Tempoh Lanjutan PKP – Nasib Pelajar IPT Yang Terkandas Di Kampus Bakal Terjawab. Adik-Adik Sabar Okey!
Huda Hussain
10/04/2020 15:38 MYT
10/04/2020 15:38 MYT
Susulan tempoh PKP yang kini dilanjutkan sehingga 28 April pasti mengundang resah dan kebimbangan para ibu bapa khususnya yang mempunyai anak di institusi pengajian tinggi (IPT). Benar, sepanjang tempoh PKP fasa pertama dan kedua; kebajikan mereka terjaga. Diberi makanan dan tempat tinggal seadanya. Namun memikirkan Ramadan yang bakal tiba kurang lebih dua minggu lagi, sudah tentu ibu bapa resah dan simpati memikirkan nasib anak mereka. Malah bagi pelajar sendiri pastinya gundah-gulana memikirkan situasi ini memandangkan kini hampir sebulan mereka menginap di kampus dengan pergerakan yang terbatas.
Memetik kenyataan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq berkata, biarpun pelbagai bantuan sudah disalurkan kepada golongan ini; namun sudah tiba masanya kerajaan melakukan sesuatu susulan lanjutan tempoh PKP selama dua minggu. Ada relevannya pelajar di IPT dibenarkan pulang tetapi biarlah bersyarat. Sungguhpun kebimbangan dan keperluan untuk memenuhi saranan kerajaan bagi memutuskan rantaian jangkitan, tetapi pasti ada mekanisme yang sesuai bagi meleraikan isu ini.
Seperti saranan ibu ini, ada kewajarannya pihak IPT melakukan saringan awal kepada pelajar sebelum mereka dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga. Lebih-lebih lagi menjelang bulan puasa nanti, pasti pelajar turut merindui untuk luangkan waktu bersama keluarga di kampung halaman masing-masing.
Kredit Foto: Google

Kredit Foto: IG Astro Awani
Seperti saranan ibu ini, ada kewajarannya pihak IPT melakukan saringan awal kepada pelajar sebelum mereka dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga. Lebih-lebih lagi menjelang bulan puasa nanti, pasti pelajar turut merindui untuk luangkan waktu bersama keluarga di kampung halaman masing-masing.
Kredit Foto: Facebook Angkatan Pembela Rakyat
Menteri Pengajian Tinggi, Dato Dr Noraini Ahmad dijangka mengemukakan isu ini untuk perbincangan lanjut dalam Mesyuarat Khas Menteri yang dijadualkan esok. Semoga apa jua langkah yang bakal diambil, pastikan ia tetap mengikut saranan KKM untuk memutuskan rantaian jangkitan sekali gus memerangi penularan Covid-19.
Kredit: Twitter