Taiwan bukanlah negara terkenal yang menjadi sanjungan ramai. Ia sebuah negara terpencil yang selalu diabaikan. Namun, untuk kali ini, ramai penduduk dunia harus memberi tabik hormat kepada negara yang dipimpin oleh Perdana Menteri Wanita Pertama Taiwan, Tsai Ing-Wen. Walaupun berada dekat kedudukannya dengan negara China, namun negara mereka paling sedikit terkesan dek virus Corona.


Laporan terkini Covid-19 menunjukkan Taiwan hanya mencatatkan sebanyak 429 kes dengan hanya enam kematian dan beberapa minggu yang lalu mereka meraikan ‘zero case’! Ini secara tidak langsung, mereka sudah menang melawan virus Corona ini, menyaingi negara-negara yang lebih maju. Lebih menakjubkan, mereka melakukannya secara bersendirian tanpa bantuan daripada pihak luar.



Kredit Foto: Google



Taiwan Menang Tanpa ‘Lock Down’

Seperti yang kita tahu, Covid-19 hanya mampu dibanteras dengan memutuskan rantaian wabak ini menerusi lock down atau duduk diam di rumah. Berbeza dengan Taiwan, mereka tidak melakukan amalan tersebut. Malah, ketika dunia berada dalam ketakutan dengan melarang sebarang aktiviti ekonomi dan sosial, sekolah-sekolah di Taiwan masih dibuka seperti biasa.


Kedai-kedai juga beroperasi seperti sedia kala. Acara sukan dibenarkan berlangsung walau tanpa kehadiran penonton. Ini bermakna perkembangan ekonomi mereka tidak terjejas walau pada ketika dunia digugat oleh wabak marabahaya ini. Mereka juga tidak panik, tidak memiliki jangkitan lokal dan tidak menyekat sebarang aktiviti harian. Apa yang mereka lakukan adalah kerjasama semua rakyat yang memainkan peranan masing-masing.



Kredit Foto: Google




Hanya 5 Perkara Yang Dilakukan Taiwan Secara Serius:


1. Taiwan adalah negara pertama yang menyekat kemasukan pesawat dari Wuhan dan ia dilakukan dengan ketat tanpa kompromi. Lapangan kapal terbang mereka memutuskan terus hubungan dengan rakyat dari sana.


Kredit Foto: Google




2. Taiwan juga adalah negara pertama yang mengamalkan pemeriksaan suhu badan ke atas individu sebelum membenarkan mereka berada di tengah khalayak ramai. Mereka yang demam sama sekali tidak dibenarkan keluar rumah.


Kredit Foto: Google




3. Mereka juga mengamalkan pemakaian topeng muka tidak kira masa dan di mana jua mereka berada. Setiap rakyatnya mentaati perintah ini tanpa kelonggaran. Kerajaan sentiasa memastikan stok topeng untuk rakyatnya mencukupi.


Kredit Foto: Google





4. Rakyat Taiwan turut diberi kesedaran dan didisiplinkan dengan kerap mencuci tangan setiap kali menyentuh sesuatu. Dan, mereka mengamalkannya secara konsisten walaupun ketika bersendirian.


Kredit Foto: Google




5. Taiwan memandang serius penjarakkan sosial di mana setiap individu sedaya-upaya untuk tidak berkontak rapat dengan individu lain. Ini bagi mengelakkan penyebaran virus yang mungkin tidak diketahui siapa pembawanya.


Kredit Foto: Google