Oleh: Huda Hussain

REFLEKSI rekaannya lebih moden dan segar namun elemen klasik tetap dikekalkan untuk menyerlahkan sisi elegan dan feminin si pemakai. Bukan itu sahaja, Syomir turut berani ‘bermain’ dengan pelbagai rona untuk membentuk satu lagi identiti dan menampilkan keunikannya sebagai pereka fesyen bertaraf bintang.

Beradu tenaga bersama 11 pereka lain, Syomir akan menghangatkan pentas Anugerah Gala InTrend 2017 dengan rekaan berinspirasikan bintang Taurus. Tetapi sebelum itu, ayuh kita selidiki sisi lain mengenai Syomirizwa Gupta yang mungkin kalian tidak tahu.

Bidang pekerjaan yang diceburi sebelum bergelar pereka fesyen?

Saya sudah menanam cita-cita untuk menjadi seorang pereka fesyen sejak berumur 11 tahun lagi. Kiranya saya sudah terlingkung dalam arena ini sejak umur 16 tahun lagi.

Jenama fesyen antarabangsa pertama yang digayakan?

Jika masih ingat untuk menghadiri acara apa? Dengan penuh bangganya, ‘a custom organza shirt and a tailored sarong with pockets’ yang saya reka dan jahit untuk majlis graduasi.

Sepanjang penceburan anda dalam industri fesyen, koleksi pereka mana yang menangkap mata dan mengapa?

Kali pertama saya menonton koleksi Gianni Versace menerusi rancangan ‘Fashion TV’. Ia membuka mata saya tentang ‘splendour of 90’s high fashion’ dan dunia supermodel antarabangsa.

Bandar atau negara yang pada pandangan anda penduduknya mempunyai ‘taste’ dalam gaya berfesyen, di manakah ia dan mengapa?

Kota London. Kerana sejarahnya, masyarakat dan karakter kota itu sendiri. Saya meminati Kota London sejak menyelami betapa signifikannya kota ini dalam sejarah fesyen lebih-lebih lagi sekitar 1960-an.

Perkara yang lazim dilakukan jika terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas?

Saya tidak memandu. Jadi, saya punya waktu berharga untuk sekurang-kurangnya tidur sekejap kala kereta dipandu seseorang. Nikmat rasanya.

Lagu yang mungkin ‘annoying’ tetapi melekat di kepala?

Muah muah muahhhh – Dato Vida, ‘so catchy’.

A Chartreuse moment on Miss Nabila Huda who hosted Anugerah Planet Muzik 2017 ! Pure glamour !!!Book your appointment now with our creative director , Mr Syomir at [email protected] or call us at +60322019920 . Operation hours are from Tuesday till Saturday from 10am to 6pm #SyomirizwaGupta #SyomirizwaGuptaCustom #Bespoke

A post shared by Syomirizwa Gupta (@syomirizwagupta) on

‘Item’ yang punya nilai sentimental di dalam dompet anda?

Gambar pasport lama milik seseorang.

Cara anda menunjukkan penghargaan kepada bapa dengan...

Berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Bila masanya anda peroleh ilham untuk mereka sesuatu busana?

Ilham sebagai pereka boleh datang pada bila-bila masa.

Siapa ‘the next IT face’ selebriti tempatan atau antarabangsa yang bisa menyerlah?

Kaia Gerber. Dia akan mengorak langkah lebih besar tahun hadapan dan semua akan mengikuti jejak langkahnya.

Celebrating 12th Years Anniversary with Intrend Magazine. Thank you @intrendmalaysia for including us in the celebration! #Intredngala2017 #Syomirizwagupta

A post shared by Syomirizwa Gupta (@syomirizwagupta) on

Sejauh mana zodiak seseorang memberi pengaruh kepada cita rasa gayanya?

Tidak memberi pengaruh langsung kerana saya percaya manusia belajar daripada pengalaman dan kesilapan untuk menjadi lebih baik. Tidak mengulangi kesilapan jika sudah tahu apa puncanya.

Apa yang anda bayangkan terhadap rekaan zodiak yang diberi?

Saya diberi zodiak Taurus. Mengenai sifat Taurus, dia seorang yang kuat dan ‘earthy’, saya mengenengahkan rekaan yang kelihatan gagah tetapi tetap organik dan masih menghasilkan ciri-ciri wanita Syomir iaitu ‘bold and chic’.