Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Read

Tajuk: Carta 10 Kuih Raya Paling Malar Segar — Beraya Nanti Jangan Lupa Makan Ya!

Public Anonymous User 14/06/2018 | 02:00 MYT

Oleh: Afiza Kamarulzaman

Ihsan gambar: https://www.agrobazaar.com.my & http://izahdaut.blogspot.com

1. REMPEYEK

Kuih tradisional yang digoreng rapuh dienakkan lagi dengan ikan bilis, kacang tanah atau kacang hijau (tumpi) atau dhal.

Ihsan gambar: https://www.agrobazaar.com.my

2. BAHULU

Kuih orang lama yang masih bertahan sehingga ke hari ini. Bahan utamanya ialah telur yang dipukul segebu mungkin lalu dibakar.

Ihsan gambar: https://depositphotos.com

3. SEMPERIT

Biskut berwarna kuning yang dibentuk seperti bunga bertinta ceri merah. Ada juga yang membentuknya segi empat tepat. Lembut gebu cair di mulut.

Ihsan gambar: http://izahdaut.blogspot.com

4. LOYANG/ROS

Kuih manis yang digoreng menggunakan acu Loyang bunga. Cara menanggalkannya harus digoyang-goyang.

Ihsan gambar: https://www.lelong.com.my/

5. TART JEM

Sama ada dalam bentu tat gulung atau tat nyonya, kedua-duanya menggunakan asas bahan yang sama, jem nenas. Bentuk saja berbeza.

Ihsan gambar: https://norazlitaaziz.blogspot.com

6. BATANG BURUK

Walaupun nama dan rupanya buruk tapi rasanya sedap. Rasanya yang manis dan rangup melengkapkan nikmat mengunyah.

Ihsan gambar: https://kravve.co/shop/malay-traditional-kuih-batang-buruk/

7. CORNFLAKES

Walaupun bukan biskut tradisional tetapi ia antara yang favourite untuk berada di meja setiap kali raya tidak kira di desa dan kota.

Ihsan gambar: http://iresipi.com/resepi/biskut-cornflakes-madu/show

8. ALMOND LONDON

Ini pun bukan biskut lama tetapi sangat digemari bertahun-tahun sudah. Badam yang dibaluti tepung lalu disimbahi coklat membuat kanak-kanak amat menyukainya.

Ihsan gambar: http://inmystudio.com.au/tag/almond-london/

9. MAZOLA

Biskut mewah kacang yang juga menjadi kegemaran kebanyakan kakak-kakak, abang-abang. Lemak masin manis rasanya.

Ihsan gambar: http://notaresepi.com/biskut-semperit-susu/

10. CIP COKLAT

Walaupun ia kategori biskut moden, tetapi ia juga antara yang mudah ditemui di setiap rumah.

Ihsan gambar: https://www.incredibleegg.org

;