gaya hidup

Susahnya Nak Simpan Duit! Tapi Tengok Orang Lain Kira Duit Tabung Bila Hujung Tahun, Macam Senang Aje…

gempak
Huda Hussain
16/12/2020
09:37 MYT
Sponsor Banner
Susahnya Nak Simpan Duit! Tapi Tengok Orang Lain Kira Duit Tabung Bila Hujung Tahun, Macam Senang Aje…
Amalan menabung atau menyimpan duit sebenarnya sudah diterapkan ibu bapa sejak kecil lagi. Kalau kalian masih ingat lagi, pasti ibu bapa ada mengingatkan kita kalau ada duit baki (duit belanja sekolah) simpan dalam tabung. Walaupun jumlahnya kecil, hanya 20 sen, 10 sen atau 50 sen tetapi jika ia disimpan setiap hari lama kelamaan penuh juga tabung kan?
Begitulah mudah dan ringkasnya tabiat menyimpan duit yang diajarkan kedua ibu bapa kita. Tetapi apabila sudah dewasa, berapa ramai pula yang mampu dan berupaya meneruskan amalan ini? Lebih-lebih lagi yang sudah bekerja dan punya pendapatan sendiri. Gaji pertama misalnya, apa yang kalian belanjakan? Ada atau tidak peruntukkan sedikit untuk simpanan atau habis dibelanjakan semuanya? Jika ya, bagus! Tetapi jika tiada, sesuatu yang perlu dilakukan supaya ia tidak dibazirkan begitu sahaja. Berikut disenaraikan antara punca kegagalan atau apa yang menjadi penyebab kenapa ada segelintir daripada kita sukar menyimpan.
Kredit Foto: Google
  1. Hutang Yang Banyak
Hutang yang banyak selalunya akan menyebabkan seseorang susah untuk menyimpan kerana terpaksa dan terikat dengan sejumlah wang untuk membayar komitmen bulanan bagi melunaskan hutang-hutang mereka. Sama ada pinjaman peribadi, kad kredit dan komitmen bulanan yang lain; ia sekali gus akan menyekat seseorang itu untuk sedaya upaya menyimpan.
  1. Nak Menyimpan Tapi Bertangguh
Ada orang yang bertangguh untuk mula menyimpan. Antara alasan yang biasa didengari untuk mereka bertangguh adalah nak tunggu ada duit lebih selepas habis berbelanja. Jika anda ada alasan seperti ini, tolong buang. Alasan nak tunggu ada duit lebih selepas berbelanja sebenarnya tak relevan. Ini kerana payah untuk kita ‘habis berbelanja’ sebab sering didorong nafsu berbelanja. Justeru, asingkan terlebih dahulu duit simpanan sebelum berbelanja.
Kredit Foto: Google
  1. Tak Berdisplin Untuk Menyimpan
Realitinya ramai yang bersemangat dan berkobar-kobar untuk menyimpan. Tapi selalunya semangat itu semakin lama makin pudar dan kesudahannya hilang begitu sahaja. Faktor tiada disiplin akan menyebabkan tiada konsistensi dalam menyimpan. Bahkan mereka yang tak berdisiplin dalam menyimpan lazimnya cenderung untuk mengubah jumlah simpanan bulanan dan kadang-kadang terlepas untuk menyimpan.
  1. Pantang Nampak Duit!
Satu lagi kesilapan kebanyakan orang dalam menyimpan adalah mereka menyimpan di tempat yang mudah di ambil. Apabila mudah dilihat dan diambil, makanya nafsu untuk berbelanja itu menguasi dan mendominasi berbanding niat untuk disimpan bagi satu tempoh tertentu. Solusinya? Jangan simpan duit simpanan anda di bank yang mempunyai kad atm atau di tempat yang anda mudah nak ambil semula duit tersebut. Sebabnya apabila kita simpan di tempat yang mudah diambil semula, kita akan cenderung untuk ambil semula duit tersebut. Dan apabila senang diambil jawabnya memang akan habislah duit simpanan.
Kredit Foto: Google
  1. Tiada Matlamat Menyimpan
Tiada matlamat dalam menyimpan adalah antara sebab terbesar kenapa ramai yang menyimpan separuh jalan atau mungkin gagal menyimpan. Menetapkan dan mempunyai matlamat yang jelas untuk menyimpan adalah penting supaya kita kekal fokus. Contohnya simpan duit untuk kahwin, pindah rumah, melancong dan lain-lain. Apabila ada sasaran yang mahu dicapai, ia secara tidak langsung akan mendorong kita untuk lebih berdisiplin, konsisten dan fokus supaya mendapat hasil yang diimpikan.
Duit simpanan sememangnya amat membantu dalam pengurusan kewangan. Setiap orang wajib tahu cara untuk mengeruskan kewangan dengan betul supaya dapat digunakan ketika kecemasan atau apabila saat-saat yang memerlukan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live