,
gaya hidup

Syukurlah Kalau Dapat Isteri Yang Tak Suka Meminta. Tapi Sesekali Raikan Dia, Hargai Segala Pengorbanannya.

Huda Hussain
14/09/2021
13:51 MYT
Menjalani kehidupan sebagai suami isteri sememangnya menuntut pengorbanan dan persefahaman antara kedua-duanya. Bukan mudah nak dapat suami atau isteri ‘satu kepala’. Yang mampu bertolak ansur, memahami keadaan dan keterbatasan masing-masing dalam apa jua perkara sememanya memakan masa. Bukan sebulan dua boleh capai itu semua.
Dan berbicara mengenai isu isteri yang tidak suka meminta ini, banyak cabang yang boleh dikupas. Pertamanya mungkin si isteri punya pendapatan, bekerja dan bebas mengatur kewangannya. Lantaran itu, dia lebih selesa membelanjakan duitnya mengikut apa yang diingini. Sama ada kumpul sedikit demi sedikit, melabur atau sebagainya hingga akhirnya dapat membeli atau memiliki apa yang dihajati.
Kredit Foto: Google
Keduanya, mungkin juga si isteri memahami keadaan suami yang tidak mampu untuk menyediakan apa yang diimpikan. Bisa jadi isteri hanya surirumah sepenuh masa, suami bekerja dengan pendapatan yang cukup makan dan pakai sahaja. Tak mampu nak adakan yang lebih selain daripada yang wajib. Maklum sajalah, kemampuan suami khususnya dari sudut kewangan masing-masing berbeza.
Kredit Foto: Google
Tetapi para suami pasti maklum, kelancaran dan aliran rezeki yang diperoleh itu ada porsi khusus untuk isteri. Duit yang kadang kala suami peroleh itu hadir kerana keberkatan doa isteri yang tidak pernah putus. Justeru, disinilah suami perlu main peranan. Ya, mungkin isteri tak pernah beri ‘hint’ nak itu ini tetapi sesekali beri kejutan buatnya. Tak mampu beli yang mahal kerana harga kayangan pun tak mengapa, asalkan dapat ukirkan senyuman, bikin hatinya berbunga pun sudah mencukupi. Dan lebih penting, suami juga perlu ingat dalam rumahtangga telah termaktub tiga jenis nafkah ini untuk disediakan buat isteri, anak-anak dan keluarga:
  1. Nafkah Peribadi Isteri
Walaupun isteri yang bekerja, wajib si suami memberi nafkah. Contohnya, “Nah sayang duit belanja bulan ni, kot-kot nak beli lipstik ke.. seluar kecik ke.” Wajib ya, bukan sunat atau harus. .
  1. Nafkah Keluarga
Bila suami tak cukup gaji, isteri topup. Dan sedekah yang paling baik adalah sedekah seorang isteri untuk membantu suami isteri bukan menanggung suami, tapi mencukupkan apa yang suami tak mampu. Kalau suami tak beri nafkah, steri tak reda impaknya segala perbuatan suami, solat, puasa tak berguna lagi asbab tak dapat pahala apa-apa, walaupun suami tu ustaz atau tok imam sekalipun.
  1. Nafkah Batin
Ramai yang masih salah faham soal nafkah batin. Perlu diingat, nafkah batin bukan hanya hubungan kelamin sahaja, bukan sekadar di bilik tidur. Tetapi memberi isteri perlindungan, layanan yang baik, beri perhatian, tunjukkan kasih sayang, komunikasi yang baik, menggembirakan isteri, bergurau senda, memberi pujian, menjaga maruah dan perasaan juga termasuk dalam kategori ini.
Kredit Foto: Google
Memang berat dan besar tanggungjawab seorang suami. Soal nafkah memang menjadi hak mutlak suami untuk melunaskannya. Makanya, persiapkan mental, fizikal juga tidak kurang pentingnya ‘financial’ sebelum kalian fikir mahu mendirikan rumahtangga okey.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Ungkit Isu Nafkah RM500, Ini Respons ‘Padu’ Sharnaaz Ahmad - “Jaga Anak Tu Elok-Elok, Jangan Ikut Perangai…”

gempak
09/11/2024
23:55 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad berkongsi paparan skrin komen netizen yang mengungkit semula isu bayaran nafkah sebanyak RM500 yang pernah diberikan kepada bekas isterinya iaitu usahawan Noor Nabila.
Hiburan

Tapis Pamer Kebahagiaan Di Sosial Media, Musim Artis Bercerai Buat Hati Syamel Gusar - "Kita Dah Didedahkan Dengan..."

gempak
20/10/2024
03:55 MYT
Pelantun lagu Hidup Dalam Mati itu berkata dia dan isterinya yang juga penyanyi Ernie Zakri juga pernah berdepan cabaran dalam perkahwinan sama seperti pasangan suami isteri lain.
Viral

“Nafkah Kena Ikut Kemampuan Suami” - Madammu

gempak
19/10/2024
07:07 MYT
Usahawan kosmetik, Madammu berkongsi pendapatnya tentang pemberian nafkah daripada suami.
Hiburan

Watie Bersyukur Shuib Tambah Duit Nafkah Lepas Kes Fattah-Fazura - “Walaupun Bini Tak Pernah Mengadu…”

gempak
18/10/2024
05:09 MYT
Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah mendedahkan menerima nafkah yang lebih tinggi daripada suaminya berbanding dengan jumlah sebelum ini.
Hiburan

Adam Shahz Enggan Bayar Nafkah Anak RM1,000, Fatin Afeefa Syukur Suami Sudi Bantu - “Saya Harap Mahkamah Berpihak Pada…”

gempak
15/10/2024
02:55 MYT
Pelakon Fatin Afeefa meluahkan rasa kurang berpuas hati dengan bayaran nafkah diberikan bekas suami iaitu aktor Adam Shaz yang dianggap tidak mencukupi untuk menanggung kos persekolahan anaknya.
Unitar