Highlights
Suka ‘STALK’ Melampau? Awas! — Itu Juga Tanda Penyakit Mental Yang Mungkin Anda Tak Sedar
Hidup dalam dunia media sosial hari ini secara sedar atau tidak banyak mengubah gaya hidup kita. Muat naik status, perkongsian foto, check in serata lokasi dan banyak lagi.
Namun demikian, ia terpulang kepada sejauh mana kita mampu mengawalnya. Dan tahukah anda, apabila seseorang itu terlalu obses mahu tahu dan cakna terhadap maklumat media berkaitan individu lain tergolong dalam penyakit mental?
Terutamanya kepada seseorang yang mempunyai tahap sosial tinggi dan berkepentingan misalnya bos di tempat kerja, golongan selebriti, VVIP dan lain-lain. Dan sekiranya anda mempunyai kecenderungan yang tinggi dalam kes ini, ia dikategorikan sebagai tanda masalah Erotomania.
Dalam erti kata lain, penyakit Erotomania juga bererti seseorang yang mempunyai keyakinan bahawa ada individu lain yang mencintai dirinya, sedangkan ia hanya fantasi semata-mata malah tiada bukti kukuh yang menunjukkan perihal ini mempunyai masalah mental.
Menurut beberapa laporan berkaitan kes Erotomania mendedahkan bahawa penggunaan media sosial turut menjadi penyumbang selain menjadi salah satu faktor yang membuatkan seseorang itu lebih mudah lagi mengalami gejala ini.
Hal ini kerana, media sosial menjadi platform yang memudahkan seseorang itu mengambil tahu, memerhati, peka dan mengganggu individu yang tidak dikenali sebelum ini lantas menyebabkan imaginasinya terus berkembang.
Kredit foto: Google
Tahap lebih serius adalah apabila mereka yang mengalami penyakit Erotomania ini boleh mengganggu kehidupan malah boleh mengancam keselamatan orang lain. Berikut adalah symptom gejala Erotomania:
- Kepercayaan yang direka bahawa dirinya dilamun cinta tanpa bukti yang nyata.
- Berfikir bahawa orang yang diintipnya itu cuba memberi isyarat melalui pandangan, kod atau bahasa tubuh.
- Cuba berkomunikasi dengan seseorang secara berterusan.
- Mencipta situasi palsu dan mereka cerita seolah-olah ada orang lain cuba mengejarnya, mengintip atau cuba berhubung.
- Hilang minat terhadap aktiviti rutin selain daripada yang berkaitan dengan seseorang.
- Cemburu yang tidak bertempat.
- Menyerang orang tertentu di khalayak ramai.
Kredit foto: Google
Jika anda mula menyedari bahawa anda sebenarnya mengalami tanda-tanda penyakit Erotomania, atau individu sekeliling yang mempunyai tanda dapatkan nasihat, sesi konsultasi atau kaunseling bersama mereka yang pakar dengan segera bagi membendung komplikasi kelakuan yang lebih agresif terhadap orang lain.
Kredit foto: Google
Must-Watch Video