Tanam POKOK Dapat Legakan Stres, Tenangkan Diri. Bercakaplah Dengan Tanaman Ia Terapi Bantu Tidur Lena
Penulis Jemputan
16/02/2021 01:01 MYT
16/02/2021 01:01 MYT
Teks: Nor Hatina Shuib
Sejak kebelakangan ini, pokok tanaman Indoor atau tertutup antara yang menjadi pilihan, dihias cantik di beberapa bahagian utama rumah seperti ruang tamu, ruang menonton, bilik tidur, dapur sehingga ke dapur masak.
Tahukah kamu tanaman pokok tertutup bukan sekadar pelengkap gaya dekorasi tetapi mempunyai kesan kebaikan kepada kesihatan tubuh dan minda pemilik rumah yang memiliki sekurang-kurangya satu atau lebih pohon hijau di rumah?
Tetapi kajian menunjukkan lebih banyak pokok hijau di rumah, ia lebih menenangkan jiwa yang kusut dengan tekanan persekitaran.
Hari ini, bagi yang bekerjaya, mereka tidak lagi berdandan cantik ke pejabat kerana kita melalui norma baharu disebabkan virus COVID-19 yang masih tidak mahu berakhir. Pejabat dan segala urusan hanya berlaku dari rumah.
Justeru, ramai yang mula mengisi masa lapang dengan tanaman Indoor seperti daun pokok pisang, skybird, monstera, fiddle leaf fig dan lidah jin sehinggakan ia digelar sebagai pokok viral.
Ada yang mencecah sehingga ratusan ringgit namun ramai yang sanggup membayarnya kerana amat sesuai untuk dijadikan hiasan pelengkap gaya rumah.
Satu kajian yang dijalankan oleh Department of Horticulture and Landscape di Washington State University, mendapati pekerja yang melakukan tugasan membabitkan penggunaan gajet seperti komputer berupaya mengalami penurunan dalam tekanan darah sistolik apabila terdapat tumbuhan yang ditambah dalam kawasan persekitaran tempat tinggal mereka.
Ketika bekerja dari rumah, bolehlah sesekali merehatkan minda yang berserabut dengan mengambil lima hingga 10 minit masa berehat dan memandang keindahan ciptaan tuhan menerusi pepohon yang anda tanam di rumah apabila terlalu lama mengadap gajet seperti laptop dan telefon bimbit.
Tanam Pokok Hijau Banyak Faedah
Kajian juga menunjukkan tanaman pokok dan kekerapan memandang sesuatu yang berwarna hijau dapat menyegarkan minda dan memberi rangsangan kepada stres yang keterlaluan.
Jadi, boleh saja anda memulakan langkah dengan menjadikan tanaman tertutup sebagai terapi untuk kesihatan minda anda, suami dan keluarga.
Ini kerana beberapa kajian turut membuktikan warna memberi kesan kepada perasaan atau emosi seseorang.
Warna merah terang, kuning dan jingga, misalnya mampu meningkatkan tenaga manakala hijau dan biru mampu memberikan ketenangan di saat anda perlu berhadapan dengan tekanan melalui rutin harian yang kian mencabar.
Apa kata tanam pokok bunga daripada warna terang sebagai terapi minda dan warna hijau sebagai penenang jiwa. Ia satu bentuk pelaburan yang baik untuk menambah baik kesihatan mental.
Malah, anda juga boleh berjinak-jinak menjadikan ia sebagai satu hobi baharu di saat kita semua mempunyai sekatan perjalanan untuk ke mana saja dan diarahkan untuk duduk diam di rumah jika tiada keperluan untuk bekerja.
Kredit foto: Google
Warna Alam Mempengaruhi Emosi Otak
Sekumpulan pengkaji daripada Pusat Kajian Cyclotron, Universiti Liege, Pusat Neurosains Geneva dan Pusat Kajian Surrey Sleep, Universiti Surrey turut menemukan kesan cahaya serta komposisi warna mampu mempengaruhi emosi otak.
