Banyak perkara yang kita perlu contohi daripada negara luar dalam pelbagai perkara. Bagaimana mereka menguruskan krisis tertentu, penguatkuasaan undang-undang dan sebagainya. Lihat saja Jepun umpamanya. Selain terkenal dengan kerbersihannya dan pelbagai kecanggihan teknologi, walaupun negara ini kerap kali dilanda bencana namun semua itu dapat ditangani dalam tempoh yang singkat.

Kredit Foto: Facebook Zunita Ramli


Berdasarkan perkongsian rakyat Malaysia yang menetap disana, Zunita Ramli yang dikenali dengan pelbagai kisah dan coretan mengenai negara matahari terbit ini ada memuat naik mengenai isu ini. Tentang bagaimana Jepun mengendalikan krisis air malah lebih penting adalah kebersamaan juga peranan setiap lapisan masyarakatnya amat membantu. Ini tulisannya yang penulis cerap daripada laman Facebook Zunita Ramli untuk makluman semua.

Kredit Foto: Facebook Zunita Ramli


Mungkin ada yang tak tahu, Jepun adalah salah sebuah negara yang mempunyai kadar krisis air paling rendah di dunia (lowest level of water distribution losses in the world). Benda ni saya rasa sangat menarik sebab Jepun ni bukanlah negara yang stabil sangat pun - kerap berlaku bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan sebagainya, tapi walaupun begitu tetap mampu menyediakan perkhidmatan bekalan air yang efisyen dan reliable.

Bagaimana?
Jepun ada teknologi untuk kesan awal kebocoran pada paip, iaitu dengan menggunakan “electronic leak detector”. Menariknya, jika dikesan ada kebocoran, kerja pembaikan dilakukan pada hari yang sama juga!
Cara macam ni betul-betul dapat kurangkan jumlah air yang terbuang dari paip bocor. Sebagai contoh air yang terbuang di Tokyo sebab paip bocor dapat dikurangkan dari 150 juta meter padu air kepada 68 juta meter padu air saja dalam tempoh 10 tahun. Separuh tu!

Kredit Foto: Facebook Zunita Ramli


Mereka juga gunakan kualiti material paip yang bagus untuk bantu kurangkan kebocoran dan kerosakan paip air. Tapi yang sebenarnya sebab semua orang main peranan. Paip-paip besi, tak dicuri. Sungai tak dicemarkan dengan sisa toksik. Maintenance dibuat secara berkala. Paip usang diganti baru. Bila krisis air dapat dikurangkan dengan cara macamni, Jepun dapat jimat banyak kos. Jadi mereka boleh gunakan penjimatan tu untuk fokus buat sanitasi air paip dengan lebih bagus dan efisyen, menggunakan “cutting-edge technology”.


Kredit Foto: Facebook Zunita Ramli


Benda ni bukan saja jadikan Jepun mempunyai krisis air yang sangat minimum, tapi mereka boleh fokus untuk jadikan air paip mereka bukan saja selamat untuk diminum, tapi juga sedap! Jadi tak hairanlah kalau Jepun adalah salah satu dari lebih kurang 15 buah negara dalam dunia yang air paipnya selamat untuk diminum. Dah la boleh minum, sedap pulak tu!

Tidak mustahil negara kita juga mampu untuk melakukan perkara sama jika ada kesepakatan antara setiap warga dan badan enititi yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan soal ini. Baik daripada peringkat pemerintah hinggalah lapisan masyarakat, semua harus fahami peranan, beri kerjasama dengan menjaga kebersihan dan sikap bertanggungjawab. Walau tak mampu untuk sampai tahap setara, hampir menyamai pun jadilah ya!