Suka ‘STALK’ Melampau? Awas! — Itu Juga Tanda Penyakit Mental Yang Mungkin Anda Tak Sedar
Hidup dalam dunia media sosial hari ini secara sedar atau tidak banyak mengubah gaya hidup kita. Muat naik status, perkongsian foto, check in serata lokasi dan banyak lagi.
Dalam erti kata lain, penyakit Erotomania juga bererti seseorang yang mempunyai keyakinan bahawa ada individu lain yang mencintai dirinya, sedangkan ia hanya fantasi semata-mata malah tiada bukti kukuh yang menunjukkan perihal ini mempunyai masalah mental.
Menurut beberapa laporan berkaitan kes Erotomania mendedahkan bahawa penggunaan media sosial turut menjadi penyumbang selain menjadi salah satu faktor yang membuatkan seseorang itu lebih mudah lagi mengalami gejala ini.
Tahap lebih serius adalah apabila mereka yang mengalami penyakit Erotomania ini boleh mengganggu kehidupan malah boleh mengancam keselamatan orang lain. Berikut adalah symptom gejala Erotomania:
- Kepercayaan yang direka bahawa dirinya dilamun cinta tanpa bukti yang nyata.
- Berfikir bahawa orang yang diintipnya itu cuba memberi isyarat melalui pandangan, kod atau bahasa tubuh.
- Cuba berkomunikasi dengan seseorang secara berterusan.
- Mencipta situasi palsu dan mereka cerita seolah-olah ada orang lain cuba mengejarnya, mengintip atau cuba berhubung.
- Hilang minat terhadap aktiviti rutin selain daripada yang berkaitan dengan seseorang.
- Cemburu yang tidak bertempat.
- Menyerang orang tertentu di khalayak ramai.