minta, nanti orang lain minta. Hehe…

Dan bila kita dapat apa dikehendaki, pay it forward dalam bentuk sedekah. You ada RM10 dalam poket? Sedekah saja berapa yang mampu. Sedekahkan ilmu yang kita dah belajar. Sedekahkan senyuman.

Sedekahkan bertanya khabar pada rakan handai dan ahli keluarga. Kemudian lihatlah magis kuasa Allah bila Dia kurniakan rezeki berlipat kali ganda. Dan saya dah nampak keajaiban kuasaNya berulang2 kali!



Nasihat Anida kepada mereka yang sedang berdepan dengan situasi kalian dahulu?

Nangislah, rataplah. Crying is good. Tetapi, jangan lupa ratap kepada Allah SWT. Minta Dia permudahkan urusan. Rebut peluang depan mata. Benda yang paling ditakuti tu mungkin terbaik untuk anda dan anda akan hanya tahu kalau mencuba dan usaha.

Saya masuk dunia bisnes dengan sifar ilmu. Saya belajar dengan mentor yang jauh lebih muda sebab dia lagi berpengalaman. Saya tolak ego seorang editor ke tepi dan paku dalam hati, aku nak belajar. Padam kata-kaya – dah terlambat untuk belajar bila usia dah senior. Tidak sama sekali!



Lima prinsip hidup Anida?



Anak-anaklah kekuatan Anida dan suami