Highlights

Tak Pernah KURUS Dari Kecil –Wanita Ini Ubah Diet, Bersenam, Puasa, Tidur Awal, Elak Stres. Dari 116kg, Kini 67kg!

gempak
Afiza Kamarulzaman
15/09/2020
05:15 MYT
Sponsor Banner
Tak Pernah KURUS Dari Kecil –Wanita Ini Ubah Diet, Bersenam, Puasa, Tidur Awal, Elak Stres. Dari 116kg, Kini 67kg!
Menerusi perkongsian santainya di Facebook, Jamilah Abdul Rahman mendedahkan bagaimana dia tekad untuk menurunkan berat badannya dari 116kg (bermula Mac 2019) sehingga berjaya memiliki berat 67kg pada Mac 2020 dengan ketinggian 154cm.
Menurut Jamilah, sejak berusia sembilan tahun lagi, dia memang sudah dikategorikan sebagai ‘overweight’ dan terus kekal obesiti ketika di sekolah menengah. Memiliki badan gemuk sudah sebati dengan dirinya sejak dulu lagi menyebabkan dia berasa tidak apa pada mulanya.
Sehinggalah pada tahun ini, pada Mac yang lalu, dia berjaya turun sehingga mendapat berat 67kg! Daripada saiz baju XXXL, kini dia sudah boleh menyarungkan baju bersaiz S/M. Sesuatu yang sangat menakjubkan untuk orang yang tidak pernah menikmati tubuh kurus sebelum ini.
Bagaimana Jamilah Ubah Rutin Gaya Hidupnya?
  • Menurut wanita kental ini, dia mengubah 100 peratus cara pemakanannya. Kalau dulu katanya, makan seperti ada membela saka. Sekarang tidak lagi, dia mengamalkan portion suku-suku separuh. Jamilah juga lebih suka masak sendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang lulus eat clean.
  • Menu yang disajikan banyak dirujuk daripada album group makan sihat di Facebook. Dia mengamalkan makan lima kali sehari dan memastikan makan malamnya sebelum jam tujuh malam. Kemudian, tiada lagi makanan yang akan dinikmatinya selain air kosong.
  • Bersenam juga penting seperti briskwalk setiap pagi sepanjang lima ke tujuh kilometer. Ketika beratnya lebih 116kg dulu, Jamilah hanya mampu melakukan satu ke dua km sehari sahaja dek bebanan berat yang membuatnya cepat letih. Namun, semakin badan menjadi ringan kita boleh menambah lagi jarak itu. Yang penting ikut kemampuan badan kita.
  • Pastikan diri sentiasa aktif. Mesti ada target untuk melakukan step 10,000 langkah setiap hari. Buat-buatlah sibuk ketika di rumah walaupun hakikatnya tidak sibuk. Lakukan kerja-kerja rumah agar diri banyak bergerak.
  • Jamilah juga mengamalkan puasa sunat. Dapat pahala, dapat juga sihatkan badan!
  • Minumlah juga kopi o tanpa gula dan teh hijau untuk mengoptimumkan pembakaran lemak. Kopi o diminum pada waktu pagi ketika bersarapan atau sahur. Manakala, teh hijau diambil sebelum tidur malam.
  • Masuk tidur awal sekitar jam 10 malam untuk memastikan tubuh tidak lesu pada keesokan harinya. Tidur awal juga mengelakkan kita rasa lapar di malam hari.
  • Apabila sudah mulai kurus, ada bahagian-bahagian tubuh yang mungkin gelebeh, jangan bimbang, itu normal. Ia boleh diatasi dengan senaman yang tepat. Jika mengelebeh pada bahagian perut dan peha, Jamilah akan membuat senaman plank, squats, sit up dan apa-apa saja yang boleh menganjalkan bahagian tersebut. Boleh tonton di Youtube untuk cara-caranya.
  • Elakkan stres sepanjang perjalanan untuk kurus ini. Enjoy the journey, slowly but surely! Jangan cepat putus asa.
Kredit: Jamilah Abdul Rahman
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live