Oleh: Afiza Kamarulzaman

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on

WALAU dikecam dengan pelbagai sindiran dan perdebatan mengenai kebanjiran produk kecantikan hasil keluaran usahawan tempatan, namun ia tidak melumpuhkan industri ini.

Malah, ia dilihat semakin dikerumuni pelbagai individu termasuk selebriti untuk menghasilkan label produk kecantikan sendiri. Tidak terkecuali, pelakon berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi, Farah Nabilah atau mesra disapa Fawaa.

Apa pula produk yang dihasilkan Fawaa itu? Dan, kenapa agaknya dia memilih industri kosmetik sebagai cabaran baru dalam perjalanan kariernya selain pelakon?

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on

Apa perkembangan terbaru Fawaa walaupun nampaknya makin sibuk dengan kerjaya baru sebagai usahawan?

Insya-Allah, Fawaa akan muncul dengan filem dan drama baru tahun ini. Sesibuk mana pun dalam bidang perniagaan, Fawaa masih tetap teruskan minat berlakon sementelah tawaran pun masih ada, tidak putus.

Sudah melangkah setapak ke hadapan dengan bergelar usahawan, boleh ceritakan mengenai Fawaa Beauty? Bagaimana tercetusnya idea ini?

Fawaa Beauty adalah suplemen kesihatan untuk kecantikan, yang meliputi penjagaan dalaman dan luaran. Ia membantu menambahkan energi dan mengurangkan toksik dalam badan. Pada masa yang sama, ia menjadikan kulit lebih flawless.

Idea menghasilkan produk ini tercetus daripada diri saya sendiri kerana saya seorang yang sangat sibuk dengan aktiviti harian. Always on the go, dan Fawaa Beauty ini dicipta dalam bentuk paket kecil yang memudahkan kita untuk mengambilnya walau dalam keadaan apa sekali pun.

Minum sekali sehari sahaja pada bila-bila masa dan di mana-mana jua untuk menikmati khasiatnya.

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on

Kenapa memilih industri kecantikan sebagai taruhan bisnes sulung?

Realitinya, semua orang memerlukannya. Semua orang mahu rasa sihat dan tampil cantik dan mengapa tidak Fawaa berkongsi rahsia Fawaa itu bersama peminat kerana Fawaa sendiri mengamalkannya.

Kita tahu, industri kecantikan sekarang dihujani pelbagai kewujudan produk dan usahawan baru saban tahun. Tidakkah Fawaa gusar dengan persaingan ini?

Fawaa percaya pada rezeki masing-masing. Bukankah selalu orang kata, ‘rezeki itu tidak pernah salah alamat’. Persaingan itu ada di mana-mana dalam apa jua industri dan lapangan. Selagi kita bersaing dengan cara yang positif, tiada apa yang perlu dirisaukan.

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on

Apa pendapat Fawaa kalau ada yang was-was dengan produk tempatan seperti suplemen kecantikan yang dilabel tangkap muat dan memberi risiko kepada buah pinggang?

Oh, ia berlainan dengan Fawaa Beauty. Kerana itu, Fawaa selalu menguar- uarkan bahawa produk Fawaa ini adalah organik dan tidak memgandungi bahan kimia yang memudaratkan kesihatan.

Mana yang lebih mencabar, menjadi selebriti atau usahawan?

Kedua-duanya punya cabarannya sendiri. Kejayaan tidak akan datang bergolek dan kejayaan yang dicapai itu akan lebih manis jika diraih setelah melalui pelbagai cabaran. Bukan senang mahu senang!

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on

Tips cantik Fawaa yang orang lain kena tahu, mungkin boleh dikongsi?

Mudah sahaja, amalkan minum air yang banyak kerana air adalah anugerah Tuhan yang tiada tolok bandingnya. Sekali gus dapat elakkan kulit daripada ternyah hidrat.

Tips solekan Fawaa yang ingin dikongsi bersama peminat?

Jangan hanya fikirkan tentang mahu bedak menutupi cela atau warna gincu sahaja. Anda harus biasakan memakai krim tabir suria dan primer sebelum menyapukan bedak asas. Ini bagi memastikan kulit tidak menyerap bedak asas itu ke dalam liang pori. Ia boleh menyebabkan jerawat.

Intrend fawa 1