Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tak Salah Kalau Nak Berfesyen, TAPI Jangan Pandang Remeh 5 Perkara Ini. Ada Sebabnya.

Huda Hussain
23/06/2021 09:37 MYT
Sejuk mata memandang kaum wanita yang semakin hari semakin ramai memilih untuk berhijab. Sungguh, ada diantara mereka yang melalui pelbagai ujian melawan hawa nafsu untuk sampai ke suatu peringkat. Misalnya daripada sekadar berselendang menutup kepala tapi helaian rambut masih kelihatan hinggalah menutup sepenuhnya.

Labuh dan longgar itulah kata kuncinya. Berbalik kepada konteks berfesyen yang sering kita lihat dalam kalangan wanita masa kini jujurnya ada keperluan untuk menegur. Walaupun penulis akui belum sampai ke peringkat memakai sarung kaki (doakan ya penulis juga seperti kalian yang sudah melazimi memakai sarung kaki dan hand sock). Tidak menjadi satu kesalahan untuk berfesyen bagi wanita yang bertudung. Tetapi beberapa perkara harus dijadikan garis panduan untuk dipatuhi dan difahami sebab musababnya. Berikut adalah huraiannya seperti yang dikongsikan laman Jom Dakwah:

Kredit Foto: Google
  1. Mengikut Bentuk Tubuh
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Baginda SAW ada menyebut mengenai perihal ini. Maksudnya: Dua golongan termasuk ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian separuh bogel (kerana memakai pakaian yang nipis atau yang menampakkan susuk badan). Hadis Riwayat Muslim.
  1. Memakai Tudung Tetapi Menampakkan Leher
Leher juga termasuk dalam bahagian aurat yang wajib ditutup oleh wanita. Justeru, wajib ke atas kaum wanita untuk menutup bahagian tersebut dengan baik. Sama ada sedar atau tidak, trend sekarang adalah mengenakan tudung yang pinless atau bersahaja tanpa menitikberatkan perihal leher. Bukan tak boleh mengikut fesyen atau gaya tudung, tetapi bahagian leher juga perlu ditutup sama ada dengan anak tudung (inner) bagi mengelakkan daripada ia terdedah.

Kredit Foto: Google
  1. Tudung Tidak Menutup Bahagian Dada
Ramai yang menyangka auratnya telah sempurna apabila memakai tudung dan tidak menampakkan leher. Sedangkan tudung yang dipakai tidak dilabuhkan sedikit ke paras dada. Dalam menutup aurat, amat digalakkan melebihkan sedikit bahagian dada untuk ditutup. Allah berfirman dalam Surah An Nur, ayat 31 yang bermaksud: "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka”. Perihal yang sama Allah berfirman dan termaktub dalam Al Quran menerusi Surah Al Ahzab ayat 59 yang bermaksud: “Hai Nabi, katakanlah kepada intei-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya (tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal dan tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.”
  1. Menampakkan Pergelangan Tangan
Jangan lupa untuk menutup pergelangan tangan kerana ia juga merupakan aurat bagi wanita. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA beliau berkata yang bermaksud: Asma Binti Abu Bakar pernah menemui Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang nipis. Maka Rasulullah pun berpaling daripadanya seraya berkata; “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila sudah haid (baligh) maka tidak boleh terlihat dari dirinya kecuali muka dan kedua telapak tangan,” (Hadis Riwayat Abu Daud, no 4104

Kredit Foto: Google
  1. Tidak Memakai Sarung Kaki
Pandangan ulama menyebut bahawa kaki adalah aurat bagi wanita. Kita dapat lihat apabila jika bahagian kaki terdedah, maka tidak sah solatnya. Malah ada sebuah hadis telah diriwayatkan bahawa Ummu Salamah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW yang bermaksud: “Adakah boleh seseorang itu solat dengan memakai baju dan penutup kepala (tudung) sahaja tanpa memakai izar (kain yang dipakai dibawah badan?”. Jawab Rasulullah SAW: “Boleh. Jika baju itu labuh menutupi kedua-dua belak kaki.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no 640).

#Fesyen #Islam #Hukum
;