Highlights

Tempoh PKP Bukan Alasan Pelajar ‘Honeymoon’. Cikgu Beri Tugasan Menerusi ‘Link’ – Mudahkan Ibu Bapa Mengajar Anak

gempak
Huda Hussain
05/04/2020
15:37 MYT
Sponsor Banner
Tempoh PKP Bukan Alasan Pelajar ‘Honeymoon’. Cikgu Beri Tugasan Menerusi ‘Link’ – Mudahkan Ibu Bapa Mengajar Anak
Usaha dan inisiatif guru-guru sewajarnya diberi penghargaan apabila ‘membekalkan’ pelbagai latih tubi dan tugasan untuk pelajar di rumah sepanjang tempoh PKP. Sama ada dilakukan secara dalam talian (online teaching) menggunakan laptop, atau pelajar perlu menulis secara manual diatas kertas; masa pelajar-pelajar dirumah sentiasa terisi. Tidaklah masa yang ada berlalu begitu sahaja tanpa melakukan aktiviti berfaedah. Apatah lagi dengan kemudahan dan medium perantaraan pengajaran seperti YouTube membuatkan kaedah pembelajaran lebih berinteraktif dan menarik. Hanya merujuk kepada link dan asalkan mempunyai akses internet, semua tugasan boleh disiapkan bila-bila masa sepanjang berada dirumah.
Serentak dengan itu, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah bekerjasama untuk memperkenalkan slot Program TV Pendidikan. Ia adalah satu usaha tambahan kepada siaran Eduweb TV yang pada ketika ini dilaksanakan oleh KPM secara web streaming. Terbukti usaha ini sedikit sebanyak membantu golongan pendidik untuk terus mengajar di alam maya. Dan berikut, dikongsikan kelebihan mod pengajaran secara dalam talian.
Kredit Foto: Google
  1. Ibu Bapa Lebih Memahami Cabaran Guru
Tahap kefahaman setiap pelajar berbeza-beza. Ada yang cepat ‘tangkap’ dan ada yang mengambil masa selain perlu diingatkan berulang kali untuk memahami sesuatu topik. Begitulah peranan guru selama ini. Bukan mudah untuk mengajar dan memastikan apa yang diajar dapat difahami oleh pelajar. Justeru sebagai ibu bapa, kita perlu sabar dan kreatif untuk mengenali masalah yang dihadapi anak-anak untuk melengkapkan tugasan yang diberi. Daripada perspektif lain, waktu inilah kita akan lebih memahami betapa besarnya peranan dan tanggungjawab guru di sekolah. Kesabaran amatlah dituntut untuk mendidik dan mengajar terutamanya bagi anak-anak yang masih kecil misalnya murid-murid di tahap satu. Mencabar kan jadi cikgu dan mengajar anak di rumah ini?
  1. Kualiti Masa Bersama Anak
Kita punya masa 24 jam sehari bersama anak-anak. Hanya dengan meluangkan masa beberapa jam untuk membantu dan mengajar anak-anak pastinya lebih mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak. Dari sini, kita sebagai ibu bapa dapat menyelami dan mengenal pasti apa kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Bagaimana cara untuk ‘tackle’ kekurangan yang mereka hadapi, terpulang kepada tahap pemahaman dan cara ibu bapa uruskannya.
  1. Tiada Limitasi Siapkan Tugasan
Bila-bila masa boleh dilakukan sama ada di sebelah pagi, petang atau malam. Sekali gus ia memberi kebebasan kepada ibu bapa untuk menyusun waktu agar aktiviti pelajar dirumah sepanjang tempoh PKP dimanfaatkan sebaik mungkin. Sungguhpun begitu, ibu bapa boleh melatih anak-anak untuk mematuhi waktu yang ditetapkan untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Berikan durasi tertentu misalnya 20 minit untuk melengkapkan kertas kerja (work sheet).
Kredit Foto: Google
  1. Pantau Prestasi Anak
Melalui aktiviti pembelajaran secara online begini, ia juga memberi kelebihan kepada ibu bapa untuk memantau prestasi anak. Misalnya skor dan pemarkahan dapat diketahui dengan pantas. Dalam masa sama, ibu bapa lebih cakna dan peka dengan corak pembelajaran dan modul yang diaplikasi di sekolah.
Semoga tempoh PKP ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh ibu bapa dan anak-anak dirumah. Penuhi masa terluang dengan pelbagai aktiviti berfaedah sekali gus anak-anak tidak bosan terperap dirumah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live