Bagi merehatkan seketika minda, daripada tekanan, warna alam adalah yang terbaik boleh dipilih. Kajian daripada Universiti Georgia, Amerika Syarikat mendapati sekiranya responden yang membayangkan rasa tenang dengan warna kehijauan alam dan flora mampu menjadikan mereka lebih tenang
Sememangnya tidak dapat dinafikan, hijau itu rona yang amat mendamaikan. Ia membawa maksud warna identiti alam semulajadi . Malah secara tidak langsung melambangkan kesegaran, kedamaian dan relaksasi.
Mengikut pandangan psikologi warna hijau sangat membantu seseorang yang berada dalam situasi tertekan menyeimbangkan emosi dan memudahkan keterbukaan dalam berkomunikasi. Ini kerana warna hijau mempunyai efek rileksasi dan menenangkan.
Warna hijau dikatakan memiliki nilai tersendiri keranana dapat memberi kesan kesegaran dan akan lebih cantik bila dikombinasikan dengan warna coklat gelap.
Terapi Bercakap Dengan Pokok
Teringat seorang teman yang kesunyian hidupnya tetapi hobi peliknya berjaya memulihkan beliau daripada mengalami masalah sukar tidur. Beliau kerap mengalami gangguan tidur sejak bertahun-tahun lamanya.
Bagai manapun, katanya sejak akhir-akhir ini tidurnya mula lebih lena apabila bercakap dengan pokok-pokok tanaman di dalam rumah dan kawasan lamannya sehingga menjadikan ia terapi serta rutin harian sebelum tidur.
Apa saja kekusutan, masalah stres dan aktiviti harian diluahkan dengan berinteraksi dengan tanamannya. Mungkin bagi individu yang tidak mengenali beliau, jika ternampak situasi ini boleh saja menganggap beliau sebagai individu yang tidak siuman, tetapi bagi beliau, terapi ini sudah banyak mengurangkan masalah tidur dialaminya selama ini.
Penulis terfikir –fikir juga apa hubungan manusia dengan pokok sehingga boleh meredakan tekanan dan menceriakan seseorang.
Namunn kajian dijalankan seorang ahli ekologi, Suzanne Simard, dari University of British Colombia, yang sudah selama 30 tahun melakukan kajian ke atas tumbuh-tumbuhan di hutan menjelaskan pokok juga sama seperti manusia, mempunyai bahasa tersendiri dan berkomunikasi sesama mereka.
Mungkin ini ada kebenarannya dengan hubungan pokok dan manusia dalam membantu meredakan tekanan emosi dan beri ketenangan pada jiwa yang kusut.
Kredit foto: Google
Bagaimana Pemilihan dan Cara Tanaman Pokok Di Dalam Rumah
Jom Kita Lihat Apa Lagi Kebaikan Pokok

- Sebaiknya cari pokok renek dan tidak terlalu besar. Fokus kita hanya untuk capai ketenangan dan warna pokok. Pemilihan pokok yang biasa diletakkan dalam kawasan rumah adalah Fiddle Fig, Lily dan Monstera yang bukan saja cantik tetapi mudah dijaga
- Penggunaan pasu juga diperlukan, Jangan lupa membeli pelapik pasu supaya air siraman tidak terkena lantai anda. Namun, pastikan dua hari sekali anda buang air lebihan di pasu untuk mengelakkan pembiakan nyamuk.
- Letak pokok di sudut yang betul. Elakkan menghalang laluan dan letak di kawasan sudut.Mungkin boleh letak satu atau dua pokok di setiap ruang anda.
- Setiap hari, bagi pohon yang tidak terkena cahaya, boleh jemur seketika supaya tanaman dapat terkena cahaya matahari.
- Ruang pejabat di rumah antara lokasi strategik meletakkan pokok untuk tatapan mata yang letih menghadap komputer setiap hari.
Jom Kita Lihat Apa Lagi Kebaikan Pokok
- Membantu pernafasan lebih baik
- Menjadikan sesuatu ruang di dalam rumah lebih selesa
- Baik untuk perkembangan mental
- Memberikan anda kepuasan dan kesegaran
- Meningkatkan produktiviti diri
- Mempercepatkan proses penyembuhan
- Meningkatkan penjagaan terapeutik