Kecantikan

Tahu, Mahal Beli Mekap Atau Bayar MUA Tapi Jangan Sampai Sayang Nak Remove Terus Tak SOLAT” – Pesan Nuex Rosli

gempak
Afiza Kamarulzaman
07/11/2021
00:00 MYT
Sponsor Banner
Tahu, Mahal Beli Mekap Atau Bayar MUA Tapi Jangan Sampai Sayang Nak Remove Terus Tak SOLAT” – Pesan Nuex Rosli
Naluri semulajadi seorang wanita memang sukakan kecantikan dan mekap itu umpama ‘senjata’ mereka untuk menambah cantikkan seri wajah. Tidaklah salah untuk bersolek tetapi jangan sampai melanggar perintah wajib Allah SWT.
Solat selalu menjadi dilema wanita yang melekat dengan mekap dalam jangka waktu yang lama sehingga melanggar waktu solat. ini yang harus diambil berat oleh golongan hawa untuk tidak bertolak-ansur terhadap melengahkan atau meninggalkan solat hanya kerana sebuah solekan.
Jurusolek dan usahawan kosmetik, Nuex Rosli berkongsi di Instagramnya bagaimana untuk menjaga waktu solat walau dalam kekalutan bersolek? Sangat bagus tips yang dikongsinya, semoga bermanfaat.
Seperti yang ditulis Nuex:
Just a reminder for my family, friends, Mua friends, followers and customers NRC (Nuex Rosli Cosmetics) yang disayangi.
Especially mana yang nak jaga wuduk sebab timing solat waktu event ke apa, boleh je request MUA lelaki pakai glove. MUA perempuan, alhamdulillah tak ada masalah bab tu. MUA lelaki diorang faham.
And ikut pengalaman NR, klien yang nak jaga wuduk/pengantin digalakkan pakai socks kaki time mekap sebab sometimes MUA lelaki terlanggar kaki time mekap. Sayang wuduk. Atleast usaha. Mana tahu Allah rezekikan wuduk tahan lama, boleh solat walaupun dah lawo kan. Wallahualam. (REQUEST glove sebab tak semua MUA lelaki bawa glove).
Plan your solat dan wuduk kalau ada event. Jangan risau, MUA akan faham. Kalau mekap untuk event tengahari, pastikan ALERT dengan waktu Asar. Tiga puluh minit atau satu jam sebelum asar boleh remove mekap dan solat Zohor.
Kalau event lepas maghrib/malam, berwuduk untuk maghrib, walaupun sedang dalam proses mekap, azan maghrib boleh inform MUA nak minta izin stop n solat sementara ada wuduk. Takut dah habis mekap wuduk pulak tak sempat tahan lama. MUA akan faham InsyaAllah.
Jaga Zohor & Maghrib : most common timing untuk event bermekap. InsyaAllah. Pasang niat nak solat, Allah jaga wuduk insyaAllah.
Kalau yang musafir lagi mudah Allah bagi kemudahan solat Jamak. Islam itu indah dan mudah insyaAllah. Utamakan Allah. InsyaAllah
Moga Allah merahmati hidup kita semua dan kurniaan pengakhiran yang terbaik untuk kita. Amin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live