Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
gaya hidup

Tak Kiralah Bekerja Atau Tak, Kita Masih Seorang Mak. Kita Tetap Lalui Tugas, Rutin Yang sama. Carilah ME TIME Sendiri.

Huda Hussain 03/06/2021 | 09:57 MYT
Tanyalah kepada sesiapa yang bergelar ibu diluar sana. Tatkala anak diuji dengan sakit demam yang bikin kita tak lena tidur, pasti sudah terasa kepenatannya. Apatah lagi kalau diduga dengan pelbagai penyakit, hanya yang pernah melaluinya sahaja mampu mengungkap dengan kata-kata.
Tetapi apabila penulis terbaca perkongsian wanita ini, sekali pandang seakan berat sebelah pula. Takkanlah pula sebagai emak sanggup berpandangan sedemikian? Tergamaknya seorang emak mementingkan diri sendiri? Meletakkan keutamaan diri melebihi anak dan suami? Bukankah seorang emak itu secara semula jadi sifatnya sentiasa berkorban, mengenepikan kepentingan dan keperluan diri demi kebahagiaan seisi rumah?
Namun usai membaca seluruh intipati cerita, ada kebenarannya. Sekali gus membuatkan kita tersandar seketika. Berfikir sedalamnya bahawa tidak salah sebenarnya andai kita meletakkan beberapa perkara sebagai prioriti untuk kita sendiri merasainya. Kita raikan perbezaan pandangan dengan hati terbuka. Ada betul dan tak kurang ada salahnya. Kerana kasut kita tak semuanya sama. Baca nukilannya.
Kredit Foto: Google
Terkesan Perkongsian Ini
Dulu masa saya baru ada seorang anak, tiap kali anak demam atau sakit, saya susah hati. Sampai saya cakap kat mak saya, kalaulah sakit tu boleh berpindah, biarlah sakit anak tu pindah kat saya.
Tapi mak saya cakap, "Biar anak yang sakit, jangan mak yang sakit". Masa tu saya rasa tak patut seorang mak cakap macam tu. Tapi lama-kelamaan, bila anak pun dah bertambah, saya baru faham apa yang mak saya cuba sampaikan.
Biar Anak Sakit, Janan Mak Yang Sakit
Andai semua ahli keluarga sakit sekalipun, seorang mak boleh jaga semuanya. Tapi bila mak seorang yang sakit, semua isi keluarga jadi tak tentu arah. Sesungguhnya benar sekali.
Mak saya juga cakap, kalau makanan dah siap, ada masa makanlah dulu. Jangan risaukan anak belum makan. Sebab mak yang kena bertenaga. Jangan tunggu masa sesuai untuk makan, sebab seorang mak tiada masa sesuai. Kerana mak tiada ‘me time’.
Kalau ada duit, rasa nak makan makanan mahal sikit tapi tak mampu nak beli untuk semua isi keluarga, belilah dan makan sendiri. Contohnya, teringin sangat nak makan aiskrim Conneto (dulu aiskrim ni kira mahallah). Belilah dan makan sendiri. Jangan rasa bersalah. Sebab anak akan membesar, In Shaa Allah mereka akan ada masa untuk menikmatinya lebih dari kita. Doakan rezeki anak-anak dimudahkan.
Kredit Foto: Google
Sebagai mak, tak kiralah bekerja atau tak, kita tetap seorang mak. Kita tetap lalui perkara yang sama, tugas yang sama, rutin yang sama. Carilah me time sendiri. Tak perlu jadi sempurna untuk segalanya. Kita manusia, ada kelemahan. Berehatlah bila penat, jangan paksa diri. Minta bantuan jika perlu, walaupun adakala bantuan yang diminta tiada yang peduli. Andai sukar didik suami, didiklah anak untuk membantu.
Moga mak-mak diluar sana sihat selalu, sentiasa dilindungi Allah SWT dan diberi pahala berlipat ganda di atas pangkat sebagai MAK.
#Me Time #Keibubapaan
;