‘Support’ Bisnes Kawan – Bukan Harap 'FREE' Atau Diskaun. Tak Mampu Beli? Tolong Sebarkan, Itu Lebih Afdhal.
Huda Hussain
17/06/2021 08:58 MYT
17/06/2021 08:58 MYT
Ketahuilah, bahawa sesungguhnya tak mudah untuk lalui hari-hari mendatang dalam pandemik ini. Ramai yang cukup terkesan hinggakan ada yang diberhentikan kerja dek kerana syarikat terpaksa gulung tikar ekoran tak mampu lagi menanggung liabiliti yang semakin meningkat. Realitinya, itukah yang berlaku dalam kalangan kita. Sama ada adik-beradik, saudara-mara, jiran tetangga, mahupun rakan terdekat pasti terpalit dengan ujian ini.
Sungguh, tidak dinafikan semua sedang bergelut, berjuang, bergolok-gadai apa yang ada untuk pastikan ada wang tunai dalam tangan. Atau paling penting, untuk cuba pastikan masih ada sesuatu untuk dimakan. Dan benar, bukan mudah untuk mencari pekerjaan dalam situasi genting yang dihadapi kini. Jalan singkat yang ada, adalah berniaga.
Setelah modal dilaburkan membeli barangan atau menyediakan peralatan sesuai, maka bermulalah usaha kita. Hinggakan tahap kebergantungan pada Allah itu lebih tinggi mengatasi segalanya. Sewajarnya kita sebagai kawan memberi sokongan dan galakkan. Jangan sesekali memandang rendah kepada rakan-rakan mahupun orang sekeliling yang sedang berusaha mencari rezeki mengikut kemampuan diri sendiri.
Janganlah pula dengan selamba minta diskaun atau mahu percuma. Hargai penat lelah mereka, raikan dan beri galakan. Kalaupun tak mahu atau mungkin juga tak mampu beli, tolong sebarkan kepada Whats App group pun atau di laman sosial anda. Itu dah cukup membantu dan memadai. Buktikan semangat setiakawan dan keprihatinan kita kepada mereka.
Mungkin ada kawan-kawan kita yang berasa malu tatkala membuka bonet kereta, membuka payung atau khemah untuk berniaga di tepi jalan. Tetapi ingatlah, mungkin ini masa mereka diuji dan giliran kita bakal menyusul tak lama lagi. Sekurang-kurangnya pujilah usaha dan ikhtiar mereka demi mencari rezeki, menyara anak isteri, memberi makan dari sumber yang halal. Dan jika tak mahu lakukan itu semua, cukup titipkan doa seikhlasnya buat mereka. Supaya mereka kental dan tabah melalui ujian ini. Selagi kita yang masih mampu ini, bantulah sedaya yang boleh.
Kredit Foto: Google