Terjejaskah Juru Solek Ketika PKP? “Kami Hidup Seadanya, Makan Apa Yang Ada, Bukan Lama Pun,” – Sheila Mohamad
Afiza Kamarulzaman
01/04/2020 12:51 MYT
01/04/2020 12:51 MYT
Siapa tidak kenal Sheila Mohamad, 48 tahun. Figura berpengaruh dalam bidang persolekan negara. Beliau memulakan kerjaya solekan selepas pulang dari Australia pada 2006 untuk belajar sambil bekerja di sana.
Sebelum itu ada juga terlibat secara tidak langsung ketika menjadi penari. Katanya minat dalam bidang persolekan ini sudah bencambah sejak zaman sekolah lagi. Sheila memamg suka sesuatu benda yang nampak cantik dan artistik.
Daripada hanya menyolekkan wajah orang biasa dan pengantin, portfolionya bertambah warna apabila mula menyolekkan selebriti, kerabat di Raja, golongan VIP dan menyumbang hasil kerjanya dalam editorial majalah juga komersial.
Beliau juga antara juru solek negara yang banyak membantu melahirkan jurusolek generasi baru di samping membuka peluang untuk mengembangkan bakat sedia ada.
Dalam keadaan negara sedang bergelut dek wabak Covid-19 dan kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak pihak yang terjejas dari segi pendapatan dan ekonomi mereka.
InTrend terpanggil untuk mendengar juga luahan juru solek yang juga rata-rata berpendapatan ‘ada kerja – ada gaji’. Kerana, setakat ini golongan mereka inilah yang tidak berbunyi langsung sama ada meluahkan rasa kesusahan walaupun mereka juga punya saluran.
Kalau mungkin ada yang tak berapa tahu, bagaimana agaknya juru solek menjana pendapatan? Tunai selepas tugas atau harus menunggu?
Bergantung pada job apa? Kalau solekan untuk pengantin atau orang persendirian seperti selebriti atau VIP, biasanya kami akan dapat bayaran selepas tugas siap.
Berbeza dengan kerja untuk media, selalunya akan kami dapat beberapa bulan selepas tugasan. Jadi, kami perlu menganggap duit daripada media massa seperti majalah dan program televisyen sebagai ‘duit selit-selit’, tiba-tiba muncul.
Kalau duduk mencongak memang susahlah kita nak pelan bajet. Secara positifnya, ia lebih kepada publisiti untuk kami juga menjual nama.
Ada yang bertanya, boleh buat duit ke dengan menjadi juru solek?
Kalau betul-betul fokus, boleh je. Lepaslah untuk bayar duit rumah, kereta dan perbelanjaan harian. Yang penting, bagaimana kita uruskan pendapatan setiap bulan.
Adakah terkesan sekiranya tiada caruman KWSP seperti yang berlaku dalam keadaan sekarang ini?
Ia bukan soal ada atau tidak KWSP? Ia bukan jaminan untuk kita hidup selesa pun. Kalau kita faham maksud sebenar simpanan, ada banyak medium yang boleh menjamin simpanan hari tua kita.
Seperti saya dulu ketika bekerja di salun, ada akaun KWSP dan sambung sajalah caruman kalau mahu. Jika tidak, simpanlah di mana-mana yang anda rasakan selamat seperti ASB ke?
Dalam keadaan sekarang ini, tidak kedengaran rungutan dalam kalangan juru solek Malaysia?
Sekadar bual-bual antara kami adalah, tetapi masing-masing pun faham dengan keadaan sekarang ini. Jadi, pandai-pandailah membuat kira-kira sendiri. Alhamdulillah, setakat ini semua masih okey.
Simpanan untuk beberapa bulan itu perlu ada saat kecemasan. Kebetulan pula, saya sendiri ada membuat perniagaan menjual sambal di rumah secara online. Dari situlah, dapat tambah pendapatan sikit-sikit. Memang perlu ada back up income.
Komen anda apabila selebriti turut menamakan kerjaya jurusolek dalam bantuan yang mereka tuntut?
Okey je kalau mereka berasakan kami juga sebahagian daripada tulang belakang hasil seni mereka. Kita berfikiran positif. Namun, sekarang kerajaan pun sudah mengumumkan bantuan untuk semua, jadi mohon sajalah mengikut saluran yang sudah ditetapkan.
Apakah yang boleh dilakukan juru solek pada saat ini?
Bukanlah susah sangat pun duduk rumah, kan? Banyak benda boleh dibuat. Masa ni lah kita boleh kemas dan susun semula beg mekap kita. Tengok-tengok youtube, buat research tentang trend mekap.
Masanya juga untuk asah skil solekan terbaru. Boleh juga buat live dan tutorial. Ini juga masanya untuk kita banyakkan solat dan hubungi mak dan keluarga di kampung.
Pesanan kepada rakan-rakan jurusolek?
Semoga kita sama-sama tabah mendepani ujian ini. Ikut sahajalah pesanan kerajaan demi kebaikan semua. Untuk beberapa minggu ini, korbankan sajalah job yang ada, yang penting sekarang ini bukan lagi duit tetapi kesihatan dan nyawa.
Saya selalu percaya, apa saja yang kita buat, reda dan ikhlaskan sahaja. Pasti ada rezeki lain yang lebih hebat yang Tuhan mahu beri. Mudah-mudahan. Stay home, semua!