Terbuka Semua Perangai Adik-Beradik Ni – Kisah Erma Yang Kuat Sentap, Umie ANNOYING dan Betty Si Baik Hati
Afiza Kamarulzaman
27/08/2021 11:15 MYT
27/08/2021 11:15 MYT
Menjadi kebiasaan kalau dalam rumah tu ramai adik-beradik perempuan pasti kecoh dan meriah! Begitulah keadaan dalam program Rumah No 107 episod kali ini yang menghimpunkan Erma Fatimah dan Betty Rahmad. Dan di hujung-hujung, mereka buat kejutan dengan kehadiran DatinUmie Aida.
Yang paling kelakar, pada saat Erma dan Betty sedang rancak berkongsi ‘keburukan’ Umie, tiba-tiba pula Umie muncul menjerkah mereka. Terpinga-pinga masing-masing disulami ketawa berdekah!
Ditanya tentang keburukan Umie, jawab Erma, “Umie seorang yang fickle-minded. Dia boleh berubah dalam masa lilma minit. Kejap dia kata ni, lepas tu berubah jadi lain. Itulah benda paling aku tak boleh ‘blah’ dengan dia. Kita dah beria-ia diskus ni, tiba-tiba tak jadi. Geram!”
Betty mencelah, “Betty paligng tak suka shopping dengan dia sebab dia jenis tak sabar. Orang tangah seronok shopping, tiba-tiba dia rimas, dia boleh ajak balik. Mungkin dia jenis yang berdisiplin dan sangat teratur orangnya.
Kongsi Betty lagi, antara mereka, memang Erma dan Umie paling selalu bergaduh. Kalau berada di set penggambaran, memang tak sah kalau mereka berdua tidak berselisih pendapat. Berbeza dengan Betty, kalau berada di bawah arahan Erma, dia jenis menurut saja.
Tambah Betty, “tapi dulu masa Kak Erma banyak job berlakon, memang Kak Ermalah yang menanggung kami adik-beradik. Dia sentiasa bantu apa yang perlu, tidak hanya mengharapkan mak dan arwah Ayah waktu itu.”
Apabila ditanya pula Datin Umie berkenaan sikap Erma dan Betty, jawab Umie, “Erma ni orang seni yang emotional, sejenis yang suka menyimpan perasaan, memendam rasa. Apabila terguris sikit pun, dia punya sentap sampai berminggu-minggu. Hahaha...”
Dan lagi, ada perkara lucu tentang Erma, kata Umie, “paling stres kalau pergi bercuti dengan dia. Setiap kali nak balik di airport, pasti dia akan punggah balik luggage dia sebab terlebih muatan. Time tulah dia tumpang luggage orang sana sini!”
Tambah Betty, “Kak Erma kalau pergi bercuti ada dua perkara, kalau tak punggah luggage, tertinggal flight!”
Apabila ditanya pula perial Betty pada pandangan Umie, jawabnya, “Betty jenis tak suka ambil pot. Dia bukan seorang yang negatif...”
Seperkara lagi yang menarik adalah sikap mereka yang suka berebut Mak! Ini memang terbukti menerusi perkongsian mereka di Instagram masing-masing apabila semua mahu Mak tidur di rumah mereka.
“Disebabkan semua nak berebut Mak tidur di rumah mereka, akhirnya rumah saya Mak tak pernah rasa tidur.. huhu..” ujar Betty.
Alhamdulillah, syukurlah dikurniakan silaturahim dan ukhwah yang sungga erat seperti mereka ini. Inilah contoh hubungan adik-beradik yang seharusnya dicontohi, walau masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri, namun masih bersatu hati dan menunaikan tanggungjawab sebagai anak.
Luah Erma, “mak ayah adalah segala-galanya untuk kita. Kami sudah kehilangan Ayah dan hanya Mak yang kami ada sekarang. Mak adalah tanggungjawab kami. Saya ada sedikit rasa ralat ketika hayat Ayah kami tengah ligat dengan kerjaya masing-masing, sehinggalah arwah terlantar sakit dan meninggal dunia. Kami kesuntukan masa untuk diluangkan dengan Ayah. Jadi, kami tidak mahu ia berulang lagi kepada Mak...”