Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila tuntutan tidak dapat dipenuhi. Stres boleh juga dialami apabila berdepan dengan rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bau yang busuk, bunyi yang kuat dan kata-kata yang kesat. Sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas boleh mengalami stres.

Umumnya tahap stres yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi. Stres yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada individu untuk meningkatkan produktiviti.

Walau bagaimanapun, stres yang berlebihan, untuk jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani akan menyebabkan kesan negatif, dan memudaratkan kesihatan serta meningkatkan risiko terhadap penyakit.

Kredit Foto: Google

Realitinya

Menurut perkongsian muat naik Dr Ahmad Samhan pada 30 Mei, sebenarnya jika anda mengalami tekanan ia perlu dialirkan. Perlu diceritakan, dikongsi agar keadaan tidak berlarutan dan menjadi bertambah buruk.

“Wanita 30-an, tiada sejarah penyakit, sesak nafas, GCS full”, kedengaran suara dari corong telefon. Lihat jam. 3 pagi. Terus bergegas menuju ke ambulans. Setiba disana, terus menapak ke tingkat dua. Beg kecemasan disandang di bahu. Semua cukup lengkap.

“Assalamualaikum”, sambil pintu di ketuk. “Waalaikumussalam”, pintu dibuka oleh seorang lelaki. Suami pesakit. “Isteri saya sesak nafas tiba-tiba”,mukanya cemas sambil mengorak langkah ke bilik tidur dan minta dituruti.

Kelihatan seorang wanita terbaring di atas katil. Dadanya turun naik. Tercungap-cungap. Badannya dibasahi peluh. “Puan, tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan”. Kelihatan di monitor kandungan oksigen 100%. Suhu badan 37 darjah celcius. Tekanan darah normal. “Apa dah jadi ni puan. Cuba cerita,”


Kredit Foto: Google

“Saya stress. Kerja di ofis banyak. Bos selalu pressure minta siapkan cepat. Di rumah nak urus anak-anak. Melayan suami lagi”. Dia mula bercerita sambil genggam tangan MA perempuan. Panjang lebar dia bercerita. Macam tak jumpa noktah. Lihat jam dah hampir jam 5 pagi. MA buat isyarat mata. Dah terlalu lama disini. Bimbang ada kes lain."

Pesakit dari terbaring dan boleh duduk. Makin semangat bercerita. Tiada peluang nak mencelah. “Kami perlu minta diri. Puan pun dah makin ok”. “Eh, minum air dulu. Kejap saya ke dapur buatkan air”. “Tak apa puan. Kami masih dalam tugas”
“Terima kasih lah sanggup datang. Maaflah kalau terpaksa tadah telinga. Tadi rasa macam pikul batu besar. Sekarang memang dah lega sangat”.

Luahkan, Ceritakan
Kredit Foto: Google


Antara cara hilangkan stres adalah meluahkan apa terpendam di dada. Bila banyak yang ditanggung, stres makin tinggi. Stres perlu dialirkan. Bimbang makin melarat akan memudaratkan diri terutamanya wanita. Mengikut kajian, wanita perlu berbicara dianggarkan 25,000 patah kata sehari berbanding lelaki hanya 7,000 perkataan sahaja. Nasihat saya pada suami, pinjamkan telinga dan bahu kalian. Biarkan mereka berbicara dan habiskan kouta patah perkataan dengan tenang.

Mereka memang dicipta untuk bercakap dan kita dicipta untuk melengkapi mereka. Happy wife, happy life!

Kongsikan kepada orang lain sebab rupanya masih ramai suami diluar sana yang sukar nak faham isteri dan enggan dengar luahan perasaan isteri.