Tak Suka, ‘Unfollow’. Senang Kan? Jauhi Dengki, Iri Hati. Ingat Sifir Tuhan, Kamu Doa Satu DIA Beri Dua.
Huda Hussain
15/09/2021 15:40 MYT
15/09/2021 15:40 MYT
Dalam waktu sukar ini, kita punya pendekatan tersendiri untuk mencari kebahagiaan dan damai dihati. Apa yang menyenangkan kita tak semestinya indah pada pandangan mata orang lain kan? Apa yang dimuat naik rakan-rakan dan orang sekeliling ada kalanya pada pandangan kita itu acah-acah sweet atau nak menunjuk. Sedangkan si empunya diri hanya mahu berkongsi. Dan kerana bahagia itu terlalu subjektif untuk diukur, maka penerimaannya berbeza-beza.
Seperti apa yang dinukilkan seorang pengguna Facebook, Norhidayah Binti Jamalus ada benarnya apa yang dikongsinya.
Orang yang suka post gambar makan-makan, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan kerajinan dan ringannya tangan untuk berbakti dengan cara bersusah payah sediakan makanan.
Orang yang suka post gambar dia anak beranak buat aktiviti, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan waktu yang bersisa dan tenaga yang maksima untuk selalu dihabiskan bersama-sama dengan ahli keluarga.
Orang yang suka post gambar ke hulu ke hilir bagi sedekah pada yang memerlukan, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan kewangan yang lebih dan ketekunan yang tinggi untuk ke sana sini menghulur bantuan seikhlas hati.
Orang yang suka post gambar tengah bertugas, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan hati yang kuat dan semangat yang tekad untuk terus berjihad menyelamatkan orang lain yang sedang tak sihat.
Orang yang suka post gambar tengah mengaji dan hafaz Quran, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan hati yang dekat dengan Al Quran dan tingginya keinginan untuk memperbaiki diri dan memperbanyak amalan.
Orang yang suka post gambar layan anak buat aktiviti, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan idea yang banyak beserta kesabaran yang tinggi dalam membuat anak-anak terhibur hati dan rasa disayangi.
Orang yang suka post gambar mengemas rumah, itu bahagian dia. Rezeki dia dari segi dilimpahkan masa lapang dan kreativiti yang kunjung datang untuk buat rumah dia makin tenang dan senang dipandang.
Dan bahagian kita apa?
Bahagian kita ialah doakan yang baik supaya kebaikan kepada orang-orang itu semakin melimpah ruah. Dan dengan itu percayalah bahawa rezeki kita juga akan semakin bertambah.
Begitu sifir Tuhan. Kamu doa satu, AKU bagi dua. Satu untuk dia. Tak lupa untukmu juga. Jika tak punya rezeki seperti orang lain terkadang bukan kerana apa. Tapi kerana banyaknya mempersoal akan rezeki dan kelebihan manusia lainnya.
Kita bahagia cara kita dan carilah ia mengikut keselesaan dan kemampuan kita. Tak perlu bersaing atau jauh sekali menerbitkan perasaan iri hati. Spread love, positive vibes. Itu lebih tenang kan?

Kredit Foto: Google