Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Suka Tengok Datin Sri Zizie Ezette Bergaya SEDONDON Dengan Anak-Anaknya – Ini Cara Nak Menyusun Si Kecil.

Afiza Kamarulzaman 26/11/2020 | 11:56 MYT
Bukan mudah untuk mendapatkan ‘mood baik’ anak-anak. Apatah lagi yang bersusun-susun, masih kecil semuanya. Namun, ia bukan mustahil jika sudah biasa dibuat dan dilatih. Suka tengok ibu yang punya ‘usaha lebih’ menggayakan anak-anaknya dengan berpakaian sedondon dan berpenampilan menarik.
Mungkin ada yang kata tak penting itu semua. Apa kata kita pandang ia daripada sudut yang positif. Menjaga penampilan anak-anak juga boleh dianggap sebagai salah satu cara pendidikan tidak formal untuk mengajar mereka bijak menyuai padan pakaian, mengenal warna dan tahu menjaga kekemasan dan kebersihan diri.
Bukankah ia aspek penting juga untuk mengasuh anak-anak bijak menguruskan diri di awal usia lagi. Tidak nanti mereka sentiasa ‘salah pakai’ atau ‘main belasah’ sahaja apabila bab berpakaian. Namun, diakui bukan mudah mengaturnya untuk tampil sempurna. Ada effort dan kesabaran diperlukan.
5 Tips Untuk Plan Berpakaian Menarik Seisi Keluarga
  • Harus rancang awal. Bukan last minute baru terfikir nak ‘matching matching’. Seeloknya, malam sebelum hari berpakaian sudah siap susun dan seterikakan kesemua baju anak-anak, susun bersama padanan aksesori yang difikirkan perlu.
  • Carilah material yang selesa terutamanya untuk anak-anak kecil agar mereka mampu menyarungkannya sepanjang masa dan tidak merengsa.
  • Jika punya anak-anak yang cerewet, pastikan dimaklumkan kepada mereka terlebih dahulu agara rancanganmu itu.
  • Sebaiknya, lakukan sesi fotografi (sesi ini penting ya di zaman media sosial) seawal yang boleh, mungkin sebelum keluar rumah lagi pada ketika mood anak-anak masih dalam keadaan baik.
  • Pastikan ada bawa kelengkapan pembersihan diri untuk anak-anak yang jenis cemerkap atau lasak seperti tisu basah, tuala dan sebagainya. jika baju kotor boleh lekas diatasi. Atau bawa juga baju salin sama warna untuk digunakan jika perlu.
10 OOTD Menarik Datin Seri Zizie Ezette dan Anak-Anak
Kredit Foto: IG Zizie Ezette
Kredit Foto: IG Zizie Ezette
Kredit Foto: IG Zizie Ezette
Kredit Foto: IG Zizie Ezette
Kredit Foto: IG Zizie Ezette
Kredit Foto: IG Zizie Ezette
Kredit Foto: IG Zizie Ezette
Kredit Foto: IG Zizie Ezette
Kredit Foto: IG Zizie Ezette
Kredit Foto: IG Zizie Ezette
#OOTD #Zizie Ezette #Gaya Sedondon
;