Hiburan

Tak Sempurna Sambutan MERDEKA Setiap Tahun Tanpa Lagu Keramat Tanggal 31. Ini Kisah Disebaliknya.

gempak
Huda Hussain
30/08/2020
04:00 MYT
Sponsor Banner
Tak Sempurna Sambutan MERDEKA Setiap Tahun Tanpa Lagu Keramat Tanggal 31. Ini Kisah Disebaliknya.
Apabila berbicara mengenai lagu, ia bukan sekadar satu bentuk hiburan santai tetapi juga berupaya menjadi wadah yang menyatukan perpaduan. Lebih-lebih lagi lagu bersifat patriotik yang mampu membangkitkan semangat cintakan negara. Walaupun halwa telinga kita sudah biasa mendengar pelbagai lagu berunsurkan kenegaraan, perpaduan dan nilai-nilai seumpama dengannya; namun pasti ramai yang bersetuju apabila InTrend mengangkat sebuah lagu ini.
Tiada siapa lagi mampu menyangkal betapa semangatnya seluruh rakyat Malaysia apabila turut sama menyanyikan lagu Tanggal 31. Biarpun sudah 63 tahun mengecap nikmat kemerdekaan, pastinya lagu nan satu ini cukup istimewa dan dihafal oleh segenap lapisan masyarakat. Baik anak kecil mahupun warga emas, setiap bait lirik lagu ini bagaikan meniup kobar semangat luar biasa lagi istimewa lebih-lebih lagi apabila dinyanyikan beramai-ramai.
Kredit Foto: Google
Tidak keterlaluan jika dikatakan, rencah dan ramuan penciptaan lagu cukup sempurna. Gandingan pelantun lagu yakni penghibur nombor satu Asia suatu ketika dahulu, Allahyarham Sudirman Hj Arshad dengan susunan muzik dan rentak lagu menyatu dengan cukup indah. Bagaikan satu gabungan yang cukup mantap. Dan tahukah anda, disebalik kekuatan lagu patriotik ini ada kisah tersendiri disebaliknya.
Lagu patriotik ciptaan dan nyanyian asal penyanyi kelahiran Medan, Indonesia, Ahmad Chass Barra (Ahmad CB) itu dipopularkan semula oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad dengan gaya nyanyian juga penyampaian beliau yang cukup kreatif.
Kredit Foto: Google
Irama dan rentak lagu yang didengari hari ini diubah atas permintaan Allahyarham Sudirman. Lagu Tanggal 31 turut dimuatkan dalam album patriotik milik belia berjudul Abadi keluaran syarikat rakaman EMI. Penerbit album berkenaan S. Atan memaklumkan, penggubahan semula irama lagu ciptaan dan nyanyian Ahmad CB itu dilakukan atas kehendak Sudirman sendiri sempena sambutan Hari Kemerdekaan.
Populariti lagu Tanggal 31 yang dimuatkan di dalam album ABADI terbitan 1982 menjadikan album tersebut laris dengan jualan mencecah 50,000 unit. Berdasarkan carian di YouTube, lagu ini dimuat naik pada 25 Ogos 2016 dan meraih 4,674,685 tontonan. Terbukti formula dan susunan muzik penuh patriotik, lebih rancak dan bertenaga dengan seni kata yang mudah diingati itu menjadikan lagu Tanggal 31 lagu paling dekat di hati kita setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan. Inilah keistimewaan lagu Tanggal 31 yang kekal segar biarpun beratus tahun kita meraikan kemerdekaan. Apa pandangan anda?
Kredit Foto: Google
Tanggal tiga-puluh-satu Bulan lapan 57 Merdeka, merdeka Tetaplah merdeka Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal tiga-puluh-satu Bulan lapan 1957 Hari yang mulia Hari bahagia Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warganegara Ramai-ramai menyambut hari merdeka Merdeka! Tiga-satu bulan lapan lima-puluh-tujuh Hari yang mulia negaraku merdeka
Mari kita seluruh warganegara Ramai-ramai menyabut hari merdeka Merdeka Tiga-satu bulan lapan lima-puluh-tujuh Hari yang mulia negaraku mereka
Merdeka, Merdeka, Merdeka......
Merdeka!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024