Highlights

Tahun Ni, Baju Raya Tema Apa? Baru Februari, Tapi Tukang Jahit Dah Tutup Tempahan – Don’t Worry Ini Baju RTW Yang Boleh Selamatkan.

gempak
Huda Hussain
24/02/2020
12:00 MYT
Sponsor Banner
Tahun Ni, Baju Raya Tema Apa? Baru Februari, Tapi Tukang Jahit Dah Tutup Tempahan – Don’t Worry Ini Baju RTW Yang Boleh Selamatkan.
Pejam celik pejam celik, insya-Allah kita bakal menyambut Ramadan tanggal 24 April nanti. Dan pastinya keterujaan kita adalah untuk melihat variasi pilihan baju raya di pasaran. Ya, baru bulan Februrari tetapi sudah ada pereka dan jenama fesyen yang tampil mempamerkan koleksi baju raya mereka. Ia sedikit sebanyak memberi gambaran awal mengenai trend baju raya yang bakal mendapat tempat di hati semua.
Kredit Foto: IG Rizalman Ibrahim
Terlalu awal berbicara tentang soal baju raya? Tiada salahnya kerana persiapan awal itu lebih baik disempurnakan berbanding pada minggu-minggu atau hari-hari terakhir menjelang 1 Syawal. Tidaklah nanti tergopoh-gopoh.
Jika ada yang suka membeli baju raya secara online, lebih baik membeli dari awal kerana terdapat banyak pilihan. Saiz adalah antara faktor utama agar tidaklah kalian menyesal, menangis di kemudian hari.
Kredit Foto: IG Rizalman Ibrahim
Rizalman for Zalora adalah antara jenama awal yang memperagakan koleksinya juga sudah mula dijual di laman e-dagang ini. Begitu juga dengan jenama Petra yang mempromosikan rekaannya di laman sosial mereka. Dan Mek Kembang Cotton turut melakukan yang sama.
Kredit Foto: IG Petra.rtw
Dan berbaki sebulan lebih sebelum Ramadan, kita akan disajikan dengan pelbagai koleksi baju raya yang pastinya bikin kalian rambang mata untuk memilihnya. Sama ada pilihan daripada pereka fesyen ataupun jenama yang lain, pastikan anda membuat pilihan bijak. Tak perlu ‘over spend’ dek kerana jatuh cinta dengan rekaan lain. Sudahnya nanti, lari bajet dibuatnya!
Kredit Foto: IG Mekkembangcotton
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live